Mari berkenalan dengan Haechi Seoul, simbol dan mascot rasmi Seoul

Hye semua... kali ni myfir2u nak memberkenalkan mascot rasmi Seoul. Yerlah, kebanyakan bandar2 di dunia ni ada mascot masing2 macam Terengganu dengan penyunya, Sydney dengan koala bear, Beijing dengan panda...dan bagi Seoul saya rasa mascot ni perlu saya perkenalkan kepada umum sebab haiwan ni jarang kita dengar. 

jeng jeng jeng... inilah mascot rasmi Seoul, haiwan yang bernama Haechi... comfirm korang takpernah dengar dan lihat kan menatang ni
Haechi sebenarnya merupakan haiwan mitos China dan Korea, Haechi menyerupai singa yang bersisik, bersayap kecil dan memakan api. Jadi arca haechi diletakkan di segenap penjuru istana lama Korea supaya melindungi istana terutamanya dari kebakaran...

arca Haechi di depan istana Gyeongbokgung

kalau tengok arca Haechi ni memang garang menatang ni.... Tapi pada era moden ini, Haechi telah dipilih mewakili Seoul dan menjadi simbol dan mascot rasmi. ianya dijelmakan semula dengan imej comel dan ceria..

Jika anda jalan2 kat Seoul anda akan jumpa banyak Haechi Seoul....jangan lupa berhenti dan bergambar bersama mascot rasmi Seoul ni...sebab kat Malaysia takda tau
2 mamat cute bersama Haechi Seoul di Namsan


Haechi Seoul di acara yang diadakan di Seoul


mamat yang tak cute ni mencacatkan imej cute Haechi Seoul di Cheonggye Plaza


Haechi Seoul juga dijadikan Teddy Haechi, dan boleh dijadikan  souvenir yang sangat bermakna, unik dan eksklusif dari Seoul...

Jadi apakah pandangan anda tentang Haechi ?...jangan lupa bagi comment dan like post ni yer

1 comment:

  1. waa...cute...nak ada satu lah teddy heaci for my collection

    ReplyDelete