Chopstick merupakan satu item
kulinari yang terkenal di kebanyakan Negara Asia Timur seperti China, Jepun,
Korea dan Vietnam. Tapi tahukah anda chopstick Korea lah yang paling unik
sekali. Keunikan chopstick Korea terletak pada bahan buatan, reka bentuk dan
cara penggunaannya. Tidak seperti chopstick negara lain yang selalunya diperbuat
daripada kayu atau buluh. Chopstick Korea diperbuaat daripada keluli tahan
karat ( stainless steel). Chopstick Korea diperbuat daripada material logam ini
dikaitkan dengan sejarah Korea yang cemerlang dengan pertukangan besi. Saya
juga sering bertanya kepada sahabat Korea kenapa chopstick Korea diperbuat dari
logam. Menurut mereka, pada zaman penjajahan Jepun era pertama (sebelum perang
dunia ke-2) tentera jepun membunuh oranng Korea dengan cara meletakkan racun
pada chopstick bamboo dan kayu. Racun mudah meresap ke dalam bamboo dan kayu
menyebabkan kehadiran racun sukar dikesan. Oleh itu mereka mula menggunakan
chopstick yang diperbuat dari logam tahan karat dimana ianya tidak menyerap
racun dan mudah dibersihkan.
perbezaan chopstick Korea, Jepun dan China
Kelainan chopstick Korea juga
dapat dilihat dari bentuknya. Tidak seperti chopstick Negara lain yang
selalunya berbentuk hampir silinder, keratan rentas chopstick Korea berbentuk nipis
dan rata. Ianya mungkin janggal digunakan kerana bentuknya…tapi lama-lama rasa
senang. Kenapakah bentuk chopstick Korea leper?... sebabnya mudah…supaya ianya tidak mudah bergolek apabila diletakkan di atas meja…haha
Keratan rentas chopstick Korea berbentuk leper dan rata
Cara penggunaan chopstick Korea
juga berbeza dimana ianya selalu digandingkan bersama sudu panjang. Orang Korea
tidak makan nasi guna chopstick seperti orang cina. Orang korea makan nasi guna
sudu dan chopstick digunakan untuk ambil dan makan lauk pauk je. Tapi kalau
makan mee and ramen memanglah guna chopstick…
Chopstick Korea selalunya dipadankan dengan sudu
kalau boleh beli yang ada ukiran "Korea"
Beli yang siap dengan kotak...buah tangan yang elegen dari Korea...
Good info... kena beli byat souvenir ni...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMasa pi sana tu ari.... ada la dlm 2 3 kg chopstik dibawak balik...hahaha
ReplyDeletewaahhh...memborong ke
DeleteMula2 tak reti sangat guna chopstick korea ni. Cukup 2 bulan, dah pandai. hihi
ReplyDeletesaya makan meggi pon pakai chopstick Korea
Deleteberapa harga chopstik ni?
ReplyDeletearound 5 ringgit to puluh ringgit...ikut kualiti
ReplyDeletesaya pun dah pandai guna set sudu dan chopsticks dr Korea. Suka sgt2
ReplyDeletewahhh...tahniah
DeleteMana nak cari chopstick ni dgn harga berbaloi? Ke dekat mana2 je ada?
ReplyDeletekat namdaemun ok...banyak pilihan dengan harga yg berpatutan
Deletei nak yg set sudu dan chopstick. berapa rm..
ReplyDeletekalau i nak sudu korea aje, boleh ke... berapa rm
mohon penjelasan. sbb dah lama i cari item ni....