Seronoknya aktiviti ice fishing di Pyeongchang Trout Festival, Korea


Salam info dan salam kembara kepada pembaca yang dikasihi. Post kali ini saya nak share kisah dan pengalaman saya melakukan aktiviti ice fishing. Korea sememangnya sebuah destinasi yang menarik untuk pergi melancong terutamanya sewaktu musim sejuk, Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan yang pastinya memberikan seribu satu kenangan kepada anda. Antara aktiviti yang menarik dan unik yang boleh dilakukan semasa winter ialah ice fishing.

Ice fishing mempunyai sejarah yang tersendiri di Korea. Inilah aktiviti yang dilakukan pada zaman dahulu untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga di musim sejuk.  Dan tradisi berkurun lama ini  dijelmakan pada sambutan Pyeongchang Trout Festival dan saya sudah semestinya tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri kehebatan festival ini.  Trout Festival ini berlangsung di Pyeongchang yang terletak lebih kurang dua jam perjalanan dengan menaiki bas dari Seoul. Oh ya..., nak tau tak, Pyeongchang merupakan venue untuk Winter Olympic Game 2018 nanti.

Perjalanan dari Seoul ke Pyeongchang kami mulakan di DongSeoul Bus Terminal. Untuk ke DongSeoul Bus Terminal, boleh naik subway ke Gangbyeon (subway line 2, warna hujau seperti gambar di atas) dan Terminal bas terletak seberang jalan je dari Gangbyeon Subway Station tu.


Tiba di Gangbyeong dan DongSeoul Bus Terminal




Selepas tu, kami beli tiket bas ke Jinbu yang berharga 13100won sehala. Perjalanan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 2 jam.  Sepanjang perjalanan, saya just tidur je...hehe

Setelah tiba di Jinbu Bus Terminal, kami terus ke lokasi Pyeongchang Trout Festival di Sungai Odaecheon yang sedang beku itu. Lokasinya sangat hampir dengan Jinbu Bus Terminal, just jalan kaki dan ada singboard ke festival tersebut.

Di pintu masuk Pyeongchang Trout Festival


Tak sabar nak pancing ikan trout yang besar


di sekitar kawasan festival, ada banyak spot2 winter art yang menarik dan unik...

Kami pun usha2 harga tiket untuk masuk. Ada beberapa pilihan. Kami ambil tiket yang membolehkan kami memancing dan juga boleh main semua winter funfair tanpa had. Harganya 25000won. Kalau beli tiket 30000 won pula  boleh main semua winter game dan memancing di spot yang dipasang khemah.  Kalau taknak memancing dan nak main winter funfair sahaja tiketnya 6000won. Tiket akan digantung di zip winter coat anda.

kaunter tiket

Pengunjung boleh membawa joran sendiri. Oleh kerana kami tak bawa joran, kami beli alat memancing trout yang paling basic yang dijual berhampiran kaunter tiket dengan harga 3000won (lebih kurang RM9).


Setelah tiket dan alatan memancing dah dibeli, kami dengan tak sabarnya terus pergi ke spot memancing.



 Dari jauh dah boleh nampak ramainya orang memancing di atas sungai yang beku. Sememangnya pesta memancing


Ramainya orang memancing di atas ice...kalau diperhatikan lagi, akan jumpa pelbagai gaya memancing...


ada yang membontot...


 ada yang meniarap...


         ada yang mencangkung....


sampaikan yang macam ni pun ada...ish ish


Setelah puas memerhatikan gelagat orang korea memancing atas ais, tibalah masa untuk saya pula merasai pengalaman hebat ini... mula2 kena cari lubang atas ice... lubang telah siap digali oleh pihak penganjur...tapi kalau anda nak buat lubang sendiri pun boleh juga macam mamat kat bawah ni...

untuk memancing ikan trout menggunakan teknik ice fishing, anda perlukan rod dan tali tangsi, umpan (saya gunakan umpan tiruan) dan lubang di atas ais...lubang itu perlu sentiasa dicedok untuk mengelakkan ianya membeku semula


selepas semuanya ready...apa lagi, labuhkanlah joran anda dan mulakan aktiviti ice fishing...yayyyy


tengok tu...ada puteri eskimo memancing...

sambil menunggu umpan dimakan ikan...saya pergi la jalan2 sambil melihat gelagat orang lain memancing...tiba2 ternampak budak korea yang cute ni memancing...hee
meh sini bergambar dengan abang hensyem dari Malaysia....


yahoooo...dapat ikan trout 



Festival ni ada peraturan, seorang dibenarkan memancing seberapa banyak ikan...tapi hanya boleh bawa balik 2 ekor sahaja.

dapat 2 ekor ikan...


ikan yang dipancing boleh dibakar on the spot... penganjur festival menyediakan kaunter tukang masak untuk memasak ikan dengan bayaran 3000won per ikan. Oleh kerana ramai orang berbaris, kami bercadang untuk bawa balik ikan dan masak di guesthouse...



oleh itu, saya hanya meratah jagung korea sebagai makan tengah hari... nyum nyum...


Selain aktiviti trout ice fishing, pengunjung juga boleh berseronok di winter fun fair, antara yang disediakan snow sledding, ice skating, ice bicycle, snow bumper car, snow rafting dan banyak lagi...


snow sledding, meluncur salji menggunakan pelampung...lagi seronok dari snowboarding tau (bagi yang tak pandai snowboarding n jatuh2 mcm saya la)...




snow rafting... memang best dan mengujakan...snow cap aunty Foo hampir2 terbang...



ice bicycle

kami memang have fun kat sini... aunty Foo from Singapore kata pergi sini lagi berbaloi dari pergi taman tema ketika winter... saya bersetuju dengan aunty Foo

Festival ini dibuka dari pukul 9.00 pagi dan tutup pada pukul 5.00 petang...waktu winter pukul 5 petang tu dah gelap tau... setelah puas menikmati suasana dan keriangan di Pyeongchang Trout Festival, kami pun bergerak pulang dengan menaiki bas dari Jinbu ke DongSeoul.

Setelah sampai di Beewon Guesthouse... perut terasa lapar... Ikan yang kami dapat tadi...seekor masak kicap, seekor lagi dibuat sup...nyum2
nikmatnya makan ikan trout segar dari sungai beku bersama rakan kembara...Malaysia dan Singapore



Kepada anda yang kembara ke Korea pada musim winter...jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman unik di Pyeongcang Trout Festival. Ianya berlangsung dari 20 Disember 2014 sehingga 8 Februari 2015. Memang sangat berbaloi...


Semoga perkongsian kisah ini bermanfaat dan memberi info berguna kepada pembaca.

9 comments:

  1. wah..terbaik...best membaca pengalaman anda..insyallah akan cuba di suatu masa nanti.

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. rasa macam nak pergi lagi korea

    ReplyDelete
  3. assalam,
    saya plan nak ke ni 18/12... tp x confident nk naik public transport.. 1st time ke korea.
    last bus pukul berapa ye ke Seoul? perjln lbh kurang 3 jam? awk suggest ke festival ni or ski resort? sy dh book Gangchon Elysian Ski Resort.

    ReplyDelete