Jelajah Gua Tempurung



Hye allz...salam sejahtera, salam info dan salam kembara. Kali ni myfir nak share pengalaman terindah yang baru dialami dalam hidup iaitu menjejaki keindahan Gua Tempurung. Mungkin ada yang rasa pergi ke gua tak best kan...tapi jujur saya cakap...kembara ke Gua Tempurung saaanngggggttttt best setanding keseronokan kembara ke Korea tau... nak tau apa yang bestnya,...kenalah baca sampai habis...hehe


Tak kenal maka tak cinta, jadi apa kata kita berkenalan dengan Gua Tempurung dulu...


Gua Tempurung merupakan gua batu kapur marmar yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Ianya terletak di Gopeng, Perak. Mula dikenal pasti sekitar tahun 1887 berdasarkan catatan Gunong Tempoo Rong pada peta Map of Perak-Malay Peninsula. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Usia batuan di kawasan Gua Tempurung adalah diantara 165-400 juta tahun.




Bagaimana ke sana?
Gua Tempurung terletak di Gopeng, Perak, lebih kurang 24 kilometer ke arah selatan Bandar Ipoh.  Jika melalui lebuh raya utara-selatan, keluar di exit Gopeng kemudian belok ke kiri bila sampai simpang tiga tol Gopeng.  Gua Tempurung terletak hanya 5 kilometer dari plaza tol.




Perjalanan ke Gua Tempurung sangat mudah kerana terletak berhampiran tol Gopeng dan jalan besar. Pengunjung dapat melihat pemandangan indah bukit batu kapur apabila menuju ke Gua Tempurung.


Jeng...Jeng...Jeng... dah sampai di perkarangan Gua Tempurung


Setelah sampai ke Gua Tempurung, perkara yang perlu anda buat ialah ambil pamphlet yang disediakan di Kaunter supaya jelas dengan aktiviti yang ditawarkan di Gua Tempurung
 Untuk aktiviti caving, terdapat 4 pilihan tour dengan Tour 1 paling senang dan kering dan Tour 4 paling mencabar dan basah. Untuk saya...sudah tentu Tour 4. Untuk Tour 3 dan 4, persiapan untuk wet tour seperti baju gantian dan dry bag adalah perlu sebab nak kena merangkak dalam sungai dalam gua.

Adalah sangat penting untuk memahi tentang aspek keselamatan dan membuat persediaan sebelum menyertai aktiviti caving. Antara benda yang perlu di ambi perhatian ialah kasut dan sandel yang sesuai. Lampu suluh juga perlu dibawa kerana sebahagian dari kembara akan melalui kawasan yang gelap. Membawa botol air merupakan tindakan yang bijak kerana pengembaraan ini mengambil masa sehingga 3 jam dan boleh membakar lemak di perut dan peha anda. 

Terdapat juga benda yang tidak boleh dibawa seperti alat menconteng, senjata berbahaya dan haiwan ternakan... kalau bawa anjing nanti boleh jadi isu nasional serta boleh menakutkan spesis kelawar yang menghuni gua ini...woffwoff





OK... setelah beli tiket, taklimat keselamatan dan check equipment, maka kita mulakan jelajah kita...huhu


Pada permulaan jelajah, terdapat laluan berlampu untuk pengunjung melihat secara jelas keadaan di dalam gua. Ketika inilah pengunjung akan dijamu dengan pemandangan indah dan unik


Ketika ini, hati tak henti-henti memuji kebesaran Allah...tiada ciptaan manusia walaupun ukiran eropah mahupun seni ukir asia dapat menandingi keindahan ukiran semulajadi di dalam Gua Tempurung. 


Anda tidak perlu risau untuk menjelajah di Gua Tempurung kerana tiada haiwan buas seperti harimau, beruang, penguin mahupun zirafah di sini. Yang sering kelihatan adalah kelawar dan beberapa spesis serangga.


Setelah puas melihat keindahan gua di bawah lampu limpah, jelajah diteruskan ke bahagian gua yang lebih mencabar. kebanyakkan path yang dilalui selepas ini tidak berlampu dan melalui batuan cerun, laluan celah batu dan sungai bawah tanah. Ketika inilah lampu suluh amat berguna

batuan cerun yang perlu digelongsori untuk sampai ke hujung...

Terpaksa merangkak di bawah batu untuk melalui sungai bawah gua...time ni rasa mcm cerita man vs wild

walaupun dalam keadaan gelap, keindahan di dalam gua masih boleh dilihat dengan lampu suluh... memang unik kan...

kami meneruskan perjalanan... selepas beberapa ketika, kelihatan ada sinar di sebelah sana...adakah itu penghujung gua?



betul lah...kami dah sampai ke penghujung gua...yahoooo... ni lah antara rakan kembara Gua Tempurung yang easy going dan spoting... salah seorang dari mereka telah membuatkan tulang rusuk kiri saya bergetar... cuba teka siapa...hehe

Walaupun dah sampai hujung, tapi jelajah belum habis lagi tau... kami masuk semula ke dalam gua untuk menyambung aktiviti berguling2 dan mengensot di celah2 batu dan sungai kerana kembara akan berakhir di sungai bawah gua berhampiran pintu depan gua.
menjalar macam biawak komodo adalah posisi utama yang digunakan semasa melalui sungai bawah gua


setelah penat menjalar, akhirnya kami sampai ke jalan keluar gua...rasa macam keluar dari jurassic park pon ada... siap ada pagar lagi.


kepada yang nak beli souvenir untuk kekasih di kampung sana, jangan risau sebab kedai souvenir Gua Tempurung ada disediakan

saya pula beli jambu batu Gopeng untuk emak tersayang...

Kesimpulan yang dapat saya buat melalui jelajah kali ini hanya satu...ANDA PERLU PERGI KE SINI SEBAB BERBALOI DAN BESTTTTTTTTTT.


OK...sampai sini dulu... jangan lupa tinggalkan komen... K bye


*myfir2u mengucapkan terima kasih dan kredit kepada rakan kembara Fatin Liyana dan Fauziah Samsudin untuk gambar go pro semasa jelajah Gua Tempurung

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. nak tanya....minimum 8 org kena ada utk join journey masuk gua ni kan....hmm...mcm mn kalau nk cari 8 org tu kalau dtg dgn member less than 8 person or kita boleh walk in then tunggu jumlah peserta ckup 8 org kat sana... baru on ke??

    ReplyDelete
  3. woww...tour yg mencabar..huhu..akan menyusul dgn group sekolah 21 april ni.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, cik contact dgn siapa ya? Dan perlu buat reservation ke utk ke sana?

      Delete
  4. Appreciate the time you took to write this

    ReplyDelete
  5. Terima kasih utk penulisan ni.. saya nak pergi esok 28/8/2022. Hehe

    ReplyDelete
  6. Terima kasih segala info yang dikongsikan.sangat bermanafaat.. perancangan utk ke sana telah diatur..moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete