Jalan-jalan di Seoul (siri 2) : Myeongdong dan Namsan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam info dan salam kembara. Dalam entri kali ini saya nak sambung kisah jalan-jalan di Seoul yang tergendala sebab suhu terlampau sejuk pada hari sebelumnya. Pada keesokkan harinya, suhu meningkat dari -15 darjah celcius kepada -7 darjah celcius dan tidak berangin dan tidak berkabus. Jadi kami merasakan hari tersebut sesuai untuk ke Namsan (-7 tu memang sejuk...tapi sebab kami dah rasa -15 hari sebelumnya, tiba2 -7 tu rasa nothing n no big deal...serious). 

Perjalanan kami mulakan ke Myeongdong dengan menaiki subway dari stesyen jongno-3-ga
miss ruby yg sedang mereload kad seoul citypass nya sambil berposing..


perjalanan dari jongno-3-ga ke Myeongdong tak jauh, lebih kurang 7 minit je...

jeng jeng...dah sampai Myeongdong, dekat kan

Setelah sampai kami terus mencari M-Plaza, ada apa di M-Plaza ni? Untuk pengetahuan pembaca, di tingkat 5 M-plaza ada Seoul Global Culture and Tourism Center dimana pengunjung boleh mempelajari budaya Korea dan saya ke sana untuk membawa rakan kembara saya bergambar dengan pakaian tradisional Korea

Bila sampai di M-Plaza Seoul Global and Tourism Center tu, kami dimaklumkan kami kena reserve nama dulu sebab ramai orang. Kami dapat reserve pada jam 2 punya shooting. Jadi kami pun jalan2 dulu di Myeeongdong. 

Myeongdong sebenarnya merupakan antara destinasi menarik untuk membeli belah di Seoul terutamanya pada waktu petang dan malam. 

kami shopping souvenir yang special iaitu set chopstick dan sudu panjang korea. 



bertembung dengan pelancong dari Malaysia. Kami pun bertukar2 info dan pengalaman.


makan Tteokbokki di Myeongdong underground shopping center. Tteokbokki ni sesuai untuk vegetarian.

Lepas shopping dan jalan-jalan cari makan di Myeongdong, kami kembali ke M-Plaza untuk shooting bersama hanbook dan ianya percuma...yayyyy

Ewan dapat baju Maharaja dan Ustaz Taufiq dapat baju menteri



comel kan kami



pengalaman yang unik dan perlu dirasai oleh setiap pelancong yang datang ke Korea. Yus siap ada cerut paip korea lagi tuh..

Setelah selesai sesi shooting, kami meneruskan ke destinasi seterusnya iaitu Namsan, sebuah gunung kecil di tengah-tengah Seoul.
selalunya kalau saya ke puncak Namsan, saya naik cable car. Tapi kali ni saya naik bas. Naik cable car 7500won naik n turun. Bas pula 1800won pergi dan balik dengan menggunakan kad citypass. Kami naik bas bernombor 05 iaitu bas yang khas untuk ke Namsan

 bas tak berhenti betul-betul di puncak dan kami perlu melakukan sedikit aktiviti pendakian
penat juga, tapi seronok sebab pemandangan indah...nampak tak tepi tu ada seoul fortress wall.



yayyy...akhirnya tiba di puncak namsan...sukenyerr


kalau berada di puncak Namsan pada waktu cerah dan tidak berkabus, kita boleh lihat pemandangan kota Seoul dengan jelas... kota dan gunung ganang bertemu



wahh...cik ruby siap teropong lagi...huhu



inilah love padlock yang famous tu...


dan misi kami ialah untuk meletakkan nama orang tersayang di puncak Namsan
di hati ku hanya ada kamu...


misi kami seterusnya ialah melihat matahari terbenam di Korea dari puncak Namsan
jadi kami pun tunggulah sang mentari menyorok di ufuk Korea



cantik sungguh matahari terbenam di puncak Namsan yang bersalji dan kota Seoul di bawahnya...misi berjaya



inilah kisah kami kali ini...diharap kisah ini memberi info yang bermanfaat kepada pembaca yang merancang ke Korea. Kalau anda belum baca kisah jalan-jalan korea siri satu boleh baca di link ini Jalan-jalan di Seoul


7 comments:

  1. Assalam. Nak tanya if nak ke Namsan menaiki bus, perlu tunggu kat bus station mana ye?? Last bus jam berapa? Thanks

    ReplyDelete
  2. Salam..sy nak taNya guesthouse dia semua style share bathroom ye..ade tak yg private bathroom..lg satu guesthouse ape yg sesuai kalao bwk baby setahun? Thanks

    ReplyDelete
  3. salam sy nk p sne bln 2 nxt year..agk2 sng x kalo nek trnsport awm like train..

    ReplyDelete

  4. Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Seoul, di Myeongdong Malam Hari, di tengah padatnya ruas-ruas jalan di Myeongdong, gerobak-gerobak makanan berbaris di antara hotel-hotel, took-toko kecantikan, restoran , café dan kelab malam.
    Saya mencobe menulis blog tentang Seoil, semoga anda juga suka: http://stenote-berkata.blogspot.com/2019/11/seoul-di-myeongdong-malam-hari.html

    ReplyDelete