Mengenal negara luar melalui pendidikan


Salam sejahtera semua... kali ni saya nak share satu aktiviti yang menarik. Aktiviti ni diberi nama mini UNGA. Apa itu UNGA??. Tarian ungga ke?...haaa, kalau nak tahu kenalah baca entri ni sampai habis  yer...

OK...mari saya kongsi bersama anda, mini UNGA merupakan aktiviti pendidikan kreatif untuk memberi peluang pelajar mengenali negara-negara di dunia. UNGA merupakan singkatan United Nation General Assembly dan mini UNGA merupakan mimik perhimpunan negara dunia dan menjadi medan untuk peserta dan pelawat mengenal negara yang terlibat. 

Melalui aktiviti ini, pelajar perlu membuat kajian mengenai negara yang mereka wakili dan membuat pameran hasil dari kajian mereka. Mari kita lihat gambar2 yang sempat saya ambil semasa aktiviti ini

Gambar di bawah diambil di kelas yang mewakili negara Mexico. 
sudut yang mempamerkan makanan Mexico dengan model Mexico


Model berpakaian ala Mister Potato 


Jom kita ke negara seteusnya....negara Matahari terbit....Jepun


makanan jepun seperti sushi pun ada....nyum


siap berpakaian kimono...ntah dari mana dorang dapat...anyway memang kreatif


2 S...dua ikon jepun iaitu sakura dan sudoku 



Seterusnya saya terbang ke India...

tapi memang rasa macam kat India...nak tau kenapa?
inilah sebabnya...kalau siapa yang pernah pergi india mesti akan nampak homeless tidur di tepi jalan termasuklah di sekitar Taj Mahal. Memang real dan kreatif pameran mereka ni.


warga india yang comel


peserta membuat kolam...(betul ker ejaan ni)


pameran ini memberi peluang kepada pengunjung mengenali matawang lama India



makanan India juga turut dihidangkan




Seterusnya kita ke nagara yang menjadi pujaan ramai...cuba teka negara apa?

.........
saya bagi satu klu...tengok pics di bawah
tadaaaa....dah dapat teka negara apa?


nilah jawapannya....welcome to Korea


meja hidangan Korea mempamerkan makanan yang menjadi ikon Korea seperti kimci dan diterangkan oleh model berpakaian tradisional Korea iaitu hanbook


pameran item Korea termasuklah matawang Won


model Istana Gyeongbokgung dan Namsan tower.


Bestkan pergi Korea...ok, mari kita ke negara seterusnya yang juga menjadi destinasi idaman ramai terutama yang ingin honeymoon...Jom ke Hawaii...

memang macam kat Hawaii....haha


tarian Hawaii yang memukau

Overall aktiviti ni memang menarik dan kreatif. Nilai murni seperti komitmen mempelajari negara lain melalui kajian, nilai kreatif melalui bahan pameran dan ilmu yang dikongsi membuatkan aktiviti ini sangat bermanfaat. Perhimpunan negara2 juga menjadi medan untuk negara2 yang dahulunya bermusuh memulakan rundinga persefahaman

tahukah anda negara Jepun dan Korea sering bertikai sehingga kini... UNGA menjadi medan persefahaman antara negara2 bertikai di seluruh dunia.


Walauapapun negara yang kita lawati atau pelajari, jangan lupa negara tanah tumpah darah kita... MALAYSIA negaraku...








2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Swimming Pool water should be treated from time to time. If you are not aware of the process then, from this website you can know each and everything regarding the swimming pool filtration plant and the filtration procedure.

    ReplyDelete