Hye semua…salam info dan sharing
Entri kali ini myfir2u nak share pasal sejenis menu yang
unik di Korea. Menu yang harus dicuba jika anda berkunjung ke Korea. Menu yang penulis maksudkan ialah Jjukkumi, sotong kurita
yang dimasak dengan sos pedas di atas kuali besi leper. Haaa…unik kan bunyinya.
inilah Jjukkumi
Mengimbau kembali kisah silam bagaimana penulis terjebak
dengan menu ni…setiap kali penulis jalan2 dengan kawan Korea, penulis akan
ingatkan mereka yang penulis ni muslim n tak boleh makan makanan tertentu. Jadi
dorang selalu bawa makan seafood or vegetarian. Dan salah satu restoran yang
selalu dikunjungi ialah restoran jjukkumi. Keunikan dan kelazatan yang tidak dijumpai di tempat lain.
Sotong kurita muda dimasak bersama gochujang ( Korean red chilli paper paste)
dan dimasak di atas kuali logam leper di atas meja anda...
makan bersama my student, Saeed n my korean friend, Kang Sinae
Rasanya…umph…kelembutan dan kekenyalan tekstur sotong kurita
muda diselangi dengan kehangatan sos pedas setiap kali dimakan.
Kalau nak makan ala-ala orang korea pun boleh...buat macam
makan sireh, balut kurita ni dengan daun perilla, letak sikit sos pedas dan
ngap sekali gus… Selepas habis sotong dimakan boleh minta ajjuma masak nasi
beras perang atas kuali logam leper tadi…maka jadilah nasi goreng kurita pedas….
Jjukkumi Bokkeumbab... macam pics kat bawah ni
Selalunya saya makan dekat area Jamsil sebab berhampiran
dengan rumah kawan korea saya bernama Kang Sinae. Tapi kalau anda nak pergi
makan Jjkkumi jangan main redah je…cari restoran yang pure seafood sebab ada
restoran yang campur dengan usus haiwan… yekk. Jadi di sini saya nak share satu
restoran yang pure seafood dan selalu dikunjungi oleh trip muslim tour guide... Nama restoran ni panjang Mokpojib
Na Jeong-sun Halmae Jjukkumi. Restoran ni terletak berhampiran Stesyen subway Jegi-dong
Dari Jegi-Dong subway station, keluar exit no.6..Jalan sampai jumpa simpang yang ada statue octopus..tapi belum sampai lagi tau...lepas tu jalan sikit lagi masuk simpang...jalan lagi n restoran tu di hujung jalan. Kalau dalam map kat atas simbol sudu n garfu tu...
kalau jumpa benda ni mmg anda di jalan yang betul...hehe
korea best2
ReplyDeletePernah makn, di myeondong. Tau makan je tapi banyak nama tatau.sedihnya bila tulis dalam blog, tapi semua nama pun tak tau.hahaha.
ReplyDeleteAssalam. di sini mmg tidak serve daging ya?
ReplyDeletetk.