Tembok Besar Seoul- Tembok Kubu Kota Seoul

Hye semua...tahukah korang bahawa Seoul juga mempunyai tembok besar. Walaupun tak sebesar dan sepopular tembok besar china, tembok seoul mempunyai keunikan dan cerita yang tersendiri.

Dipanggil Hanyang Doseang (Fortress Wall), tembok ini dibina mengelilingi Kota Seoul bagi melindungi kota tersebut. Ianya dibina merentasi 4 gunung yang mengelilingi Seoul iaitu Gunung Bugak, Gunung Inwang, Gunung Nak dan Gunung Nam (Namsan). Terdapat beberapa pintu gerbang masuk ke Kota Seoul bersambung dengan tembok ini pada satu masa dulu dan antara yang polular ialah Namdaemun dan Dongdaemun 

peta kuno tembok kubu Seoul 

Peta tembok kubu Seoul kini

Kini tembok kubu Seoul ini menjadi antara tarikan pelancong bagi merasai sendiri pengalaman berjalan membuang lemak sambil menikmati sejarah silam Seoul

tembok kubu Seoul yang dibina merentasi gunung memberikan panorama menarik untuk pengunjung



juga sesuai sebagai lokasi bersenam dan beriadah...sapa suka buat power walking boleh la pergi sini


sempat berposing di tembok kubu Seoul


tembok kubu Korea turut merentasi kemodenan Seoul mencipta kombinasi unik antara zaman silam dan kemodenan Seoul kini

Di tembok kubu yang terletak di Namsan, terdapat sederet cerobong yang digunakan untuk menghantar isyarat menggunakan asap berwarna jika berlaku serangan atau kecemasan...

inilah cerobong isyarat tu...hehe

Jadi apakah pendapat anda tentang tembok kubu Seoul?. Jangan lupa tinggalkan komen...

No comments:

Post a Comment