Mendaki Naksan di Seoul, Korea


Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika anda berada di Seoul Korea, antara aktiviti yang gemar dilakukan oleh warga Seoul ialah mendaki. Bentuk muka bumi Korea 70% bergunung ganang maka tidak hairanlah warga Korea samada di kota mahupun desa amat sinonim dengan aktiviti ini. Yang seronoknya di Seoul anda tidak perlu pergi jauh untuk mendaki kerana di dalam Kota Seoul pun ada banyak lokasi untuk mendaki. Kali ini saya memilih untuk mendaki Naksan, sebuah gunung kecil berhampiran Dongdaemun. Naksan bererti "Gunung Unta" kerana ianya terdiri dari batu granit yang berbentuk seperti bonggol unta.

Pendakian kami bermula di Dongdaemun Gate yang terkenal itu. Terdapat Seoul Fortress wall yang mengunjur dari Dongdaemun gate ke puncak Naksan. 


Sebelum memulakan pendakian, kami sempat beramah mesra dengan Ajuma yang berniaga di Dongdaemun



Pendakian Naksan amat mudah sebab melalui jalan yang berturap dan berbata di pinggir Seoul Fortress Wall. Pendakian juga tidak curam dan sesuai bagi kanak-kanak dan warga tua.



walaupun mudah, tapi kadang kala semput juga dan kena berehat...huhu 

pendakian menyusuri Seoul Fortress Wall memang memberikan pengalaman yang unik...inilah yang dinamakan pendakian menyusuri sejarah Korea


Setelah lebih kurang setengah jam mendaki (termasuk masa berehat dan bergambar), akhirnya kami sampai di puncak yang terletak berhampiran Naksan Park.



dari puncak boleh nampak pemandangan Kota Seoul dan nampak puncak Gunung Lain seperti Namsan dan Inwangsan



Pemandangan bertambah cantik bila melihat mentari terbenam dari puncak Naksan... mungkin inilah antara sebab kenapa orang Korea suka mendaki, untuk melihat keindahan alam... Hiking is so Korea



Inilah trail pendakian saya kali ini...mudah tapi berbaloi dan mengujakan... 


Terima kasih kerana sudi baca kisah kali ini. Jangan lupa tinggalkan komen.

4 comments:

  1. salam bro..saya nk ke korea pd bulan 12 ni..8hb hingga 16hb..adakah keadaan kt seoul pd tarikh tersebut salji sama mcm dlm gambar bro kat naksan?..1st time nk ke korea ni..

    ReplyDelete
  2. Kalau autumn canteq tak kat sini

    ReplyDelete