Kembara outdoor di Sungai Lembing (siri 2) : mentari terbit di Bukit Panorama

Salam sejahtera dan dalam info kembara. Kali ini saya ingin menyambung kisah kembara outdoor Sungai Lembing sebab


Bukit Panorama terletak di pinggir Pekan Sungai Lembing dan merupakan suatu tempat yang popular di kalangan pencinta alam yang ingin menyaksikan panorama mentari terbit. Panorama di puncak bukit ini ketika matahari terbit dikatakan sangat indah dan lain dari yang lain kerana kehadiran lautan kabus yang tebal. Untuk membuktikan kebenaran dakwaan tersebut, saya membuat keputusan untuk mendaki Bukit Panorama pada lewat petang, bermalam dengan memacak khemah di puncak dan menyaksikan mentari terbit pada keesokan harinya... berjayakah saya menyelesaikan misi kali ini??? 
mari kita baca kisah seterusnya...
Bila sudah berada di Pekan Sungai Lembing, nak ke Bukit Panorama amat mudah sebab bukit ni terletak di pinggir pekan je. Jalan kaki pun sampai. Terdapat banyak papan tanda ke Bukit Panorama di Pekan Sungai Lembing sebab tempat ni sememangnya destinasi ikonik di Sungai Lembing

Untuk mendaki ke puncak Bikit Panorama tidak lah sesukar mana jika anda seorang yang biasa mendaki. Tapi jika anda baru mula-mula berjinak dengan aktiviti mendaki mungkin sedikit sukar kerana pendakian agak curam dan ada lebih dari 1000 anak tangga untuk ditempuhi. Penatnya memang terasa dan hati akan mula bertanya " bilakah anak tangga ni akan berakhir"...jika anda mula terasa nak give up, ingat ni... "badan kita mungkin tak boleh melakukannya,...tapi semangat kita pasti boleh...jadi biarkan semangat kida mendaki ke puncak dan jangan give up".

 dan jangan risau sebab terdapat untuk berehat disediakan


Semasa pendakian saya dapat melihat keindahan alam yang memukau kerana bentuk bumi yang seperti dalam cerita lord of the ring... lihat di sana...adakah itu puncak Bukit Panorama...ntah, saya pun tak tahu

akhirnya setelah hampir 40 minit mendaki anak tangga terakhir berjaya saya tempuh dan saya sudah hampir ke puncak...


yesss...berjaya sampai ke puncak Bukit Panorama...kawasan di puncak tidak lah luas mana kerana kelebaran yang kurang, tapi mengunjur panjang. Sebenarnya tak ramai orang bermalam puncak Bukit Panorama kerana kebanyakkan mereka mendaki di awal pagi sebelum matahari terbit.

Apa pun saya perlu mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah kerana saya berada di puncak bukit. Untuk bermalam di sini kita perlu bawa bekalan air yang mencukupi sebab tiada sumber air di puncak.
sempat memasang khemah sebelum matahari terbenam...



pemandangan matahari terbenam di puncak Bukit Panorama juga cantik...




Pada sebelah malam, kami melakukan rutin perkhemahan seperti memasak dan sebagainya. Tapi mandi memang tak dapat lah sebab takda sungai kan...kami cuma lap badan dengan tisu basah baby...wangi tau...
dekat atas puncak Bukit Panorama ni banyak nyamuk, jadi kami nyalakan unggun api untuk menghalau nyamuk.


semasa sibuk memasak, tiba-tiba bulan purnama muncul di balik awan di langit... cantik sangat, cahanyanya sangat terang sehingga wajah saya pun nampak putih melepak walaupun waktu malam


makan malam kami macam biasalah...nasi dengan lauk sardin...walaupun simple tapi bila makan atas puncak bukit...pergh, nikmatnya terasa.



Sepanjang malam saya tak tidur...bukan sebab tak dapat tidur tapi sebab saya tidak mahu melepaskan waktu berharga ni...berada di alam semulajadi...di puncak bukit di waktu malam...diterangi rambulan purnama...berselimutkan bintang... sepanjang malam saya berbaring merenung ke langit sambil mumuji kebesaran Allah...
tapi kadang-kadang kena bangun untuk pastikan unggun api tak padam..unggun api sentiasa dijaga agar nyamuk tidak berpeluang datang bertandang,..hahaha


saya merenung langit sehingga waktu subuh...selepas solat subuh, kedengaran suara-suara sumbang dari arah tangga mendaki...rupa-rupanya pendaki lain sudah mula mendaki dan sampai ke puncak untuk menunggu matahari terbit... ramai antara mereka yang bertanya adakah kami bermalam di puncak sebab nampak khemah dan ada yang menunjukkan rasa kagum dengan pencapaian kami yang memberangsangkan ini.

Semasa menunggu matahari terbit, saya dapat melihat lautan kabus yang amat tebal di bawah bukit dan bulan purnama masih menunjukkan kehadiran di langit barat
 ketika ini saya dapat saksikan keindahan yang jarang-jarang dapat saya rasai iaitu melihat bulan di atas lautan kabus dan mentari terbit pada masa yang serentak...

di ufuk timur sinar mentari sudah mula menerjah di balik awan...masing masing ready dengan kamera dan smart phone untuk merakam detik-detik ajaib ini



akhirnya...penantian yang tak sia-sia. Mentari muncul dengan hebatnya seperti bola api berlatar belakangkan lautan kabus dan awan.





secebis mentari untuk dirimu sayang....cehhh jiwang





bersenam untuk menyihatkan badan...best bersenam berlatar belakangkan mentari terbit... tapi tengah syok bersenam tiba-tiba rasa nak terberak pula...maklum lah semalam menahan je sebab takda toilet...huhu



oleh kerana nak memerut, kami mengambil keputusan untuk turun segera dari Bukit Panorama... kami mengemas barang dan melipat khemah. Sampah-sampah juga perlu dikumpul untuk dibuang bila sampai di bawah nanti. Kebersihan alam semulajadi perlu kita jaga agar dapat dinikmati oleh anak cucu kita... Lagipun saya memang plan nak bawa anak saya mendaki Bukit Panorama di suatu hari nanti...



Setelah siap mengemas dan membersihkan kawasan, kami memulakan aktiviti menurun bukit. Sekali lagi kami akan melalui anak-anak tangga yang beribu bilangannya tu. Tapi kali ini tak lah penat sangat sebab turun bukit kan

semasa menurun bukit, kami dapat melihat lautan kabus di kaki Bukit Panorama...memang macam berada di alam fantasi



sesudah sampai di bawah, kami terus memerut di tandas awam yang disediakan... lepas puas memerut, saya berehat sebentar dan baring-baring di tepi jalan... macam gelandangan lah pulak... penat punya pasal redah je lah... nanti bila penat dah hilang nak pergi mandi dan bersihkan badan yang belengas di di tepi sungai....weee

sekian saja kisah saya kali ini... best tak? kalau ada soalan boleh tanya di ruang komen yer... siapa yang tak baca kisah Kembara outdoor Sungai Lembing (siri 1) boleh baca di sini .... K bye...










No comments:

Post a Comment