War memorial of Korea - tugu perang yang berbaloi dilawati


Salam sejahtera kepada pembaca myfir2u. Post kali ni saya nak share satu tempat di Seoul yang berbaloi untuk dilawati iaitu Tugu Peringatan Perang Korea. Tugu peringatan perang ini merupakan antara tugu perang terbesar yang mempamerkan lebih dari 9000 item yang menggambarkan suasana perang di Korea. Terdapat 7 bilik pameran dan ruang pameran outdoor yang mempamerkan war machine seperti pesawat perang, kereta kebal dan kapal perang.

tugu dua beradik yang mempunyai maksud tersirat yang begitu mendalam


ayuh comrade...kita mara dan pertahankan tanah air kita...




reka bentuk bangunan tugu peringatan perang ini cukup unik


kawasan yang luas dan dan menempatkan pesawat, kapal perang dan kereta kebal yang digunakan semasa perang korea.






juga terdapat tugu menarik yang menggambarkan tenteda dalam aksi perang


Ramai ahli sejarah memanggil perang Korea sebagai perang yang dilupakan. Hal ini kerana perang korea merupakan perang skala besar yang mengorbankan banyak nyawa. Tetapi dunia pada ketika itu lebih menumpukan perhatian pada perang vietnam. Perang Korea bermula sebagai perang saudara dari 1950 hingga 1953 diSemenanjung Korea, yang telah dibahagikan kepada kawasan taklukan Amerika Syarikat dan kawasan taklukan KRSS selepas Perang Dunia II. Perang saudara ini bermula pada 25 jun 1950 , apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan. Peperangan ini berkembang pesat apabila Amerika Syarikat, dan selepas itu Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik ini. Konflik ini tamat selepas gencatan senjata tercapai pada 27 Julai 1953...

...Namun secara teknikalnya perang antara Korea Selatn dan Korea Utara masih belum berakhir...ini kerana paksi utama perjuangan Korea Utara untuk menyatukan semenanjung Korea dibawah pemerintahan komunis pernah berubah....




bagaimana perasaan anda bila berkunjung di sini bergantung kepada siapa anda... namun saya sebagai seorang yang pernah terlibat dalam bidang ketenteraan, air mata sesekali gugur bila membaca kisah perang Korea


Bagaimana untuk pergi ke Tugu peringatan Perang Korea?

Nak pergi ke sini sangat mudah lagipun terletak berdekatan area Itaewon yang merupakan area muslim n makanan halal. Jika menaiki subway, turun di stesyen Samgakji (line 4). Masuk adalah percuma dan tutup pada hari Isnin.

No comments:

Post a Comment