Keterujaan meredah jeram di Sungai Kampar


Hye allz... apa kabar? saya harap pembaca semua sihat dan gembira selalu... kepada sesiapa yang tak gembira jangan risau, sebab saya akan berkongsi sebuah kisah yang menarik untuk menggembirakan anda.

Nak share pengalaman melakukan aktiviti white water rafting @ WWR di Sungai Kampar, Perak. Bagi yang tak tau apa tu white water rafting, ianya merupakan aktiviti menyusuri sungai deras dan jeram menggunakan bot berisi udara. Bot tu pula tiada enjin dan hanya guna pendayung. Aktiviti ini dikategorikan sebagai aktiviti ekstrim dan berisiko dan perlu dilakukan bersama consultant yang bertauliah.

Kami menggunakan pakej yang disediakan oleh Radak Advanture. Pekej berpatutan termasuk makan tengah hari yang lazat... (gambar makan tidak diupload sebab takut ganggu pembaca yang berpuasa sunat)

Kem site Radak Advanture terletak berhampiran  Plaza tol Gopeng. Dari jalan besar, anda akan melalui jalan kampung, jalan ladang getah dan ladang sawit.


Sebelum memulakan aktiviti, perlu isi liability form termasuk memberi maklumat tentang next of keen.

Lepas makan dan isi borang2 yang berkaitan, Kami dibawa ke starting point dengan menaiki lori ayam... ketika itu lah kami mengerti perasaan pendatang tanpa izin berhimpit menaiki lori...
(tgk tu...ada yg siap pakai goggle kat kepala...nampak benar tak sabar nak naik bot...hehe) 


Setelah sampai di titik permulaan, kami diberi taklimat tentang keselamatan dan beberapa skil yang perlu diketahui dalam sukan ini. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah memastikan barang2 berada dalam keadaan selamat sebab menurut guide kami, sungai kampar telah banyak mengorbankan kemera, cermin mata, cincin dan banyak lagi item lain.

Inilah bot yang akan kami gunakan...tau tak harganya lebih kurang sama dengan harga motosikal kuasa sederhana.


Akhirnya, tibalah masa yang ditunggu2 iaitu masa untuk melompat masuk ke bot... kami akan menyusuri sungai kampar dan melalui beberapa jeram di sepanjang perjalanan. Anggaran masa ialah 1 jam 30 minit.

...

...

...

... aksi bot berguling2 di jeram tidak dapat dirakam kerana masing2 sayangkan kemera ye...

...
Kami sempat singgah di tepi sungai untuk berehat dan makan untuk mengembalikan tenaga yang hilang semasa melawan arus jeram yang mengganas tadi. Kami makan kurma je pun...hehe


Ketika kami sedang makan dan berborak, tiba2 kami terpandang pemandangan alam semulajadi yang indah... maka kamipun memandang ke sana dengan serentak seperti gambar rajah di bawah
cehh...poyos je memasing kan

Setelah selesai makan, kamu pun meneruskan pendayungan untuk sampai semula ke kem site Radak Advanture... kami mendayung dengan semangatnya sebab dah makan. Lagipun hari dah nak gelap sebab kami start lewat tadi.



Bila dah sampai...kami dianugerahkan dengan sijil penyertaan yang hebat ini...yayy

Okla... cerita dah habis... so yang sedih2 tadi dah happy blom? kalau blom happy baca post2 yang lain dalam blog ni yer...


*myfir2u mengucapkan terima kasih dan kredit kepada rakan kembara Fatin Liyana dan Fauziah Samsudin untuk gambar go pro semasa WWR... love u allz



3 comments: