Restoran halal di Seoul, Korea


Mencari restoran halal di Seoul memang agak sukar. Tapi jika anda pergi ke Itaewon yang merupakan kawasan muslim di Seoul, restoran halal ada di mana2. Nak cari pun tak susah kalau anda dah berada di area ni. Jalan beberapa langkah jumpa restoran halal. Jalan 4..5 langkah lagi jumpa restoran halal lagi. So nak share lah beberapa restoran halal di Itaewon

Dubai Restaurant
Merupakan sebuah restoran arab yang besar di Seoul. Menyajikan makanan timur tengah. Restoran ni agak mahal dan menjadi tumpuan ahli perniagaan Korea yang nak entertain rakan niaga dari negara islam. Hiasan dalaman restoran ni memang ada class.


Usmania International Restaurant 
Restoran halal ini menyediakan makanan Pakistan tulen dan dihiasi dengan dekorasi Pakistan. Antara yang popular ialah kebab daging dan ayam tandoori


Arabian Restaurant
Kepada yang nak makan nasi arab boleh lah pergi restoran ni. Menyajikan makanan arab yang menggunakan bahan dan rempah yang segar


Wazwan
Terletak bersebelahan Masjid di Itaewon, restoran ini menyediakan makanan india pada harga yang berpatutan. Menu kat sini macam restoran mamak kat Malaysia. ada nasi , ayam tandoori, kari, roti nan dan lain2


Salam
Restoran ini menyediakan masakan Turki. Makanan turki ni macam makanan timur tengah lain terutamanya kebab. Kalau nak yang lebih murah boleh try kat Ankara Picnic
Ankara Picnik. Menyediakan kebab turki pada harga yang berpatutan

Ada banyak lagi restoran halal di Itaewon. saya pernah makan nasi bariani kat area ni tapi dah lupa nama restoran tu. Ownernya orang indonesia...hehe

Apa pendapat anda tentang makanan halal di Korea? Jangan lupa bagi comment

13 comments:

  1. bestnyer kalau dapat makan kat sini

    ReplyDelete
  2. blog ni terbaik dalam informasi bagi backpakers.. plan nk pegi korea awal tahun depan insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Salam Fir,
    nak tanya. kat mane nak makan seafood/ikan bakar yang best dekat area Seoul?harga bape yer?tq :)
    http://thefunnjoy.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya kat seoul mmg banyak restoran seafood...kalau nampak ada aquarium kat luar restoran tu seafood la tu... Tapi bukan mcm restoran seafood or ikan bakar kat malaysia... Hidangan maybe tak masuk tekak malay...antaranya ikan mentah (mcm org jepun)...sup ikan n siput yg masih hidup... Saya pernah makan sekali kat restoran seafood tapi bukan kat seoul...tp kat gwangju...harga tak sure sebab member korea belanja...

    ReplyDelete
  5. hmmm...kalau makanan yang wrap dengan sayur lak?ada x?yang macam dalam tv tu. dia wrap daging dengan sayur.huhuhu..teringin pulok.hahah

    ReplyDelete
  6. abg, kalau mknn korea yang halal x de ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibimbab halal banyak kat area ni dik

      Delete
  7. salam..selain itaewon..mana lagi restoran halal??? mana2 lagi tempat makan yang best kat seoul

    ReplyDelete
  8. apa ada logo atau halal seperti dari ulama (MUI kalau Indonesia) atau lembaga khusus gt ?

    ReplyDelete
  9. salam.. InsyaAllah saya dan kawan2 rancang nak pegi melawat korea januari 2015 ni.. and kalau boleh saya tahu ade lagi ke tak restoran halal yang lain yang lebih murah sedikit untuk kami as a student di itaewon ni?

    ReplyDelete
  10. Selain itaewon..kt mne de lg restoran halal area seoul..

    ReplyDelete