Pada 23 Ogos 1945, pesawat pengebom RAF B24 Liberator berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi ‘resupply’ kepada pasukan Force 136 yang menentang penjajah Jepun di Malaya, Namun seminggu kemudian mereka telah dilaporkan terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti dan mengorbankan semua krew).
gambar persiapan sebelum penerbangan misi Liberator
Sebahagian pesawat telah ditemui ada tahun 1996 di Negeri sembilan sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006. Seterusnya, ekspedisi kedua pada 29 Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal terbang diserahkan kepada Kapten Kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012, sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga krew terlibat.
Setelah hampir 6 dekat di hutan, krew pesawat RAF B24 Liberator disemadikan. Namun, bangkai pesawat masih tersadai di lokasi asal ianya terhempas. Kisah tragis yang bersejarah ini membuatkan saya mengorak langkah menjejaki bangkai Pesawat RAF B24 Liberator dan misi pencarian kami akan melalui dua puncak gunung iaitu Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk
...
Berjayakah kami menemui bangkai pesawat perang RAF B24 Liberator yang terhempas?
...
Ikuti kisah selanjutnya selepas ini
...
pendakian kami bermula di Pantai, sebuah kawasan di Daerah Jelubu
melalui jalan kecil yang berturap
parking kereta di tepi jalan
melakukan senaman regangan sebelum memulakan pendakian
equipment check
bersedia untuk memulakan pendakian dan misi pencarian pesawat terhempas
maka pendakian kami bermula
kelihatan loji penapisan air dari trek laluan
melalui anak sungai
melalui bawah pokok tumbang
bersama rakan kembara dari UITM...mereka merupakan pelajar jurusan Fizik
Pendakian kami juga memerlukan kami merentasi sungai
melalui pokok tumbang untuk menyeberang sungai
mencabar juga nak menyeberang sungai melalui pokok tumbang...
tapi kami berjaya juga melepasinya
pendakian kami memang memenatkan...perlu minum air secukupnya untuk menggantikan air yang hilang melalui peluh
makan anggur ketika mendaki memang nyaman sebab ianya manis dan juicy
selepas berehat dan makan anggur, kami meneruskan pendakian
...
dan selepas itu kami tiba di gua kambing
inilah gua kambing...kami berhenti rehat sebentar bersama kit kat di sini
Selepas melalui gua kambing, pendakian menjadi sangat mencabar dengan muka bum berkecerunan melebihi 45 darjah
ketika ini penggunaan tongkat sangat membantu untuk mendaki
setiap halangan perlu dilalui dengan cekal
buah hutan yang pelik dan tidak saya ketahui namanya
keadaan semakin cerah menandakan kami hampir dengan puncak gunung berembun
akhirnya berjaya sampai ke puncak Gunung Berembun pada ketinggian 2263 kaki. Perjalanan dari starting point ke puncak memakan masa 4 jam.
kami makan tengah hari di puncak gunung
kami berkongsi bawa makanan...macam-macam ada...ada nasi impit, ada rendang, ada nasi lemak, ada bihun dan lain2
memang seronok makan berjemaah di atas gunung
Perut dah kenyang, tapi misi mencari Pesawat Liberator belum tercapai, maka kami meneruskan pencarian dan mendaki ke Gunung Telapak Buruk pula
Selepas lebih kurang 1 jam mendaki, kami tiba di Gunung Telapak Buruk
Kemudian kami turun ke lembah yang kedalaman lebih kurang 20 meter ke bawah
semasa penurunan ke lembah, kami dapat perhatikan serpihan pesawat terhempas di merata tempat
Bila kami sampai di dasar lembah, kami menemui bangkai pesawat perang RAF B24 Liberator
walaupun teruja dengan penemuan ini, tidak dapat dinafikan terbit perasaan sedih dalam diri atas tragedi yang menimpa pesawat malang ini
serpihan dari bahagian enjin pesawat
serpihan dari bahagian badan pesawat
Setelah menghayati dan menginsafi tragedi pesawat perang terhempas, kami terus memulakan pergerakan pulang ke starting point kerana risau tidak berjaya keluar hutan sebelum malam
perjalanan turun gunung juga susah sampai ada yang menggelongsor
walaupun penat tapi semua happy
berhenti solat jamak takhir dan mandi sungai untuk menghilangkan kelesuan otot
kami tiba di starting point pada "last light"
Pendakian Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk serta pencarian bangkai pesawat perang RAF B24 Liberator sememangnya memberikan satu pengalaman unik kepada saya sebagai seorang pengembara. Ianya memberi inspirasi untuk terus berjuang dalam "perang" kehidupan, mengharungi setiap cabaran sebelum ajal tiba...dan pastinya akan tiba untuk kita semua manusia
wah...terbaik
ReplyDeleteSalam bro, sorry out of topic kejap. Saya just nak tahu sesuai ke pergi korea bulan december? Bro punya blog byk bagai guide pasal korea. Sorry again
ReplyDeletesalam..wah...mmg lari topik ni... december best...ada salji...
Deletewahhh.. bestnya hiking. bangkai pesawt tu memg sengaja ditinggal kat situ la kan. pas hiking mandi air terjun tu yg bestnya
ReplyDeletezinziemeewah
yups...memang pengalaman yang sangat bernilai
DeleteThank you for reading... my pleasure
ReplyDeleteNak ke sana perlu permit x?
ReplyDeleteNak ke sana perlu permit x?
ReplyDeleteharitu saya pergi tak perlu permit...just inform n sabmit nama, no ic n next of keen kepada balai polis terdekat
DeleteAs salam sdr. Boleh kita berhubung. Saya penulis skrip. Sedang menyiapkan travelong penaklukan jepun di tanah melayu 016 2151192
ReplyDeleteAs salam sdr. Boleh kita berhubung. Saya penulis skrip. Sedang menyiapkan travelong penaklukan jepun di tanah melayu 016 2151192
ReplyDeleteNak tanya ada tak bayaran utk satu penemuan harta karun berbentuk kapal terbang zaman perang kedua?sbp kawan telah menemui satu bangkai kapal terbang dipercayai milik negara british yg tela jatu ditembak oleh tentera jepun lalu jatuh disebuah kawasan hutan yg belum pernah ada org menjejakinya ianya berada di kawasan sabah.
ReplyDeletewow. tak dapat digambarkan dengan kata - kata bila sy sendiri berpeluang melihat bangkai pesawat secara dekat. Seolah olah sejarah lampau sedang bermain di fikiran. rasa seram ya bagaimana suasana perang waktu itu.
ReplyDeleteThe traveling to these places provided an opportunity to be alone with nature and in harmony with ourselves. Each participant passed this way of knowledge - http://livecustomwriting.com/blog/top-10-health-myths-everyone-still-believes.
ReplyDelete