Kembara sakura Korea (siri 1)





Hai semua, kali ni saya nak share kisah saya ke Korea semata-mata untuk menikmati bunga sakura. Mana lah tahu ada pembaca yang mempunyai impian untuk merasa sakura di Korea, boleh jadikan post ni sebagai motivasi untuk mengejar impian murni anda itu…hehehe

Bunga sakura atau cherry blossom memang sinonim di Korea dan bunganya muncul hanya pada masa tertentu yang singkat setiap tahun. Oleh itu sesiapa yang ingin melihat sakura, haruslah merancang dengan teliti. Sebelum membeli tiket kapal terbang, semak forecast ramalan peak sakura pada tahun semasa. Selalunya sakura mekar pada pertengahan bulan April namun kadang kala ianya muncul lebih awal atau pun lebih lewat. Sebab tu kena semak forecast sakura Korea di google ye.

Setelah membeli tiket Air Asia X ke Seoul dan membuat persiapan lain, akhirnya tibalah masa untuk saya bertolak ke kampung halaman saya iaitu Seoul



Stop…stop… nak tumpeng balik kampung



ayuh... fly to Seoul


Akhinya tiba di Incheon International Airport… merindui bebunga di Korea



Seterusnya saya menaiki Airport Bus untuk ke Seoul. Dalam perjalanan kelihatan pepohon sakura mekar di jalanan.


Saya tiba di Beewon guesthouse lebih kurang jam 5 pm waktu Korea. Sesudah check in di hostel, saya mandi, solat dan berehat sebab plan lepas maghrib nak makan di dapur guesthouse kemudian baru keluar memburu sakura.

Seperti yang dirancangkan, selepas makan dan solat, saya keluar dari Guesthouse dan menaiki subway menuju ke Yeouido. Terdapat satu jalan di Yeuido yang terkenal dengan deretan lebih seribu pepohon sakura sepanjang 5.7 kilometer jalan berhampiran National Assembly Building. Sambutan festival sakura diadakan di Yeouido setiap tahun dan saya tentunya tidak melepaskan peluang untuk ke sini. Pada waktu malam jalan ini diterangi dengan lampu berwarna yang dipancarkan ke pepohon sakura dan mewujudkan suasana yang memukau.


menaiki subway untuk ke Yeouido



pohon sakura dilimpahi lampu 


bebunga sakura memutih seperti kapas...geram tengok tau



seronoknya... 

Selepas menikmati keindahan sakura malam, saya menuju ke jegi-dong untuk melepaskan gian pada keenakan makanan Korea yang unik iaitu JJukumi

\
 Jjukumi merupakan sejenis makanan yang unik dimana sotong kurita segar dimasak bersama sos pedas istimewa Korea


Jjukumi ni memang sangat pedas...saya suka balut dengan daun perila bersama mayo untuk mengurangkan rasa pedas tu... balut balut lepastu ngap seketul tu...hahaha

                                  melantak sampai licin...



Setelah puas makan Jjukumi, saya pun pulang ke Guesthouse

Aktiviti esok hari ialah menikmati sakura di Namsan. Untuk pengetahuan pembaca, di Namsan terdapat deretan pokok sakura yang terpanjang di Seoul dan misi saya seterusnya ialah untuk mengharungi namsan dengan berjalan kaki... nantikan kisahnya dalam entri Kembara sakura Korea (siri 2) yang akan disiarkan nanti...



10 comments:

  1. Replies
    1. En. firdause, saya ke sana April,25/2016 - May,6/2016...
      Blh brief ckit keadaan di sana... Iternery y terbaik mungkin 😉
      Saya akan berada di Busan dulu kemudian Seoul...

      Delete
    2. En. firdause, saya ke sana April,25/2016 - May,6/2016...
      Blh brief ckit keadaan di sana... Iternery y terbaik mungkin 😉
      Saya akan berada di Busan dulu kemudian Seoul...

      Delete
    3. En. firdause, saya ke sana April,25/2016 - May,6/2016...
      Blh brief ckit keadaan di sana... Iternery y terbaik mungkin 😉
      Saya akan berada di Busan dulu kemudian Seoul...

      Delete
  2. Firdaus, kalau pergi 17feb-21feb agak agak salji dh cair belum?

    ReplyDelete
  3. kalau di Seoul sah cair...tapi kalau di Pulau Nami dan di pergunungan belum lagi...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Firdause,
    Makan Jjukumi tu kat kedai mana? Xde pork/alcohol ke?

    ReplyDelete
  6. Boleh tak kongsikan baju yg sesuai pkai dlm musim spring pda bulan march

    ReplyDelete