Salam sejahtera dan salam kembara untuk semua
pembaca yang dikashi. Entri kali ini saya nak share sambungan kisah kembara
sakura di Korea. Pada siri 1 yang lepas, saya telah pergi ke Yeouido untuk
melihat sakura.
Kembara sakura diteruskan di Namsan kerana Namsan
mempunyai deretan pokok sakura yang terpanjang di Seoul. Lagipun Namsan
merupakan salah satu lokasi pelancongan popular di Seoul. Namsan merupakan
sebuah gunung kecil di tengah-tengah kota Seoul dan di puncaknya terdapat
pelbagai tarikan pelancong seperti Seoul Tower dan Namsan Love Pad Lock.
Kami bertolak dari Guesthouse selepas sarapan pagi.
Semasa sarapan, saya disapa oleh sekumpulan pelancong dari Malaysia dan salah
seorang dari mereka memanggil saya En. Blogger… rupanya mereka pernah baca blog
ni sebelum ke Korea… hehehe
Kami sempat beramah mesra dan saya memberikan
beberapa tips kembara Korea kerapa mereka…
Gambar bersama owner Beewon Guesthouse (paling
kiri) dan rakan-rakan dari Malaysia… semangat betul mereka pakai baju
tradisional Malaysia di Korea, Terbaik…
Selepas beramah mesra, berkongsi pengalaman dan
bergambar bersama, kami pun berpisah membawa diri untuk ke destinasi
masing-masing.
Sebenarnya saya sudah banyak kali pergi ke Namsan
dan kisahnya boleh dibaca pada entri-entri yang lepas. Selalunya saya ke puncak
Namsan menaiki cable car ataupun bas tapi kali ini, saya plan untuk berjalan
kaki mendaki Namsan sambil melihat keindahan sakura.
Untuk menaiki Namsan dengan berjalan kaki, kita boleh
mulakan dari Namdaemun. Namdaemun merupakan pasar membeli belah yang besar dan
tempat yang wajib untuk bershopping jika anda berkunjung ke Seoul. Ianya
terletak di kaki gunung Namsan.
Bergambar di Namdaemun gate (Sungnyemun gate) yang
merupakan Korea National Treasure No. 1
Bila melancong dan mengembara, selain berselfie dan
wefie, seeloknya kita juga mempelajari sejarah dan kisah disebalik tempat
itu…kan kan
Untuk berjalan dari Namdaemun ke Namsan tak lah
jauh mana sebab Namdaemun tu berada di kaki Gunung Namsan. Untuk arah tuju pula
boleh ikut signboard yang disediakan.
Dalam perjalanan saya melalui Seoul Fortress yang
merupakan dinding kubu pertahanan yang mengelilingi Kota Seoul semasa Dynasty
Joseon pada zaman dahulu dan sebahagiannya masih kekal hingga ke hari ini.
Dalam perjalanan, saya melalui Namsan Public Library dan berhampiran Namsan Public Library saya tiba di
permulaan jalan mendaki. Dari sini sudh mula Nampak Seoul Tower dan
semestinya…Pepohon sakura…wee
Untuk membolahkan pembaca mendapat gambaran
perjalanan saya, di sini saya sediakan rajah Namsan dan laluan perjalanan saya
dari kaki gunung ke puncak.
Jalan ini merupakan jalan berturap khas untuk
pejalan kaki dan kenderaan tidak dibenarkan melaluinya kecuali bas khas yang
membawa penumpang ke puncak Namsan. Bas tersebut selalunya berwarna kuning atau
hijau muda dengan nombor 02, 03 atau 05.
Pendakian yang dipenuhi dengan sakura… bila angin
bertiup nyaman, kelopak-kelopak sakura berguguran ke bumi dan memberi suasana
romantik dan mendamaikan.
Sepanjang pendakian, saya menemui pelbagai jenis
haiwan yang turut meraikan keindahan sakura seperti burung ini. Tupai pun saya
ada Nampak tapi tak sempat ambil gambar sebab tupai tu laju sangat…huhu
Jika anda bernasib baik, anda mungkin menemui
bebunga tulip
Setelah lebih kurang setengah jam berjalan, saya
berhenti rehat untuk minum dan makan untuk menggantikan tenaga yang hilang…
Nyum nyum… hidup ini memang banyak keindahan,
antaranya ialah menikmati kemanisan strawberry Korea di bawah pepohon sakura di
gunung di tengah-tengah kota Seoul.
Setelah berehat sebentar bersama strawberry, saya
meneruskan pendakian ke puncak. Pemandangan menjadi makin cantik apabila
pendakian makin tinggi.
wah...dah boleh nampak pemandangan kota Seoul...macam dah nak sampai ke puncak jerzz..
Pendakian saya sampai kepada Seoul Fotress…ini
menandakan saya hamper sampai ke puncak kerana Seoul Fortress menganjur dari
Namdaemun gate ke puncak Namsan
Akhirnya sampai...wee
Bergambar
kenangan sempena meraikan kejayaan ke puncak Namsan dengan berjalan kaki
Perkara yang famous di puncak Namsan ialah padlock…
inilah tanda yang saya letak di puncak Namsan pada musim winter tahun lepas...
Selepas menghabiskan beberapa jam di puncak Namsan,
saya turun semula tetapi dengan menaiki bas. Kemudiannya menaiki subway untuk
melihat Banpo Moonlight Rainbow Fountain yang terletak di Bando Bridge. Selalunya saya
menaiki Han River Cruise untuk pergi dan melihat Banpo Moonlight Rainbow Fountain tapi
kali ini saya bercadang untuk lepak di tepi sungai Han dan tunggu hingga
Fountain tu muncul.
Bangunan bercahaya di sebelah Banpo Bridge…
Bangunan ni ada dalam cerita Avanger 2: Age of Ultron
Inilah Banpo Moonlight Rainbow Fauntain...aca cahaya dan ada lagu... lepastu air pancut tu menari-nari
ini saja coretan pengalaman saya pada kali ini... diharap memberi manfaat dan info kepada pembaca. Jangan lupa tinggalkan komen yer...
Salam..
ReplyDeleteSaya cadang nak ke korea pada 24 April 2016, agak-agak masa ni bunga sakura masih ada lagi ker kat seoul ?
as salam..hi cik nana..sy pn akn ke korea pd bln 4 nnti..slmt bcuti utk awk..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteas salam en.Fir...sy akn ke korea pd 10-16 april nnti..time tu sakura dh mbuak2 ke blm..ke malu2 lg nk kuar? Sbnrya sy nk mtk tlg n byk prtnyaan kt en.fir..cmne ye nk berurusan nk tnya mcm2..? :) atau blh bg email..
ReplyDeleteAs Salam
ReplyDeleteSaya pun banyak nak bertanya
Assalaammualaikum.. saya nak ke korea akhir oktober. Saya nak bertanya dan minta bantuan sebab saya nak pergi sendiri.. macam mana saya nak hubungi Encik?
ReplyDelete