Pengembaraan ke Taiwan

Salah satu negara yang aktif membuat promosi perlancongan iaitu Taiwan. Iklan perlancongan Taiwan boleh dilihat di kaca TV dan panggung wayang dengan tema mereka...Its time for Taiwan dan The Heart of Asia. Peluang menyertai International Youth International Exhibition yang diadakan di Tainan, Taiwan digunakan untuk mengimbau secebis kecil pengalaman di Taiwan untuk dikongsi di blog ini.

Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Kemanisan pengalaman kemengangan di International Youth Invention Exhibition ditambah lagi apabila penganjur menguruskan pelancongan para peserta di tempat- tempat menarik sekitar Taiwan. Pada malam selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah, kami dibawa ke Pasar Malam di bandar Tainan. Ini adalah antara pasar malam terbesar yang pernah saya kunjungi  sepanjang hidup di muka bumi ini.


kemeriahan pasar malam Tainan dapat dilihat dari jauh




banyak barang yang dijual di sini. Makanan pun ada tapi macam tak halal je. So just beli strawberry bersalut madu



 jeng jeng....strawberry Taiwan...walaupun tak sebesar strawberry Korea...tapi still lagi manis dari cemeron highland punya.







pada keesokan hari, kami dibawa berjalan-jalan oleh pelajar2 fakulti pelancongan Far East Universiti



inilah pemandu pelancong kami... Dora Chen, ramah dan baik orangnya


Antara tempat yang kami lawati ialah Beimen Park... sebuah lagoon yang indah. Seekor ikan paus pernah terdampar di sini dan tugu peringatan dibina untuk memperingati kejadian ini.








Pengunjung juga boleh melihat teknologi dan kesenian Taiwan
kicir angin dengan rekabentuk yang diperbaharui untuk menghasilkan tenaga elektrik walaupun tiupan angin lemah





seni lukisan Taiwan....memang unik


Seterusnya...kami melawat ladang pemprosesan garam laut...semestinya pengalaman yang sangat hebat sebab selama ni hanya tengok proses pembuatan garam kat TV...



air laut disalirkan ke petak simen dan dibiarkan tersejat di bawah terik mentari





proses pengumpulan garam yang telah tersejat








pemandangan dari menara pemerhati



Setelah penat memproses garam, kami dibawa melawat ke tokong dan istana lama Taiwan


bergambar bersama tugu pahlawan Taiwan...sama tak?




diharapkan pengalaman yang dikongsi ini memberi manfaat kepada pembaca...teruskan membaca post2 yang akan datang.....membaca amalan mulia

3 comments: