Jalan-jalan di Seoul : Gyeongbokgung ke Namdaemun



Salam sejahtera dan hye semua... post kali ini saya nak kongsikan kisah kami berjalan-jalan di Kota Seoul dimana kami menggunakan tema "Seoul walking tour"... Perjalanan kami bermula di Istana Gyeongbokgung hingga ke Namdaemun

Untuk memudahkan pembaca memahami perjalanan kami, saya sertakan lakaran pelan laluan kami di sana. Harap bermanfaat dan membantu.
Inilah lakaran ringkas (tidak mengikut skala) perjalanan kami kali ini. Anak panah dot dot berwarna pink tu menunjukkan arah gerakan kami.

Satu lagi info yang ingin dikongsi, pada hari kami berjalan ni... suhu turun secara mendadak dari -2 darjah celsius pada hari sebelumnya kepada -15 darjah celcius... memang sangat sejuk
tapi...walaupun sejuk melampau, kami tetap meneruskan perjuangan kami...cewahh


Kembara kami dimulakan di Istana Gyeongbokgung, Istana utama di Seoul
bergambar bersama pengawal istana




Istana Gyeongbokgung merupakan simbol kehebatan kerajaan silam Korea



kompleks utama Gyeongbokgung...tempat bersemanyam raja2 Korea pada zaman dahulu


ustaz Taufiq dan Ewan di lorong dalam kompleks Gyeongbokgung yang diliputi salji



Ruby ni dah lama memasang impian untuk ke Korea katanya... akhirnya impian tercapai...tahniah Ruby...hehe


Yus dan isterinya bergambar di Pavilion yang terletak di tengah2 kolam istana... sweet gitu



Kami menghabiskan masa selama lebih kurang 2 jam di Istana Gyeongbokgung... kemudian kami meneruskan perjalanan melalui Gwahamun Plaza...


Tugu King Saejong di Gwahamun Plaza. Di bahagian underground Gwahamun Plaza ni sebenarnya ada museum King Saejong.

Selepas melepasi Gwahamun Plaza, kami tiba di Sungai Cheongyecheon, oleh kerana dah tengah hari dan perut pun lapar, kami berhenti rehat makan di sini.



Oleh kerana kami ni backpackers sejati, kami makan di 7 eleven, kami beli nasi segera dan makan lauk yang dibawa dari Malaysia...macam2 ada. Ada sambal ikan bilis, ada rendang tok dan juga sambal hitam pahang...nyum2
makanan2 pedas dan berempah seperti rendang  dan sambal hitam boleh memanaskan badan ketika musim sejuk tau

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Namdaemun

jalan kaki jer... tak jauh pun

.....

dah sampai pun...inilah landmark Namdaemun, pintu gerbang kota Seoul pada zaman dahulu dan setelah melalui gerbang itu, pedagang akan berjual beli di pasar Namdaemun... dan pasar itu wujud hingga ke hari ini

aktiviti utama di Namdaemun semestinya Shopping, di Namdaemun harga barang agak murah dan hampir semua yang anda cari ada di sini...



ajushi ni owner kedai souvenir dan fasih berbahasa melayu... Ruby pon apa lagi... terus menerus minta discount n free gift selagi boleh sampai pening ajushi tu...hehe

Selepas selesai shopping di Namdaemun, ikut plan asal nak naik ke Namsan. Tapi oleh kerana suhu terlampau sejuk, saya menggunakan flexibility dalam berbackpack dan menunda plan ke Namsan ke hari berikutnya... so kami pun balik semula ke Guesthouse

Menyusuri dinding tembok Deoksugung untuk balik ke Beewon Guesthouse

di Beewon Guesthouse, kami solat dan berehat... malam tu kami tak keluar dan hanya makan dan bersosial di Guesthouse sahaja demi mengelakkan cuaca sejuk melampau.
makan di dapur Beewon Guesthouse memang seronok...rasa macam berada di rumah sendiri


ok...saja saya letak semula gambar ni sebagai rujukan pembaca...inilah perjalanan kami pada hari itu...mudah kan walking tour di Seoul... jangan lupa nantikan entri akan datang, kisah ini kami meneruskan kembara ke Namsan.




5 comments:

  1. salam...mcm best jek..boleh taw stay mne? sbb mcm dkt je dgn semua tarikan pelancongan kat sane

    ReplyDelete
  2. alahai tak sabarnya nak ke korea..tp lmbt lg, mac tahun depan...tima kasih en firdaus, blog ni byk membantu utk trip sy nti ;-)

    ReplyDelete
  3. Bro Firdause, apa pakaian yg sesuai untuk ke seoul pada 13-17 mach 2015.....setahu saya ia peralihan musim pada ketika itu...

    ReplyDelete
  4. Salam nk tya ade x tour guide student malaysia yg boleh bwk jln sehari or harga yg murah..

    ReplyDelete