Pendakian Gunung Ledang


Salam hormat kepada pembaca yang dikasihi. Post kali ni nak share pengalaman mendaki Gunung Ledang... Saya dah lama bercita-cita nak mendaki Gunung Ledang kerana popularitinya sebagai antara gunung yang sukar didaki dan kisah lagendanya.


Pendakian kami pula tidak dirancang sebab tiba2 lepas dinner kawan kami yang benama cruz hantar whatsapp ajak pergi mendaki Gunung Ledang... kami pun setuju dan terus pack barang untuk mendaki esoknya. Saya dan Isteri bertolak dari rumah di Melaka selepas subuh menuju ke Daerah Ledang

Gunung Ledang terletak di Daerah Ledang, Johor


Untuk mendaki Gunung Ledang, terdapat beberapa trail dan starting Point... untuk pendakian kali ini, kami memilih Lagenda Trail yg bermula di Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Gunung Ledang


Tiba di Pintu Gerbang Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang







Info tentang Taman Negara Gunung Ledang



Pejabat Taman Negara



Sebelum mendaki, kami mendengar taklimat dari Guide. Menurut Encik Guide ketinggian Gunung Ledang lebih kurang 1276 meter dan antara 10 gunung yang sukar didaki di Malaysia... untuk mendaki Gunung Ledang sekarang ni kena ada guide...tak boleh mendaki sendiri.



peta trail pendakian Gunung Ledang... setelah meneliti dengan tekun peta trail Gunung Ledang, kami pun melakukan sedikit senaman regangan dan memulakan pendakian.



Pendakian dimulakan dengan laluan bertangga...tangga ni mula-mula landai tapi makin lama makin curam lah pula


pendaki-pendaki dah mula rasa nak semput...tapi tetap steady


di penghujung laluan bertangga ini terletaknya Checkpoint 1 iaitu Bukit Semput... ternyata namanya amat sesuai kerana berjaya membuatkan pendaki semput. Walaupun semput pendakian masih perlu dieruskan  


pendakian diteruskan...ayohhh

tak sampai beberapa minit dah sampai Checkpoint 2...hooorayyy...
horayy la sangat...kat depan tu banyak lagi cabaran yang bakal dilalui


suasana pendakian hutan khatulistiwa



Checkpoint 3 Batu Orkid



Sudah mendaki sehingga ketinggian 650m



Tiba di Checkpoint 5, Sungai Segi Tiga. Kami berhenti rehat untuk makan pagi di sini


di sini terdapat sungai kecil yang jernih airnya...ada pendaki yang guna air sungai untuk refill bekalan air... airnya memang sejuk dan nyaman...tapi kalau boleh gunakan pil rawatan air sebagai langkah berjaga2..


Antara rakan pendaki yang lain...kebanyakan mereka kami baru kenal...akttiviti mendaki memang best sebab boleh kenal rakan baru yang sama minat outdoor



Selepas berehat, minum dan makan alas perut, kami meneruskan misi pendakian dan Encik guide bagi tahu kami pendakian selepas ini akan menjadi semakin sukar...




memang betul apa yg Encik Guide cakap...tak lama lepas meninggalkan Sungai Segi Tiga, kami dihidangkan dengan laluan berbatu yang curam... laluan ini dinamakan KFC... bukan Kentucky Fried Chicken tau... tapi “Killer For Climber”





setelah melalui pendakian sukar di KFC  kami tiba di Checkpoint 6 Gua Kambing... mbekkkk... tak ada masa untuk berehat kerana kami kena sampai ke puncak sebelum jam 2 petang...sebab kalau lewat tiba kami mungkin akan sampai di kaki gunung bila hari dah gelap.



ok...sedikit update tentang ketinggian...ketinggian pendakian kami kini sudah mendapai 1000 meter dari aras laut


Pendakian sukar berterusan apabila kami tiba di laluan Batu Hampar dimana terdapat banyak batu besar yang curam dan perlu didaki dengan tali



Setelah melepasi laluan Batu Hampar, kami tiba di Taman Bongsai...
Suasana di sini sudah mula berubah kerana jenis hutan telah berubah dari hutan khatulistiwa kepada hutan gunung apabila ketinggian makin meningkat...suhu juga sejuk dan nyaman




Setelah melalui Taman Bongsai, kami tiba di Checkpoint Bukit Botak... tempat ini dinamakan sedemikian kerana kanopi hutan sudah mula hilang...ini menunjukkan kami sudah hampir sampai ke puncak.



Kami meneruskan pendakian kerana tak sabar untuk sampai ke puncak... tapi sebelum sampai ke puncak, kami perlu melalui satu lagi batu besar yang curam.


Akhirnya tiba si puuncak Gunung Ledang atau nama manjanga "Puncak Mahligai"


Melepaskan penat sambil melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Aktiviti mendaki gunung sememangnya aktiviti yang mendekatkan diri kita dengan alam dan memberi ketenangan jiwa dan minda serta menjadikan badan semakin sihat dan kuat...



Bergambar kenangan di batu penanda Puncak Gunung Ledang



Selepas puas bergambar di Puncak Gunung Ledang, kami mencari port yang redup dan rata untuk makan tengah hari... memang seronok dapat makan beramai-ramai di puncak gunung ledang...setelah makan, kami terus turun agar sampai ke starting point sebelum gelap


dalam perjalanan turun kami singgah di Ruang Solat yang disediakan di dalam hutan untuk menunaikan solat zohor dan asar.


jadi misi kami menawan Gunung Ledang berjaya... yesss... sebelum mengakhiri penulisan kali ini, saya ada soalan quiz terkumpul untuk pembaca... soalannya : checkpoint nombor berapakah yang tidak kami lalui sepanjang pendakian ini? 


Terima kasih kerana sudi membaca kisah kali ini.

33 comments:

  1. Sepanjang mendaki itu, ada tandas ke?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum maaf sy bertanya sahaja.. Perlu ke kita booking guide untuk mendaki? Dan brapa bayarannya? Kami bercadang untuk mendaki gunung ledang masih dalam perbincangan. Kami 15 org peserta

    ReplyDelete
  3. Mohon kongsi camner nak dapat dan bayaran serta kemudahan yg di sediakan oleh guide

    ReplyDelete
  4. Sblom naik nk kena booking ke.. Atau terus pergi daftar kt kaki gunung?

    ReplyDelete
  5. Boleh pm sy.. guide gunung ledang
    014-2754793 ( zul ledang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu nk mendaki start drpd Asahan, Zul blh guide?

      Delete
  6. gunung ledang sesuai x untuk pelajar sekolah menengah ye..dan
    boleh bg no kompeni yg uruskan hiking gunung ledang ni x

    ReplyDelete
  7. Berapa jam naik ?

    ReplyDelete
  8. Siapa nak naik gunung ledang ahad ni boleh contact 0139441990

    ReplyDelete
  9. Siapa nak naik gunung ledang ahad ni boleh contact 0139441990

    ReplyDelete
  10. Bole saya tauu...bole tak kalau saya Dan kawan saya masuk sebelum subuh?

    ReplyDelete
  11. takotnya partpart guna tangga di batu tu. .hummm ..bakal .pegi sana oktober nti untuk camping

    ReplyDelete
  12. Bole minta nombor guide abg musa tk?

    ReplyDelete
  13. Bole minta nombor guide abg musa tk?

    ReplyDelete
  14. berapa umur minimum utk menaik gunug ledang

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Syarikat saya sedang menjalankan sebuah kajian mengenai Taman Negara Gunung Ledang. Kajian ini termasuk tinjauan pelawat dulu dan semasa untuk mendapatkan persepsi pelawat mengenai Taman Negara Gunung Ledang secara keseluruhan.

    Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini, sila hubungi saya di sab@ere.com.my, terima kasih.

    ReplyDelete
  16. salam sape bole guide group sy nnt hbs pkp...dalam 8org mcm tu..

    ReplyDelete
  17. Saya pun minat, plan bln 3 2022.jum buat group. Ambik srg guide

    ReplyDelete
  18. Nak tanya permit mendaki gunung ledang kena memohon kat mana satu website? Tq

    ReplyDelete