Be The Pink di Hello Kitty Cafe, Seoul

Salam sejahtera dan salam info, post kali ini nak kongsi kisah di Hello Kitty Cafe yang terletak di Hongdae, Seoul. Sebenarnya saya tak berapa minat Hello Kitty sebab jejaka macho mana boleh suka Hello Kitty kan...nnt hilang lah macho. Tapi demi untuk tulis blog dan info untuk pembaca dan peminat wanita, saya gagahi juga ke Hello Kitty Cafe ni

Mungkin ada yang bertanya, buat apa pergi ke Hongdae sedangkan di Malaysia pun ada Hello Kitty Cafe... Jawapannya senang saja... It's at Korea dude....heee

Untuk ke area hongdae boleh naik subway ke Hongik University Subway Station. 

sesat semasa nak cari lokasi Cafe ni...nasib baik ada mamat korea pegang signboard Hello Kitty Cafe 


akhirnya sampai di Hello Kitty Cafe...yayyy... untuk pengetahuan pembaca yang cute sekalian, hello kitty cafe hongdae sudah berubah lokasi dan wajah

Hello Kitty Cafe yang baru ni bertemakan cottage house...


Suasana dalam cafe yang berwarna pink...



Bila kita order, akan dapat benda ni...nanti bila order kita dah siap, benda ni akan vibrate dan kita kena ambil di kaunter.


Caramel mocha yang berharga 5000won



Sungguh bahagia minum kopi yang comel di cafe yang comel...


yang ni pun comel

Cafe ni memang besar, dua tingkat dan macam rumah...siap ada bilik tidur hello kitty lagi tau...


Jadi kepada peminat Hello Kitty di luar sana, jangan lupa untuk singgah ke Hello Kitty Cafe Hongdae jika berkunjung ke Korea...dan jangan lupa laminate resit yang anda dapat dari cafe ni...hehe

Terima kasih kerana sudi baca kisah kali ini. Diharapkan kisah ini memberi info bermanfaat kepada pembaca. Jangan lupa tinggalkan komen.










5 comments:

  1. comelnya. tapi takde details direction ke? sy akan ke seoul bulan 11 ni. hehe

    ReplyDelete
  2. assalam En.F, sy akan ke korea pada pertengahan bulan 8.. pada waktu itu cuaca bagaimana? panas ke? kalau panas, panas mcm malaysia ke?

    ReplyDelete
  3. wsalam nur nabila... pertengahan bulan 8 adalah summer...cuaca agak panas lebih kurang Malaysia dan selalu hujan... so pakai baju mcm kat Malaysia n sentiasa bw payung kecil dalam beg...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Menu ais krim di hello kitty cafe ni halal tak? Teringin nak makan tp tak berani

    ReplyDelete