Post kali ni nak bincang tempat shopping best di Seoul, Korea. Kalau nak shoppong wajib pergi ke 2 tempat ni iaitu Dongdaemun dan Namdaemun Market. Ehh...nama macam sama je. Sebenarnya Dongdaemun dan Namdaemun ni pada zaman dulu ialah pintu gerbang utama ke kota Seoul.
Dongdaemun
Dongdaemun menggabungkan kemeriahan membeli belah di mall dan outdoor bazaar
Dongdaemun dikenali sebagai syurga fesyen Korea dan
menempatkan shopping mall berskala besar. Hampir setiap perkara yang
berkaitan dengan fesyen boleh didapati di sini. Bak kata zalora...beratus jenama, beribu gaya. Anda boleh memilih untuk
shopping di mall pencakar langit seperti Doota dan Migliae atau shopping di
outdoor bazaar pada harga yang lebih berpatutan.
salah satu jalan di Dongdaemun yang dipenuhi dengan kedai kasut
inilah ikon Dongdaemun... Pintu gerbang timur utama kota Seoul pada zaman silam. Lebih besar dari gerbang A Famosa Portugis di Melaka
Anda boleh berkunjung ke
Dongdaemun siang atau pun malam kerana Dongdaemun “hidup” hampir 24 jam. Pada siang hari Dongdaemun dipenuhi dengan
pelancong yang mencari barang pada harga berpatutan. Sebelah malamnya pula
menjadi tempat peniaga memborong barang pada harga pukal.
Untuk ke Dongdaemun, boleh menaiki subway line 1 atau line 4 dan turun di Stesyen Dongdaemun
Namdaemun merupakan pintu gerbang selatan utama Kota Seoul pada zaman dinasti Joseon. Bersebelahan dengan pintu gerbang ini, terdapat Pasar Namdaemun
Pasar Namdaemun dipenuhi dengan semua jenis keriangan dari
apa yang hendak dilihat dan apa yang hendak dibeli. Pelbagai barang dijual di
sini pada pelbagai julat harga dan kualiti. Barangan yang popular di sini ialah
pakaian, kraftangan, souvenir dan cermin mata, Item popular seperti brooch dan sutera Korea semuanya ada dijual. Barang yang pelik dan jarang dijual di tempat lain seperti ginseng dan ubatan tradisional Korea juga mudah didapati di sini. Tapi yang paling best dekat namdaemun dah ramai peniaga korea boleh berbahasa melayu mudah dan tawar menawar boleh dalam bahasa melayu...tapi bukan semua ye...ada sebahagian je
ajushi ni boleh berbahasa melayu sikit2, mesra dan boleh menerima tawar menawar...
meriah betul pasar Namdaemun ni. Mana taknya, barang kat sini murah-murah belaka
kalau nak pergi namdaemun sebaiknya pergi waktu siang sebab tak seperti dongdaemun, banyak kedai tutup waktu malam di namdaemun
sempat membeli baju I <3 KOREA di Namdaemun sebeum kedai tutup...
Untuk ke Namdaemun boleh naik Subway line no 4 dan turun di stesyen Heohyeon. Jalan 5 minit dari stesyen tersebut. Pasar Namdaemun tutup pada hari ahad.
Apa pendapat anda tentang dua tempat shopping ni? Jangan lupa tinggalkan komen...
Apa pendapat anda tentang dua tempat shopping ni? Jangan lupa tinggalkan komen...
salam, nk tanya.. kalau nk cari blazer ala korea tu leh dapatkan kt mana ye?
ReplyDeleteKat dongdaemun n namdaemun ada...harga pelbagai mengikut gred kualiti. Harga average dalam RM 90 (kalau kat malaysia dalam rm 200).
ReplyDeletethanx.. ni yg x sabar nk pegi ni.. =)
ReplyDeleteHehe
DeleteSalam, kalau nak shopping baju/kelengkapan utk kids kat mana yang u blh recommend?
ReplyDeleteIn shaa Allah going there end next month.
Salam. Ada tk brg2 spt brooch, bangle, ring dll yg mcm dijual kat kios2 shoopg mall kat KL ni?
ReplyDeleteOoo...yang tu mestilah ada
Deletenak tanya dongdaemun dan insadong ari ahad tutup ke? huhu..tq
ReplyDeletedongdaemun and insadong buka hari ahad, tapi crowded sebab orang korea pun tak kerja n nak shopping gak...
DeleteHowdy! I just would like to give an enormous thumbs up for the nice information you’ve
ReplyDeleteright here on this post. I will probably be coming back to your weblog for
extra soon.
my web blog; semper fi animation
Assalamualaikum.
ReplyDeletekalau jacket di korea murah tak? saya nak pergi seoul awal dec nnt inshaaAllah, ingat nak beli di sana je
Wsalam...agak murah berbanding malaysia tapibtak semurah china n taiwan....kalo kat malaysia winter jacket daaam rm300...kat korea boleh dapan dalam 150. Cuba cari kat namdaemun...
DeleteHi there! I just wish to give a huge thumbs up for the nice information you’ve right here on this post.
ReplyDeleteI will probably be coming back to your weblog for extra
soon.
Take a look at my site; use of a semicolon in lists
Hiya! I just would like to give an enormous thumbs
ReplyDeleteup for the great data you may have right here on this post.
I will likely be coming back to your weblog for more soon.
Also visit my website ... semi truck simulator games online free
salam en f...pada mulanya saya bercadang nak stay kat INNES INN kat iteawon,,tp difahamkan bedroom ngan bathroom dia share kalau kita ambl yg dorm punye...tambahan tempat guesthouse tu atas bukit..jadi saya bercadang nak stay kat Phil House,76-14 Guui-Dong, Gwangjin-Gu, 143-819 Seoul. apa pendapat en f? ok xtempat tu? senang x dptkan mkanan halal? dekat x dengan tempat2 menarik dan subway? relly need ur help!! :(
ReplyDeleteI means share lelaki dan perempuan...
DeleteEmr...kalo area makanan halal mmg kat itaewon. . Pengalaman saya kita kena jadi fleksibel bila di korea...makanan kita boleh bawa dari malaysia mcm nasi impit...lauk pauk sedia makan...dan sebagainya. Dekat 7 eleven korea ada jual nasi segera yg masak guna microwave...saya selalu makan tu dengan lauk kari ayam dalam tin...hehe... Untuk penginapan saya cadang namsan geusthouse or beewon geusthouse. Ada bilik share bathroom n ada bilik private bathroom
DeleteNamsan Dan beewon tu dekat x dengan itewon n tempat beli belah yang best n murah mcm dekat Namdaemun ke myeongdong ke? ke lagi dekat tempat yg saya nak p mcm kat atas ni? sebab saya bacpacking sorang2..perempuan lak tu..tu yang tnya pendapat en f...minta maaf ye :)
DeleteWalaupun tak dekat mcm walking distance...tapi boleh naik subway...selang 4 ke 5 stesyen
Deletekalau double room tapi shared bathroom plak mcmana maksudnya?tak dpt nk bygkan mcmana jenis bilik tu..sy ingat nk double room; private bathroom tp mcm lari dlm budget plak..
Deletetq in advanced
Mcm kat hostel..bilik takda private bathroom
Deletei nak tanya klu yg dorm tu dia kira katil ke utk satu bilik.dan satu lagi klu bilik hotel kita book utk adult tp anak kita blh bawak masuk sekali ke cam sy anak 2 org umur 10-9 tahun.
ReplyDeletei nak tanya klu kita gi sana senang tak klu nak masuk hotel or guestroom on that time kira tak book dlm online. harga online gan betul jauh beza tak
ReplyDeleteHye...kalau main pergi je memang susah....saya nasihatkan book awal2....kalau book guna agoda or asiarooms dapat lagi murah tau
Deletekat hostel tu ada 2 pilihan....kalau kita ambil ikut katil bayaran murah n kita bercampur ngan pelancong lain tp sama jantina....harga lebih murah... pengunjung juga boleh book yg dorm dengan harga yg lebih tinggi.... saya pernah g sorang duduk dorm yg csmpur2....boleh tambah kawan dari negara lain...tp trip yg lain bawa mak n adik saya book satu bilik yg ada 1 katil double dacker n yg bawah tu boleh muat 2 org
ReplyDeleteSalam...nk tanye klo nk shopping jam tangan branded kat mane ye..i'm going to seoul by this mid nov...hihihi..
ReplyDeletemmg best la korea ni... sy pun baru blik dari sana... ade gmbr yg bleh d lihat tp byk sambungannya... hahaha...pergi n pulang dari seoul, korea.... tgk la kt blog saya ---> amirhamzahpunyablog.blogspot
ReplyDeleteHi, Saya baca beberapa comment diatas, tidak begitu mengerti bahasa Melayu. I'm Indonesian, will be traveling to Seoul on December. Some of the comments ask about the winter coat, and wondering how much is the average for one? And how about the quality? Thanks.
ReplyDeletehye Oscar...sorry for the language uncertainties...
ReplyDeleteOnline Shopping Malaysia for Korean Fashion. Everything under RM60. FREE shipping within Malaysia!
ReplyDeleteHi, saya insyaallah bulan disember ni akan pergi seoul buat pertama kali, Jadi tak tau apa-apale hehehe.
ReplyDelete1.) Budget kalu pegi 4 hari brapa ye agak-agak.
2) tempat-tempat menarik di seoul saya nak pegi..mungkin akan tinggal di fraser place. Ok ke if jalan2 kaki melawat tempat menarik? :)
Hi...bajet 4 hari lebih kurang RM1200 sorang utk belanja sana all in...tak termasuk tiket flight tau
DeleteSalam. Hai awak.. If dr airport nak ke beewon guesthouse..mcmane ye? Dekat tak? Tq awak.
ReplyDeletewsalam....hye Fyd....dari Incheon Internaional airport ke Seoul perjalanan lebih kurang sejam lebih....utk ke Beewon Guesthouse boleh naik bas no 6011 dan turun di Anguk Station atau Bas no 6002 turun di Jongno-sam-ga station.
Deletepeta lokasi ada dalam entri ni http://myfir2u.blogspot.com/2013/10/panduan-itinerary-kembara-ke-korea.html?showComment=1384420411835#c7803557597611755711
jangan lupa ke Nami Island ...rugi kalau tak pergi...
ReplyDeletebetul tu...
DeleteNak mintak tips.. kalau nak carik pakai big size... very2 big size.. kat mana banyak ada jual ye? boleh bagi cadangan?
ReplyDeletealamak....tak sure plak...sorry
DeleteNk tnye utk bj baby kat area mane byk ye.?sy pegi dlm 19mac ni,ms tu msh sjuk kn?satu lg utk pampers korea bosomi dimane ye nk dptkn.sbb travel 8ari byk pampers nk gwk sy bercadang nk bli dsane.tp sng x nk dpt?
ReplyDeletehye...dah dekat sangat tarikh nak pergi....baju baby n segala macam barangan baby ada di namdaemun...
DeleteSalam. Kalo og bulan julai cuaca sama cam mesia gak kan. Mknan dia kalo kt hotel tu halal x
ReplyDeletehye awk...sy akan ke korea pd tarikh 23/9/2014-27/9/2014..blom ada tempat tggl lg..kalo blh nk dptkn guesthouse yg tradisional korea,da try survey kt agoda tp da full n ada setgh tu xde yg offer pd tarikh yg sy pegi..blh x bg suggestion guesthouse mane yg paling dekat n menarik??
ReplyDeleteLusa dh tarikh tu :) have fun in korea.
DeletePasar Dongaemun tu hari ahad buka tak?Namdaemun tutup kan hari Ahad. Saya tengah kursus di Daejeon hari Ahad je free..ingat nak jalan2..
ReplyDeleteNak tya skang duk korea ke?
ReplyDeleteTq..info
ReplyDeletesama...sama
ReplyDeleteantara namdamun market vs insadong mana lebih murah dan byk pilihan utk beli souvenir?
ReplyDeleteand tempat paling best utk dapatkan korea silk dimana ye?
Nice places! ^^
ReplyDeleteDownload film
Salam. akak plan ke Korea bulan 7 ini selepas raya. Musim panas ke. Pergi bersama 2 org anak. Mana tempat tinggal Yg sesuai murah, senang makan dan shopping.
ReplyDeleteAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
Info/tips bermanfaat buat kaki shopping yg nak ke Korea. Yang kurang mampu tapi nak dapatkan original Korean made products pada harga jimat/murah, recommended sangat jenguk2 kat online Atomy & Aza Mall Korea
ReplyDelete