Hujung minggu adalah masa berharga yang perlu didedikasikan untuk orang yang tersayang... lupakan hal kerja dan bawalah anak-anak pergi keluar berjalan, meneroka dunia yang penuh warna warni dan lakukan aktiviti yang bermanfaat serta menyihatkan bersama.
Baru-baru ini saya telah membawa anak saya Farees melihat dan mengenali haiwan di Zoo Johor... Sebelum ini selalu juga ajar anak mengenal haiwan melalui smartphone dan flashcard tapi sempena hujung minggu yang indah tempoh hari, saya bawa Farees ke Zoo Johor. Secara peribadi saya lebih sukakan Zoo Johor berbanding zoo yang lebih popular seperti Zoo Melaka dan Zoo Negara. Nak tahu kenapa? ikuti kisah selanjutnya
Tahukah anda...
Zoo Johor ditubuhkan pada tahun 1928 oleh Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar dan merupakan antara zoo yang tertua di negara ini dan juga di Asia.
yang paling wow berkenaan Zoo ini ialah tiketnya yang murah dan berbaloi. RM 2.00 dewasa dan RM 1.00 untuk kanak-kanak. Walaupun murah namun terdapat haiwan yang rare seperti harimau, singa dan unta...satu lagi kawasan Zoo Johor rimbun dengan pokok jadi taklah panas sangat bila tengah hari
Farees tak sabar nak melihat haiwan real bersama daddy... jom kita tengok antara haiwan yang terdapat di Zoo Johor ni...
cuba teka apa tu?... bagi yang belum tahu, itulah tapir...
mari kita lihat dengan lebih dekat...
kacak juga encik tapir ni...ggrrrrrrr
ini pula badak air atau nama manjanya hipo... walaupun hipo ni nampak comel dan gebu, namun haiwan ini tersenarai antara 10 haiwan yang merbahaya di Afrika. Gigi badak air boleh memotong buaya menjadi dua dan sebab itu di habitat asalnya badak air tidak ada masalah berendam di sungai yang menjadi lubuk buaya... so guys, don't mess with hipo
aloloo...comelnya... buat cucur badak berendam kang baru tau.....
ini pula ialah jiran kepada encik Hippo...nampak tenang je kan air tu... tapi bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya
ini pula sekumpulan memerang kecil ...haiwan ini lincah dan comel seperti bayi berusia setahun lima bulan... jika anda berminat untuk memelihara haiwan ini boleh baca info di bawah
atau anda mungkin lebih berminat dengan keluarga kucing?.... meowww
datang ke zoo ini memang berbaloi, walaupun tiket masuk hanya RM2 tapi ada harimau... yerla bukan senang nak bela harimau... sehari berapa kilo daging diorang baham kan... bela panda yang makan buluh pun dah berjuta
singa pun ada... abaikan aksi kurang murni yang dilakukan oleh singa jantan tersebut
tapi yang tak dapat saya lupakan ialah unta...sebabnya saya sendiri baru pertama kali dapat jumpa unta yang real sepanjang hidup di dunia yang fana ni... dapat lihat dari dekat pula tu... Farees pun sama teruja nampak unta dari dekat...
bagi unta makan kangkung... selama ni saya ingat unta makan kurma, rupanya kangkung pun dia makan... tahu la kangkung murah
Burung yang exotic pun ada dipamerkan di Zoo Johor...
inilah burung yang dinobatkan sebagai burung paling berbahaya di dunia. Kakinya mempunyai kuku yang tajam, kepaknya ada pelepah yang tajam dan kepalanya dilengkapi dengan balung seperti "helmet" yang keras. Burung ini sangat agresif dan serangannya boleh membawa maut kepada manusia.
ini pula burung terbesar di dunia... burung unta. Burung apa?... Burung unta.
ini pula burung undan yang terkenal dengan kemahiran menangkap ikan... di zoo ini burung undan ini tidak dikurung sebaliknya bebas bergerak di tasik yang terdapat di zoo ini... kadang kadang orang kejar ia...dan kadang-kadang ia pula yag kejar orang... mengapakah burung ini tidak melarikan diri dari zoo? adakah ia sudah berada di zon selesa? satu misteri yang perlu dirungkai...
inilah tasik yang terdapat di kawasan Zoo Johor...boleh main go-kart air dengan ditemani burung undan.
Zoo johor sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak kerana kawasannya yang rimbun dan tidak berapa luas dan tidak memenatkan... di samping itu terdapat kawasan kanak-kanak bermain di dalam zoo ini. Mesti kanak-kanak seronok kan
Farees memang pantang nampak gelongsor... daddy layankan ajer... pastikan anda sentiasa memantau anak anda ketika bermain...safety first
setelah hampir dua jam mempelajari dunia haiwan dan melayan anak bermain, kami pun mengambil keputusan untuk keluar dari zoo dan makan tengah hari sebab perut dah lapar...kami pulang dengan 1001 ilmu yang bermanfaat dan memori yang bermakna.
setelah melihat haiwan yang real Farees pandang haiwan replika sebelah mata jer... dah tak heran ponnn..
Gambar kenangan Farees bersama Daddy dan Umi di Zoo Johor...
Jadi jika anda berkunjung ke Johor Bahru, jangan lupa luangkan masa untuk melawat Zoo Johor...pasti anda tidak akan kecewa...
Terima kasih kerana sudi baca kisah kali ini, jangan lupa tinggalkan komen ye...
Terima kasih kerana sudi baca kisah kali ini, jangan lupa tinggalkan komen ye...
suka en tapir tu..
ReplyDeleteFirdaus, ada experince ke Thailand tak? Kalau pernah ke sana mungkin boleh share dgn kita orang semua.... i.e makanan halal, komuniti muslim especially kawasan utara Thailand....
ReplyDeletethailand tak pernah...risau gak asyik berita rakyat malaysia kena tembak
Deletethailand tak pernah...risau gak asyik berita rakyat malaysia kena tembak
Deletebestnya.....saya suka jelajah dalam zoo....
ReplyDeleteen firdause... boleh tak email saya zai_rie2@yahoo.com
saya nk tnya tentang korea...
terima kasih
saya dah lama tak g Korea...heee
DeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
pegi mampuslah ko dgn duit haram ko tu..apsal pulak nk ajak org lain buat keja laknat ko tu..
ReplyDelete