Busan telah menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia setelah Air Asia dengan bangganya mengumumkan penerbangan baru ke Korea melalui Busan. Dan sejak itu ramai pembaca myfir2u bertanyakan tentang Busan. Atas permintaan ramai, post kali ini saya akan menyingkap info berkenaan Busan.
promosi AirAsia ke Busan dengan tema "Your gateway to Jeju"
Busan terletak di tenggara semenanjung Korea dan merupakan bandar kedua terbesar selepas Seoul. Bagi yang pertama kali datang ke Korea, cadangan saya perlu melawat Seoul kerana Seoul mewakili masa silam dan masa kini Korea. Tetapi jika trip ke Korea anda mempunyai masa yang panjang, anda boleh ke Korea melalui Busan. Kemudian ke Seoul mahupun ke Pulau Jeju kerana seperti yang diketengahkan oleh AirAsia, Busan sememangnya hub yang mudah ke Seoul dan Pulau Jeju. Tak percaya cuba tengok peta kat bawah ni...
Pulau Jeju (Cheju-do) boleh diterokai melalui Busan dengan feri mahupun flight
Mungkin Busan tak se gah Seoul, namun Busan cukup sinonim dengan bandar persisir pantai seperti Rio di Brazil. So bila anda sudah sampai ke Busan, apa kata anda pergi ke beberapa spot menarik ni..
Haeundae Beach
Pantai yang terbesar di Korea, Haeundae bermaksud laut dan awan. Selain dari aktiviti pantai biasa, beberapa acara berskala besar sering diadakan di pantai ini. Pada musim panas, pantai ini bertukar menjadi destinasi yang meriah dan dipenuhi dengan wanita seksi berjemur di pantai ...
pemandangan yang damai di waktu malam
dipenuhi dengan pengunjung local dan antarabangsa semasa musim panas (Jun-Ogos)
Beomeosa Tample
Tokong bersejarah yang berusia lebih 1300 tahun ini terletak di gunung Geumjeong manyajikan pemandangan hutan pine yang menenangkan...
Merupakan antara flat fountain terbesar di dunia. Dihiasi dengan deretan lampu yang gemilang menyerlahkan keindahannya
Pasar Jagalchi
Merupakan pasar seafood terbesar di Korea. Tak sah kalau pergi Busan tapi tak pergi sini. Menjual makanan laut mentah samada yang biasa atau yang luar biasa seperti sotong kurita, ketam gergasi dan siput2 pelik. Ajuma penjual di sini cukup ramah tapi tak pandai cakap english. Kadang2 mereka akan suruh anda rasa seafood mentah dengan cara menyuapkan ke mulut anda. Ikan or seafood fresh yang mentah terasa enak mencair di dalam mulut...nyum. Jangan risau, makan je...pelik tetapi unik.
pasar yang bersih dan teratur
ketam gergasi...masak goreng bersos sedap ni
menu seafood yang biasa di korea, kurita
pelbagai jenis siput
terdapat gerai dimana pengunjung boleh pilih seafood segar dan masih hidup n masak on the spot depan anda...
my favorite dish... spicy fried octopus
Masjid Al-Fatah
Walau ke mana saja kita mengembara, jangan lupa berkunjung ke masjid tempat itu dan dirikanlah solat paling kurang solat tahyatul masjid. Di Busan anda boleh mengunjungi Masjid Al-Fatah
Busan ke Seoul.
Pendapat peribadi saya, tak berbaloi kalau pengunjung yang pertama kali ke Korea pergi ke Busan sahaja tanpa pergi ke Seoul. Anda boleh pergi ke seoul dengan mudah dan murah dengan menaiki keretapi KTX dari stesyen Busan ke Seoul.
Busan sebagai hub ke Pulau Jeju
Pulau jeju merupakan antara tarikan utama Korea. Terdapat dua cara yang praktikal ke Pulau Jeju dari Busan. Yang pertama dengan menaiki Jeju Air dan yang ke dua menaiki feri. Menaiki Jeju Air merupakan cara yang mahal tapi menjimatkan masa dan selesa. Jeju Air terbang setiap hari ke Pulau Jeju dengan tambang dari 120000 won.
Cara yang lebih murah dengan menaiki overnight ferry...haa kenapa overnight? sebab perjalanan memakan masa lebih kurang 12 jam dari Busan ke Jeju, tapi tambang murah lebih kurang 40000 won je.
salam. kalau di Busan, kat mana ferry terminal nya dan tiket boleh dibeli on the spot kah? tq.
ReplyDeleteas salam. nak tanya, kalau nak ke seoul dari busan, naik train KTX tu berapa tiket ye dan brpa lama sampai ke seoul?
ReplyDeletesaya akan ke busan pada bulan januari 2014,bole tak saudara cadangkan tempat2 yg menarik yg boleh sy lawati sepanjang berada di sana..kalau dari busan ke seoul menaiki ktx, harga memang da fixed ek?
ReplyDeletebeb... boleh suggestkan hostel budget di busan n seoul yg ada equipment utk muslim (equipment memasak)?
ReplyDelete