Panduan Itinerary Kembara ke Korea

Assalamualaikum dan salam infomasi  kepada semua pembaca myfir2u. Sejak akhir-akhir ini myfir2u mendapat trafik dari pembaca yang sangat memberangsangkan. Mungkin kerana promosi perlancongan ke Korea yang makin hebat dari syarikat penerbangan dan pengaruh dari k-pop dan drama korea yang makin mengembangkan kuasanya di media. Saya nak ucapkan terima kasih atas sokongan pembaca dan menjadikan blog ini sebagai rujukan infomasi kembara Korea, dan saya juga nak minta maaf jika ada komen atau pertanyaan dari pembaca yang saya terlepas pandang.

Antara soalan yang sering ditanya oleh pembaca ialah berkenaan dengan itinerary. Memang agak sukar untuk saya menjawab soalan ini kerana itinerary sesuatu trip bergantung kepada bilangan hari di Korea, bilangan ahli dalam kumpulan kembara dan sebagainya. 

Jadi post kali ini saya nak share itinerary yang agak fleksibel sebagai panduan pembaca. Sebenarnya itinerary ini saya buat untuk trip guru seramai 12 orang yang bakal ke Seoul bulan November akan datang.  

Ok, jom tengok itinerary ni sama-sama ye....



DAY 1
Pagi
- Berkumpul di KLIA2. Penerbangan ke Incheon International Airport, South Korea.
Petang
- Tiba di Incheon International Airport. Naik bas No.6002 dari airport ke Jongno-3-ga      Station.
- Check in di Beewon Guesthouse. Rehat dan makan.
Malam
- Menikmati suasana malam di sungai Cheonggyecheon yang mengalir di tengah Kota Seoul.

- Merasai kemeriahan Myeongdong, pasar jalanan terbesar di Korea.

- Balik ke Hotel, rehat dan tidur.


DAY 2
Pagi
- Pengembaraan di Pulau Nami yang merupakan lokasi penggambaran drama Winter Sonata.
- Perjalanan dengan menaiki keretapi ITX mengambil masa 1 jam. Naik ITX dari Cheongnyangni Station. Ambil train yang awal contoh jam 9.00 am supaya ada banyak masa di Pulau Nami.

- Lunch dan solat zohor di Pulau Nami(Pulau Nami ada Surau).  
- Bergerak pulang dari Nami dalam jam 3.00 pm.
Petang
- Berkunjung ke 63 Building. Ada wax house yang pamerkan patung lilin watak terkenal.

Malam
- Menyusuri sungai Han di atas  river cruise. Boleh tengok banpo rainbow foountain
- Pulang ke hotel, rehat dan tidur.




DAY 3
Pagi
- Lawatan ke Gyengbokgung, istana silam Korea yang paling besar dan gemilang. Jam 10.00 am ada upacara penukaran pengawal istana.-tutup hari selasa.

- Ronda-ronda dan bergambar sekitar Seajong Belt Road.

- Lawatan ke Deoksugung, istana gabungan moden dan tradisional. Lunch dan solat di taman cherry blossom musim luruh di Deoksugung.
- Bergambar di Seoul City Hall.
Petang
- Melihat Seoul di era peperangan di Seoul War Memorial. Merupakan antara museum perang terbesar di dunia mempamerkan tugu peristiwa dan mesin perang sepanjang perang semenanjung Korea.


Malam
- Melawat dan solat jamak maghrib dan isyak di Masjid Itaewon.

- Makan malam di restoran halal di Itaewon (menu makanan Korea).
- Ronda-ronda sekitar Itaewon (Itaewon merupakan tempat komuniti muslim di Korea).
- Pulang ke guesthouse dan berehat.


DAY 4
Pagi
- Melawat Namsagol Hanok Village dan Seoul Time Capsule. Pelajari budayal Korea seperti pakaian dan upacara teh di sini.

- Shopping di antara pasar tertua di Korea, Namdaemun Market. Hampir semua item 
  boleh didapati di sini termasuk souvenir, keronsang, sutera korea, pakaian, makanan dan lain-
  lain.


Petang
- Menaiki cable car ke puncak Gunung Namsan. Terdapat spot romantik, “Korean Pad Lock”, Seoul Fortress dan banyak lagi

- Solat dan makan di puncak gunung.
Malam
- Shopping fasa terakhir di Insadong, kawasan souvenir, barangan seni dan barangan antik di Seoul. 

- Pulang ke guesthouse, berehat dan berkemas


DAY 5 
Bergerak ke Incheon International Airport menaiki bas. (Flight balik ke Malaysia Jam 9.00 am)







Penginapan yang saya tempah ialah Beewon Guesthouse yang terletak di area Jongno. Kat bawah ni ada peta untuk memudahkan anda.  Tempat ni dikelilingi oleh subway station, bus stop untuk ke airport dan istana lama di sekitarnya. Juga berhampiran dengan insadong untuk shopping souvenir. Bayaran penginapan semalam juga berpatutan dan ada dapur untuk memasak.



* Jika anda pergi ke Seoul dengan masa yang lebih lama contohnya 7 hari 6 malam, anda boleh tambah trip ke taman tema seperti Lotte World, Everland or Seoul Land. 

*jika pergi pada musim salji boleh main luncur salji di supia park




...moga post ini bermanfaat...





68 comments:

  1. Bang... nk balik dr korea cmne plak???... proses2 kt incheon aiport smpai la malaysia... n ade kna tax x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda bayar tax...cuma kalau bagasi terlebih berat kena bayar...

      Delete
  2. Bang... nk balik dr korea cmne plak???... proses2 kt incheon aiport smpai la malaysia... n ade kna tax x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari incheon ke malaysia mcm malaysia ke incheon gak...tak ada bayar apa2 tax tambahan mcm g manila or negara lain....tp time check.barang tu agak ketat sket la

      Delete
  3. Bajet brp ye utk 1family..akk n suami n ank 4org..

    ReplyDelete
  4. teruja nak gi...kwn ajak hari ni utk trip bln 6 2014..trus search n terjumpa blog yg sgt2 membantu...membuatkan lg teruja..thanks bro

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...
    itinerary ni boleh guna untuk musim salji tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...boleh...tp spend masa tuk main luncur salji di tteoksom supia park

      Delete
  6. Saya nak tanya, kita tinggal di hotel yang sama ,cukup atau kena pindah randah dua tiga hotel... hihihi.. Can not imagine Seoul besar mana? Ada macam Melaka? Kalo ala ala Melaka, senang sikit jalan... hihihihi Ada pengalaman ke UK & Europe, tapi kena tinggal dua tiga tempat disebabkan jarak.. Thanks... Blog yang bagus... Saya ikut itenerary nilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam....kalo kat seoul saja tak perlu pindah2 hotel sebab kat seoul semua tempat menarik dekat n sistem pengangkutan cekap...tp kalo g busan or jeju kena tempah penginapan lain ye

      harap membantu

      Delete
  7. salam..nak tanya... trip to korea x perlu visa kan? n berapa lama passport expiry date? mcm china passport kene 6 months before expiry date...:)
    harap dapat membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...rakyat Malaysia tak perlu visa kalau masuk ke Korea untuk 2 bulan.
      Pastikan passport valid for more than 6 month....as usual

      Delete
  8. salam. insyaAllah saya n husband akan ke korea pd 23 januari 2014 til 27 januari 2014...so brp budget better bawa? n waktu tu musim sejuk kan? so klu pakaian sejuk tu mmg kn prepare siap2siap2 dlm hand luggage n sampai airport sana terus pakaii ke cmn? sorry byk ty coz x dpt imagine sejuknya cmn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Dan suami nak melancong sendiri ke? Kami suami isteri pun berhajat nak ke korea Tanpa agen. Sy berminat nak tahu persiapan Puan

      Delete
    2. Puan Dan suami nak melancong sendiri ke? Kami suami isteri pun berhajat nak ke korea Tanpa agen. Sy berminat nak tahu persiapan Puan

      Delete
    3. wsalam...bajet selalu saya bawa RM1000 ke RM1200 je...pakaian sejuk mmg kena stanby...

      Delete
    4. Meaning RM1000 ke 1200 nie untuk sepasang ke? or satu individu?

      Tq la sbb sudi share tips ke Korea.. mmg nk ke sana sangat

      Delete
  9. Salam saya nak tanya byran utk seorang berapa kalau ikut itenerary??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...first sekali saya just blogger yg share mcm mana nak melancong ke Korea, nak share bagai mana mudah dan senangnya ke Korea... Selalunya kalau ikut itinerary ni saya spend dalam RM1000 ke RM1200 all in tak termasuk tiket flight.

      Delete
  10. Salam akak nak tanya kalau tinggal di itaewon jauh tak ke lotte world. Musim salji dibuka tak? Lagi satu kalau akk nak naik teksi dari satu tempat ke tempat lain mahal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...tinggal di itaewon agak jauh dari Lotte World but thanks to sistem pengangkutan awam seoul yg cekap, semuanya jd mudah....kalau naik teksi ber4 murah....kalau berdua naik subway lagi murah

      Delete
  11. Salam, blog yg amat membantu, saya da catit siap2 utk panduan saya sbb saya plan pergi ke korea berdua dgn adik pada 26 Mei-29 Mei 2014. Boleh tanya adakah masa tu musim bunga masih ada? Awal plan nak ke seoul pd bulan 9 tgk autumn tapi baru sedar bulan 9 Sukan Asia akan diadakan di seoul. Maka ditarik tarikhnya awal sikit

    ReplyDelete
  12. Salam.. insyaAllah saya dah family dalam 5 orang atau lebih akan ke Korea bulan Nov 2014 nanti. Masa tu musim salji ke? suhu sekitar berapa yer? Boleh saya dapatkan bajet sekepala ke sana sebab nak bercuti bajet je. Kalau boleh nak pergi sekali ke lima tempat menarik tu. Ohh saya pun ada email pada saudara juga pertanyaan ini. email nuru.hasmiza@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...awal nov masih luruh...hujung nov dah winter n mungkin ada salji....suhu sekitar 5 degree ke 0 degree

      Delete
  13. assalam..
    1....insadong market dgn naedaemun market mana lagi ok dr segi harga? malam still bkak kan pasar2 nie..
    2... 63 building yg ade patung lilin tue dkat kawasan mana yer? bleh bagi nama tempat x?
    3... hangang park plak kalau pergi hujung feb nie still ade salji ke?

    tq for info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. antara myeongdong dengan hongdae mane lagi best utk shopping?

      Delete
    2. wsalam....harap saya tak terlampau lewat reply...sebab saya selalu reply dalam whatsapp... dari segi harga namdaemun ok...tp tak buka sampai malam....

      Delete
  14. Assalam..
    Jika naik train dari Busan ke Seoul, ada tak tempat yg menarik yg worth utk stay 1-2 hari kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsaalm.....secara peribadi saya tak tertarik sgt dengan busan....tp kalo nak stay 1 malam ok je....g makan seafood...hehe

      Delete
  15. salam.. tuan, han river cruise tu nak naik dari dock mana ya yg dkt ng buiding 63 tu..
    transport ke dock tu mcm mana dr building tu.. tq..

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum saudara sya nak tanya mcm mana caranya nak sambung belajar di korea..???? boleh email surat permohonan untuk sambung belajar ke korea .. fiqar_93@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. Salam..en fir, if booking dekat able hostel area dongdaemon still ok??

    ReplyDelete
  18. Salam En Fir,

    Kalau dari Incheon Airport nak ke Hoehyeon Station macam mana ya? Saya stay di JJ guesthouse namdaemun dekat dengan station tu.

    ReplyDelete
  19. selamat malam, ingin bertanya recommeded tempat blanja di korea untuk souvenir / oleh2x keluarga, terima kasih. salam

    ReplyDelete
  20. Salam.. kalau saya nak pegi Seongsan-dong, Mapo-gu jauh tak dengan Beewon Guesthouse? Or tempat tu area mana yg dekat ek? TQ

    ReplyDelete
  21. Ada cara yg lebih prefer tak mcm mana nk communicate dgn orang sana? Tq....

    ReplyDelete
  22. thank you for this itinerary... saya dah pening sampai pedih2 biji mata dok baca blog seharian dan baca forum.. rasa nak nangis sebab pening nakw at itinerary.. bila tgk itinerary ni baru la boleh dapat gambaran... tq tq tq....

    ReplyDelete
  23. cik firdaus nk tanye sket...Mapo-gu tuh jauh x kalau nak ke kawasan myeongdong

    ReplyDelete
  24. Thanks to your info, i'm to korea in 31 oct 2015

    ReplyDelete
  25. salam en firdaus..boleh whatsapp saya tak..sb sy nak tnya detail pasal korea...ni no saya 0145127834..syikin

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum sdr. fir...
    terima kasih blog yg sgt membantu...dan memberi inspirasi nak pegi merasai apa yg dikongsi..
    Insya Allah pada 7.5 -11.5.2016 akan kesana 5d4n tanapa agen..backpacker n berdua..hope boleh survive...ahaks.. sapa lagi yg gi korea masa yg sama??? boleh wasap untuk join mengembara hehe

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum sdr. fir...
    terima kasih blog yg sgt membantu...dan memberi inspirasi nak pegi merasai apa yg dikongsi..
    Insya Allah pada 7.5 -11.5.2016 akan kesana 5d4n tanapa agen..backpacker n berdua..hope boleh survive...ahaks.. sapa lagi yg gi korea masa yg sama??? boleh wasap untuk join mengembara hehe

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum,fir.. Sy akn ke Seoul awal March ni. Agak2 time tu brp degrees? Masih winter or tak? Thank you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dah sampai korea masa end march
      Tak perlu winter jacket
      Pakai jacket biasa pun dah ok
      Kalau early march tak pasti
      Tapi kalau nak tgk cheerry blossom pi early april la

      Delete
  29. Sapa tau pasai v train kat korea....
    Best tak

    ReplyDelete
  30. Sapa kat sini nak ke korea masa autumn?
    I plan nak pi end oct to early nov
    Dulu pi dgn travell agent
    Banyak tempat tak cover
    Semua naik bus ja mmg tak best la
    Esp kena tgk ginseng la jade la bagai
    So kali ni nak try public transport sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dan kawan saya nak travel ke sana jugak. tarikh kami 31/10 sampai 7/11. cadangnya nak menginap di itaewon. nama saya Firdaus dan kawan saya Azira.mungkin kite boleh join sekali.kami free and easy je..takde pakej.

      Delete
    2. Sy ke kesana 5-9/11-free n easy..

      Delete
  31. I dah sampai everland
    Nak tanya lotte world or seoul world mana best

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum...saya tengok dalam itinerary saudara ada berhenti solat di puncak namsan, di pulau nami dan beberapa tempat lain..ada kemudahan untukbersolat ke kat sana? atau solat open air je? macam mana dengan wanita?

    ReplyDelete
  33. Salam. Tumpang tanya. Saya plan ke Seoul autumn tahun depan. Flight tix pun blm beli lagi. Jadi untuk yang 1st time macam saya ni berapa hari paling ideal ke korea untuk ke cover tempat menarik di Seoul. Harap boleh bantu. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... 4-5 malam just nice

      Delete
    2. sy pun plan nak g autumn tahun depan, cadangnya nak free n easy bersama kawan2..blog en firdaus ni mg sangat membantu. Hehe tq

      Delete
  34. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  35. Salam.

    Nak tanya, berapa won ya bas dari Incheon Airport nak ke Jongno 3-ga Station dan ambil masa berapa lama?

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, selalunya saya naik 10000 won seorang. Perjalanan lebih kurang 1 jam 20 minit

      Delete