Main salji di Pulau Nami, Korea

Salam info dan salam kembara kepada pembaca yang dikasihi. Kali ni saya nak share kisah saya dan rakan-rakan kembara bermain salji bagai nak rak di Pulau Nami, Korea. 
Rasanya tak perlu saya perkenalkan Pulau Nami sebab kebanyakan orang dah tahu ikon Korea ni yang juga merupakan lokasi penggambaran drama winter sonata. Saya sendiri dah pergi ke Nami banyak kali dan setiap musim dah rasa samada musim bunga nan mekar, luruh nan kuning mahupun summer nan boring...namun, musim sejuk nan salji juga bagi saya waktu terbaik untuk ke Pulau Nami. Dan untuk winter trip ke Nami kali ini, saya bersama beberapa orang pembaca setia Blog myfir2u yang bertuah...

Perjalanan kami ke Pulau Nami amat easy going dan tak rushing... kami makan sarapan secara santai di Beewon Guesthouse dan selepas sarapan, kami bergerak ke Jongno (3) ga subway station yang terletak berhampiran Beewon Guesthouse. Dari Jongno (3) ga, kami menaiki subway ke Cheongnyangni Station yang juga berada di line 1 subway. Setibanya di Cheongnyangni Station, kami terus beli tiket ITX train ke Gapyeong dengan harga 4700won sehala dan kami dapat tiket jam 11.15 pagi. Ada lebih kurang 1 jam sebelum departure so kami pun pergi ke luar station untuk bergambar.

di luar Cheongnyangni Station



Yus dan isteri, Diana...lovely life katanya


Kami juga sempat shopping di bazaar dan kedai berhampiran Train Station...
Ewan dan auntie Foo...Winter coat dan long john kat sini murah... long john satu set RM30.00 je.



usha2 harga



winter boot kat kedai ni murah... 10000won (lebih kurang RM30) aje...Ustaz Taufiq, Ruby dan Diana pon merembat winter boot tersebut sorang satu.

Selepas masing2 happy dapat winter boot baru dari Korea, kami masuk semula ke Train Station dan bergerak ke ITX platform... Train datang tepat pada masanya... train Korea memang superb
nak ke Nami...kena pergi ke Gapyeong...hee



ITX train ni memang selesa berbanding Subway, sebab semua penumpang dapat seat dan tak banyak stop. Perjalanan dari Cheongnyangni Station ke Gapyeong Station memakan masa lebih kurang 58 minit.


sepanjang perjalanan mata kami dijamu dengan pemandangan indah musim salju



hutan empat musim menjadi putih di musim sejuk 



leka melihat pemandangan yang memukau sepanjang perjalanan, akhirnya kami tiba di Gapyeong

Setibanya di Gapyeong Station, perkara pertama yang kami cari ialah tandas...maklumlah...sejuk 

Dari Gapyeong Station, kami naik teksi ke Jeti Pulau Nami dengan tambang 3300won per cab... alamak...lupa pula nak ambil gambar tengah naik teksi...sorry

Bagi yang sukakan cabaran dan suka bersenam, boleh je jalan kaki dari Gapyeong Station ke jeti Pulau Nami

yayyy...dah sampai pun di Jeti Pulau Nami... Nampaknya Ewan n Ruby tak sabar nak menjejakan kaki ke Pulau Nami... waktu kami pergi ke Nami memang sesuai, sebab salji dah tebal


Tiket Feri ke Pulau Nami berharga 10000won tapi untuk pelancong 8000won jer...tiket merangkumi enrance dan feri pergi dan balik... sangat berpatutan.
Feri ke Pulau Nami dah sampai... wahhh, ada bendera Malaysia sebelah bendera Korea Selatan...bangga I


saya menjejakkan kaki ke Nami untuk ntah keberapa kalinya... tapi yang kali ni paling terbaik sebab salji tebal...masa saya pergi winter Februari 2012 salji tak tebal n kurang sikit feeling winter sonatanya tu.


lihatlah salji yang memutih ni... cantik sangat kan... rasa mcm Elsa mcm cerita frozen tu plak kan


apa lagi...jom lah kita buat snowman sambil menyanyi lagu "do you want to make a snowman" yang merupakan sountrack cerita Frozen tu...


di belakang saya tu ialah makam Jeneral Nami...nama pulau ni bersempena nama beliau yang merupakan Jeneral yang mempertahankan Korea dari serangan Jepun pada era Joseon.


sentiasa rasa dialu-alukan semasa berada di Pulau Nami...



Nami ialah tempat dimana Nature dan Art bertemu... di setiap kawasan nami anda akan menjumpai hasil seni yang pelik tetapi unik

contohnya macam ni...



Sedang kami bermain salji...tiba2 kami ternampak sekumpulan ajuma dan ajushi sedang mengelilingi unggun api sambil nanyi lagu korea...lalala
kami pun dengan muka selamba tapi mesra pergi join sekali...ajuma dan ajushi ni memang spoting dan easy going... sambil menyanyi dan bermesra, boleh panaskan badan kat unggun api 


Musim sejuk memang cepat rasa lapar... sampai di tengah2 Pulau Nami, masing2 rasa perut perlu diisi...kami terus cari restoran halal yang terkenal dengan nasi goncang itu...
Nilah Restorannya... jemput makan...


Lepas semua dah kenyang, kami solat jamak zohor dan asar di Musolla yang disediakan di Pulau Nami. Pengurusan Pulau Nami memang perihatin terhadap keperluan pengunjung muslim...tahniah


Selepas solat, kami meneruskan misi kami iaitu mencari barisan pokok pine yang menjadi spot wajib di Nami

jeng jeng...itu pun tempatnya...yayy

ramai pula orang kat sini...kami pun memulakan misi untuk conquer spot ni  


yayyyy...misi berjaya... ustaz Taufiq dan Yus berjaya menghalau orang yang tak berkenaan...Spot ini kami yang punya...hahaha


Bila dah meluaskan kuasamu di spot ini...kami pun berposing sakan la kan...



inilah gambar cover album dengan vokalis Auntie Foo dengan tajuk "Nami oh Nami kenapa engkau cantik"


say hye from Nami



Pulau Nami juga mempunyai banyak spot menarik untuk ekspresi cinta
ecehceh... sweetnyer...

nak juga lah...

Nature, Art and Love... itulah yang menjadikan Nami sebagai destinasi wajib jika ke Korea

Kami spend time dari pagi sampai ke petang... setelah puas bermain salji dan bergambar, kami pulang ke Seoul tapi kali ini kami tak naik ITX train, tapi kami naik subway biasa dari Gapyeong Station ke Cheongnyangni Station (transit di Mangu Station)
penat bermain salji




Inilah kisah kami di Nami... best kan... sekian


Eh...ada lagi

 Lepas sampai di Seoul dari Nami, saya jumpa dengan bekas pelajar saya yang bernama Saeed tu... 
Saeed ni pelajar kesayangan saya sebab dia belajar di Korea...so yang belajar kat Eropah, US, Australia, Siberia mahupun di Mongolia tu jangan jealous ye

Lagipun Saeed bawa kami makan Ojingo dup bab (spicy squid on rice) yang merupakan makanan kegemaran saya... kan Saeed kan...


Lepas tu Saeed bawa kami jalan2 dekat Dongdaemun Design Plaza... bangunan super besar yang berbentuk seperti UFO

Lepas tu baru kami balik ke Guesthouse... kami semua sangat happy... Thank you Allah for the sweet n happy moment, love, friendship and bonding between student and teacher...

Terima kasih kerana sudi baca kisah kali ini. Diharapkan memberi manfaat dan info berguna kepada pembaca. Jangan lupa tinggalkan komen.

19 comments:

  1. winter vacation...syoknya main salji..

    ReplyDelete
  2. bestnyer dapat main salji... masa pergi korea dulu, tak sempat pun nak singgah di Pulau Nami...

    ReplyDelete
  3. Best sgt!! Baru pergi mse christmas baru2 ni.. Xpuas walopon dh smggu dekat seoul!!

    ReplyDelete
  4. wahhh...kena repeat tu

    ReplyDelete
  5. bestnye..sya nak gi Korea musim salji..boleh tahu brapa hari bulan u pergi korea?

    ReplyDelete
  6. Sy akn pegi seoul 17jan 2016-25jan 2016.nk tnya elok pegi dgn travel agency@sndr2 je.bwk mak ayah yg dh brusia.tkot jgk diorng pnt.ingt nk cri travel agency,blh rocommend x?

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Saya plan nk pegi pada 16~20 Dec ni.
      Boleh join x?
      Sebab mmg x ambil package.

      Delete
    2. Saya plan nk pegi pada 16~20 Dec ni.
      Boleh join x?
      Sebab mmg x ambil package.

      Delete
  8. Salam Saudara
    nak tanya ape nama restaurant yg you makan spicy squid on rice tu? terimakasih

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. . Thanks saudara atas smua info d blog.. sgt2 membantu.. solo trip saya pd 3 hgga 9 feb 2016 nnt.. dsbbkn sya suka mkn time travel ni.. nk mintak suggestion tempat yg snang nk cari mknn halal.. sya dh booked hotel d itaewon sbb d fhmkn d sana bnyk mknn korea yg halal..slain dari tu ade tempat lain lg? Mcmana dgn pasar2 seafood yg ade jual grilled seafood tu.. halal ke idak?

    ReplyDelete
  12. Nak tanya...kalau pergi sendiri tak guna agency atau tour guide senang tak nak guna subway atau bas ? Sy nak pergi bulan 9 /2016 ni.

    ReplyDelete
  13. Salam sejahtera..encik saya nk tanye encik prgi korea masa musim sejuk..pada bulan brp ye? Sbb i plan nk gi jan..masa tu still ada snow ker?

    ReplyDelete