Makanan ketika backpacking di Korea

gambar intro...makan di Beewon Guesthouse

Jika mengembara di Korea memang mudah untuk dapatkan makanan halal di Itaewon tapi bagaimana pula nak makan kalau jalan kat tempat lain di sekitar Seoul. Ok jangan risau sebab dalam post kali ni nak ajar cara yang selalu digunakan oleh pengembara backpacking muslim. Caranya dengan membawa makanan sedia makan di dalam beg anda. Jangan salah sangka, bukan bawa Maggi tau. Makan sedia makan ialah lauk yang telah sedia dimasak dan dipacking dengan teknik pembungkusan moden untuk menjadikan makanan tahan lama. Sebenarnya makanan jenis ni dah lama digunakan oleh tentera sebagai rangsum tempur untuk masuk ke hutan. Tapi rangsum tentera ni barang terhad dan terkawal. Hanya untuk tentera jer tau. Kalau anda yang bukan tentera ada benda ni nanti boleh didakwa di mahkamah awam ataupun tentera...takut tak.


rangsum tempur tentera

Jangan risau, terdapat beberapa company yang menyediakan makanan sedia makan. Antaranya Brahim's, dan Alif. Produk ni boleh dibeli di pasaraya terkemuka seperti Jusco dan Tesco. 

makanan sedia makan keluaran Brahim's. terdapat banyak pilihan makanan seperti kari ayam, kari daging, bubur pulut, bubur kacang, pajeri nenas dan lain2



Untuk nasi pula, boleh beli dan makan nasi segera korea 
nasi segera ni boleh dibeli di 7-eleven korea atau convenience store yang lain. Masak guna microwave selama 2 ke 3 minit. 




yang ni pun my fav...rendang ayam sedia makan tesco extra spicy...siap ada kentang lagi tau


Makanan jenis ini halal, mudah disediakan, sedap dan yang paling penting mengenyangkan dan memberi tenaga untuk mengembara. Ianya boleh terus dimakan or kalau nak panaskan pun boleh. Untuk menambahkan efek kenyang dan menambah tenaga, makanan ni boleh dimakan bersama roti. Boleh cecah atau buat sandwich. Namun nasihat saya, seeloknya anda lakukan food test. Beli dulu satu pek dan cuba makan di rumah untuk menguji samada anda alergik atau tidak terhadap sesuatu produk makanan. Kalau ok, baru lah beli banyak2. Ini berdasarkan pengalaman saya dimana saya makan ok, tapi ada kawan saya pula alergik. Lain orang lain alahannya kan.

Selain itu, anda juga boleh bawa makanan yang tidak cepat rosak dan sedia di makan seperti serunding, sambal ikan bilis (masak dengan minyak yang kurang) dan sambal hitam pahang ( my favourite backpack food ).

sesi makan di 7-eleven Korea yang unik dan menyelerakan. Time ni semua benda jadi sedap. Satu lagi, jangan lupa bawa sudu plastik yer... 



Jadi kawan2...kalau anda nak pergi mengembara ke negara minoriti muslim, jangan lupa bawa makanan yang senang untuk disediakan yer... harap info ni membantu...



disclaimer : polisi berkaitan produk berkaitan haiwan, tenusu dan makanan adalah berbeza mengikut negara.


17 comments:

  1. Maksudnya apa sj jenis mknan boleh ye bawa sb kat aussie susah betul nk bwk msk mknan

    ReplyDelete
  2. wahhh..terbaik.. i like
    htt://thefunnjoy.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. yups...boleh bawa makanan ke mana saja

    ReplyDelete
  4. nk tanya.. roti kt sana x de ke? or better bawak roti dr malaysia?

    ReplyDelete
  5. Kat sana ada roti gak...tapi better bawa sikit dari Malaysia siap2 nnt tak la kelam kabut mencari. Nnt bila jalan2 kat seoul nampak kedai roti baru tambah stok. Kat 7 eleven pun ada jual..

    ReplyDelete
  6. saya ada tengok rancangan masakan korea depa letak arak dalam roti sebab nak bagi tahan lama dan sentiasa moist, takla kering kalau lama-lama.

    ReplyDelete
  7. Beli roti kat salam bakery kat area itaewon....halal n sedap

    ReplyDelete
  8. thanks....gud info... sy sangat menghargai maklumat anda untuk backpacking pada oktober13

    ReplyDelete
  9. kalau backpacking... boleh tak bawak masok makann (liquid) masok dlm aircraft?

    ReplyDelete
  10. tuan..

    kalau nak panaskan lauk tu kat 7e xde masalah ke..takut hanya dibenarkan panaskan barang yang kita beli je..

    ReplyDelete
  11. kalau nak panaskan lauk di 7e selama ni saya buat ok...cuma agak leceh sebab sumtime kuah tumpah n sebagainya...so saya selalu bawa bekas makanan microwave-proof n tutup (tp jangan ketat) supaya tak tumpah kuah dalam microwave sebab letup letup kan...hee

    n saya suka bawa sambal hitam pahang sebab senang...tak payah panaskan...terus makan

    ReplyDelete
  12. Salam, betul tu nasi korea tu senang sangat2 nak masak. Pakai microwave 2 minit dah masak. Sedap pulak tu. kalau tak percaya boleh try. Dekat shopee ada jual. Search beastiegurlz. Shop dia jual instant cooked rice ni. Senang dah nak travel mana2 tak payah tunggu gi korea baru boleh beli. Kedai shopee beastiegurlz pun ada.

    ReplyDelete