Disc Golf, Sukan untuk Pencinta Alam Sekitar dan Pengemar Aktiviti Outdoor


Post kali ini saya nak share pasal sukan Disc Golf. Sukan ni masih baru di Malaysia dan tak ramai orang Malaysia tahu tapi sukan ini sangat seronok dan mengujakan. Sukan Disc Golf sangat sesuai untuk anda yang cintakan alam semulajadi dan sukakan aktiviti outdoor...nak tau kenapa dan apa kaitan Disc Golf dengan alam sekitar dan outdoor?.... teruskan membaca post ini...


Disc Golf ialah sejenis sukan yang dimainkan dengan menggunakan piring terbang berdiameter lebih kurang 8 inci dengan berat maksimum 180g. Format bermain adalah sama seperti sukan golf. Setiap pemain akan membuat lontaran disc ke sasaran dan bilangan lontaran setiap pemain dikira. Setelah bermain hingga 9 lubang, jumlah keseluruhan lontaran akan dikira. Pemain dengan jumlah lontaran keseluruhan paling sedikit dikira sebagai pemenang.

tiang PVC digunakan sebagai Disc Golf Target


target bakul berantai digunakan untuk pertandingan Disc Golf

Sukan ini berkembang dengan pesat di Amerika dan Eropah kerana mudah dimainkan dan diuruskan. Ianya boleh dimainkan di mana sahaja seperti di padang, pantai, taman rekreasi awam malah boleh dimainkan di kawasan dengan landkap tumbuhan seperti ladang dan pinggir hutan.. Sukan ini juga telah mula berkembang di negara lain seperti Brazil, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan malah sudah mula berkembang di negara Afrika. 

Di Asia Tenggara, sukan Disc Golf sudah mula dimainkan di Singapura, Filipina dan Thailand. Sebagai contoh di Koh Samui, Thailand, Disc Golf Park 9 lubang dibangunkan di ladang kelapa dan berjaya menarik pelancong untuk bermain seterusnya menjana ekonomi tambahan. Tanah pamah yang luas dengan pokok-pokok dan tanah yang tidak terlalu semak dengan belukar juga sesuai dijadikan kawasan bermain Disc Golf.

Samui Disc Golf  Course dibangunkan di Ladang Kelapa berjaya menarik pelancong dan Disc Golfer serata Dunia untuk bermain di sana.




tidak seperti Golf yang memerlukan rumput khas agar bola golf boleh bergolek, Disc Golf boleh dimainkan di mana saja tak kira lanskap dan bentuk muka bumi menjadikan ianya sukan yang dekat dengan alam sekitar dan sesuai untuk pencinta aktiviti outdoor. Pokok2 yang terdapat di lanskap semulajadi menjadikan Disc Golf lebih seronok dan mencabar. Pemain perlu mahir membentuk arah lontaran dan mengadaptasi arah angin untuk mengelak halangan agar lontaran disc dapat menghampiri target
Disc Golf dimainkan di Hutan Rekreasi Amerika dan Eropah



SUKAN DISC GOLF DI MALAYSIA
Sukan berkaitan piring terbang masih baru di Malaysia dan bermula apabila sukan Ultimate Frisbee diperkenalkan di sekolah, kolej di Malaysia. Namun sukan Ultimate Frisbee memerlukan pasukan untuk dimainkan dan melibatkan larian dan gerakan yang aktif menjadikannya lebih sesuai untuk golongan muda. Manakala untuk sukan Disc Golf, terdapat komuniti yang terdiri dari ahli PDGA warga tempatan dan pemain disc golf dari luar negara yang bermastautin di Malaysia. 
Komuniti Disc Golf Malaysia... Untuk mengetahui tentang aktiviti Disc Golf Malaysia boleh sertai 
Facebook Group: Disc Golf Malaysia

Komuniti Disc Golf Malaysia sering bermain Disc Golf  di taman awam sekitar Johor dan Melaka. Selain itu komuniti Disc Golf Malaysia mengadakan aktiviti memperkenalkan sukan Disc Golf  kepada pelajar sekolah dan universiti.

Ahli Disc Golf Malaysia juga mewakili Malaysia untuk pertandingan Disc Golf yang dianjurkan negara berhampiran seperti Singapura dan Thailand.


Disc Golf Course pertama di Malaysia terletak di Johor Bahru




 Pengenalan Sukan Disc Golf kepada pelajar MRSM Terendak oleh Cikgu Firdause, PGDA #107375 salah seorang ahli rasmi PDGA (Professional Disc Golf Association) di Malaysia 




Melaka Junior Disc Golf Club ditubuhkan bagi memperkenalkan sukan ini kepada kanak-kanak di kawasan komuniti taman perumahan. Kelab ini menjadikan kanak-kanak terlibat gemar berekreasi di luar dan tidak hanya bermain gajet dan smartphone di rumah.


Disc Golf Malaysia merupakan salah satu team disc golf yang berkembang di Asia Tenggara dan turut menghantar wakil ke pertandingan yang dianjurkan di luar negara seperti di Singapura dan Thailand.



Team Disc Golf Malaysia di Singapura






Pertandingan yang dianjurkan di Malaysia
Pertandingan yang dianjurkan oleh Disc Golf Malaysia sering menarik perhatian Disc Golfer dari serata Dunia.







Disc Golf amat berpotensi dikembangkan di Malaysia atas sebab berikut;

1. Sukan ini sesuai dimainkan oleh sesiapa sahaja tak kira umur, gander atau latar belakang. Sukan ini tidak membezakan taraf sosial. Di Amerika dan Eropah sukan ini dimainkan bersama oleh gelandangan dan doktor pakar. Disc Golf dikenali sebagai sukan seisi keluara dan aktiviti rekreasi komuniti. Disc Golf Park diwujudkan oleh ahli komuniti setempat di taman-taman awam dan menjadi daya tarikan pengunjung luar untuk melawat dan bermain Disc Golf di sesebuah komuniti itu.

2. Sukan Disc Golf  boleh dimainkan di lanskap sedia ada samada di padang, taman rekreasi awam, taman rimba mahupun di ladang pertanian. Sukan ini sesuai dijadikan sebagai aktiviti eko-sukan dan rekreasi yang dekat dengan alam semula jadi.

3. Sukan ini mudah dan murah untuk dimulakan. Disc Golf boleh dibeli dengan harga RM30 hingga RM 100 mengikut jenis material dan jenama di online store. Disc Golf Target pula boleh dibeli atau dibuat sendiri dari paip PVC.

4. Sukan ini mudah untuk dimainkan dan dikuasai kerana tidak memerlukan peralatan tangan seperti reket, kayu pemukul dan lain-lain peralatan. Pemain hanya perlu menggunakan tangan untuk melontar disc ke arah sasaran. Namun kemahiran membentuk lontaran melalui halangan semulajadi seperti pokok dan kemahiran mengadaptasi arah angin menjadikan sukan ini bersifat tektikal dan seronok untuk dimainkan.

5. Sukan Disc Golf boleh menjana ekonomi komuniti luar bandar melalui aktiviti eko-sport tourism. Kawasan ladang pertanian sesuai dijadikan Disc Golf Park dengan mengenakan bayaran kepada pengunjung. (Disc Golf Park di kawasan ladang yng mengenakan bayaran RM20 untuk bermain 5 jam boleh menjana sekitar RM 9000 sebulan bergantung kepada promosi)



Pemain Disc Golf semakin ramai di serata dunia dan disatukan melalui Professional Disc Golf Association (PDGA). Pada tahun 2018 terdapat lebih 100000 ahli rasmi dan berdaftar PDGA dari seluruh Dunia.

3 etika pemain disc golf sedunia

1. Menjaga keselamatan ketika bermain
2. Menjaga alam sekitar 
3. Sentiasa berlatih untuk meningkatkan skil serta mengajar orang baru yang berminat dengan sukan ini.


Mari sama-sama sertai komuniti sukan yang unik ini. Mari bermain Disc Golf.



Video Disc Golf Malaysia

                                 

5 comments:

  1. Ya, sangat menarik, jom sertai Disc Golf Malaysia dan kembangkan sukan ini di Malaysia

    ReplyDelete
  2. terbaek. menarik game ni :)

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/saham-akhirat-insyaallah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/8-jul-2018-majlis-tahlil-arwah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/surat-cinta-daripada-allah-tentang-solat.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/sesi-blogwalking-julai-tamat-hati-senang.html

    ReplyDelete
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete