Tempat shopping best di Seoul, Korea


Post kali ni nak bincang tempat shopping best di Seoul, Korea. Kalau nak shoppong wajib pergi ke 2 tempat ni iaitu Dongdaemun dan Namdaemun Market. Ehh...nama macam sama je. Sebenarnya Dongdaemun dan Namdaemun ni pada zaman dulu ialah pintu gerbang utama ke kota Seoul. 

Dongdaemun
Dongdaemun menggabungkan kemeriahan membeli belah di mall dan outdoor bazaar

Dongdaemun dikenali sebagai syurga fesyen Korea dan menempatkan shopping mall berskala besar. Hampir setiap perkara yang berkaitan dengan fesyen boleh didapati di sini. Bak kata zalora...beratus jenama, beribu gaya. Anda boleh memilih untuk shopping di mall pencakar langit seperti Doota dan Migliae atau shopping di outdoor bazaar pada harga yang lebih berpatutan.
salah satu jalan di Dongdaemun yang dipenuhi dengan kedai kasut

inilah ikon Dongdaemun... Pintu gerbang timur utama kota Seoul pada zaman silam. Lebih besar dari gerbang A Famosa Portugis di Melaka

Anda boleh berkunjung ke Dongdaemun siang atau pun malam kerana Dongdaemun “hidup” hampir 24 jam.  Pada siang hari Dongdaemun dipenuhi dengan pelancong yang mencari barang pada harga berpatutan. Sebelah malamnya pula menjadi tempat peniaga memborong barang pada harga pukal.

Untuk ke Dongdaemun, boleh menaiki subway line 1 atau line 4 dan turun di Stesyen Dongdaemun


Namdaemun
Namdaemun merupakan pintu gerbang selatan utama Kota Seoul pada zaman dinasti Joseon. Bersebelahan dengan pintu gerbang ini, terdapat Pasar Namdaemun


Pasar Namdaemun dipenuhi dengan semua jenis keriangan dari apa yang hendak dilihat dan apa yang hendak dibeli. Pelbagai barang dijual di sini pada pelbagai julat harga dan kualiti. Barangan yang popular di sini ialah pakaian, kraftangan, souvenir dan cermin mata, Item popular seperti brooch dan sutera Korea semuanya ada dijual. Barang yang pelik dan jarang dijual di tempat lain seperti ginseng dan ubatan tradisional Korea juga mudah didapati di sini. Tapi yang paling best dekat namdaemun dah ramai peniaga korea boleh berbahasa melayu mudah dan tawar menawar boleh dalam bahasa melayu...tapi bukan semua ye...ada sebahagian je


ajushi ni boleh berbahasa melayu sikit2, mesra dan boleh menerima tawar menawar...

meriah betul pasar Namdaemun ni. Mana taknya, barang kat sini murah-murah belaka

kalau nak pergi namdaemun sebaiknya pergi waktu siang sebab tak seperti dongdaemun, banyak kedai tutup waktu malam di namdaemun
sempat membeli baju I <3 KOREA di Namdaemun sebeum kedai tutup...

Untuk ke Namdaemun boleh naik Subway line no 4 dan turun di stesyen Heohyeon. Jalan 5 minit dari stesyen tersebut. Pasar Namdaemun tutup pada hari ahad. 

Apa pendapat anda tentang dua tempat shopping ni? Jangan lupa tinggalkan komen...

52 comments:

  1. salam, nk tanya.. kalau nk cari blazer ala korea tu leh dapatkan kt mana ye?

    ReplyDelete
  2. Kat dongdaemun n namdaemun ada...harga pelbagai mengikut gred kualiti. Harga average dalam RM 90 (kalau kat malaysia dalam rm 200).

    ReplyDelete
  3. thanx.. ni yg x sabar nk pegi ni.. =)

    ReplyDelete
  4. Salam, kalau nak shopping baju/kelengkapan utk kids kat mana yang u blh recommend?
    In shaa Allah going there end next month.

    ReplyDelete
  5. Salam. Ada tk brg2 spt brooch, bangle, ring dll yg mcm dijual kat kios2 shoopg mall kat KL ni?

    ReplyDelete
  6. nak tanya dongdaemun dan insadong ari ahad tutup ke? huhu..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. dongdaemun and insadong buka hari ahad, tapi crowded sebab orang korea pun tak kerja n nak shopping gak...

      Delete
  7. Howdy! I just would like to give an enormous thumbs up for the nice information you’ve
    right here on this post. I will probably be coming back to your weblog for
    extra soon.

    my web blog; semper fi animation

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.
    kalau jacket di korea murah tak? saya nak pergi seoul awal dec nnt inshaaAllah, ingat nak beli di sana je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...agak murah berbanding malaysia tapibtak semurah china n taiwan....kalo kat malaysia winter jacket daaam rm300...kat korea boleh dapan dalam 150. Cuba cari kat namdaemun...

      Delete
  9. Hi there! I just wish to give a huge thumbs up for the nice information you’ve right here on this post.
    I will probably be coming back to your weblog for extra
    soon.

    Take a look at my site; use of a semicolon in lists

    ReplyDelete
  10. Hiya! I just would like to give an enormous thumbs
    up for the great data you may have right here on this post.
    I will likely be coming back to your weblog for more soon.


    Also visit my website ... semi truck simulator games online free

    ReplyDelete
  11. salam en f...pada mulanya saya bercadang nak stay kat INNES INN kat iteawon,,tp difahamkan bedroom ngan bathroom dia share kalau kita ambl yg dorm punye...tambahan tempat guesthouse tu atas bukit..jadi saya bercadang nak stay kat Phil House,76-14 Guui-Dong, Gwangjin-Gu, 143-819 Seoul. apa pendapat en f? ok xtempat tu? senang x dptkan mkanan halal? dekat x dengan tempat2 menarik dan subway? relly need ur help!! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. I means share lelaki dan perempuan...

      Delete
    2. Emr...kalo area makanan halal mmg kat itaewon. . Pengalaman saya kita kena jadi fleksibel bila di korea...makanan kita boleh bawa dari malaysia mcm nasi impit...lauk pauk sedia makan...dan sebagainya. Dekat 7 eleven korea ada jual nasi segera yg masak guna microwave...saya selalu makan tu dengan lauk kari ayam dalam tin...hehe... Untuk penginapan saya cadang namsan geusthouse or beewon geusthouse. Ada bilik share bathroom n ada bilik private bathroom

      Delete
    3. Namsan Dan beewon tu dekat x dengan itewon n tempat beli belah yang best n murah mcm dekat Namdaemun ke myeongdong ke? ke lagi dekat tempat yg saya nak p mcm kat atas ni? sebab saya bacpacking sorang2..perempuan lak tu..tu yang tnya pendapat en f...minta maaf ye :)

      Delete
    4. Walaupun tak dekat mcm walking distance...tapi boleh naik subway...selang 4 ke 5 stesyen

      Delete
    5. kalau double room tapi shared bathroom plak mcmana maksudnya?tak dpt nk bygkan mcmana jenis bilik tu..sy ingat nk double room; private bathroom tp mcm lari dlm budget plak..

      tq in advanced

      Delete
    6. Mcm kat hostel..bilik takda private bathroom

      Delete
  12. i nak tanya klu yg dorm tu dia kira katil ke utk satu bilik.dan satu lagi klu bilik hotel kita book utk adult tp anak kita blh bawak masuk sekali ke cam sy anak 2 org umur 10-9 tahun.

    ReplyDelete
  13. i nak tanya klu kita gi sana senang tak klu nak masuk hotel or guestroom on that time kira tak book dlm online. harga online gan betul jauh beza tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye...kalau main pergi je memang susah....saya nasihatkan book awal2....kalau book guna agoda or asiarooms dapat lagi murah tau

      Delete
  14. kat hostel tu ada 2 pilihan....kalau kita ambil ikut katil bayaran murah n kita bercampur ngan pelancong lain tp sama jantina....harga lebih murah... pengunjung juga boleh book yg dorm dengan harga yg lebih tinggi.... saya pernah g sorang duduk dorm yg csmpur2....boleh tambah kawan dari negara lain...tp trip yg lain bawa mak n adik saya book satu bilik yg ada 1 katil double dacker n yg bawah tu boleh muat 2 org

    ReplyDelete
  15. Salam...nk tanye klo nk shopping jam tangan branded kat mane ye..i'm going to seoul by this mid nov...hihihi..

    ReplyDelete
  16. mmg best la korea ni... sy pun baru blik dari sana... ade gmbr yg bleh d lihat tp byk sambungannya... hahaha...pergi n pulang dari seoul, korea.... tgk la kt blog saya ---> amirhamzahpunyablog.blogspot

    ReplyDelete
  17. Hi, Saya baca beberapa comment diatas, tidak begitu mengerti bahasa Melayu. I'm Indonesian, will be traveling to Seoul on December. Some of the comments ask about the winter coat, and wondering how much is the average for one? And how about the quality? Thanks.

    ReplyDelete
  18. hye Oscar...sorry for the language uncertainties...

    ReplyDelete
  19. Online Shopping Malaysia for Korean Fashion. Everything under RM60. FREE shipping within Malaysia!

    ReplyDelete
  20. Hi, saya insyaallah bulan disember ni akan pergi seoul buat pertama kali, Jadi tak tau apa-apale hehehe.
    1.) Budget kalu pegi 4 hari brapa ye agak-agak.
    2) tempat-tempat menarik di seoul saya nak pegi..mungkin akan tinggal di fraser place. Ok ke if jalan2 kaki melawat tempat menarik? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...bajet 4 hari lebih kurang RM1200 sorang utk belanja sana all in...tak termasuk tiket flight tau

      Delete
  21. Salam. Hai awak.. If dr airport nak ke beewon guesthouse..mcmane ye? Dekat tak? Tq awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam....hye Fyd....dari Incheon Internaional airport ke Seoul perjalanan lebih kurang sejam lebih....utk ke Beewon Guesthouse boleh naik bas no 6011 dan turun di Anguk Station atau Bas no 6002 turun di Jongno-sam-ga station.

      peta lokasi ada dalam entri ni http://myfir2u.blogspot.com/2013/10/panduan-itinerary-kembara-ke-korea.html?showComment=1384420411835#c7803557597611755711

      Delete
  22. jangan lupa ke Nami Island ...rugi kalau tak pergi...

    ReplyDelete
  23. Nak mintak tips.. kalau nak carik pakai big size... very2 big size.. kat mana banyak ada jual ye? boleh bagi cadangan?

    ReplyDelete
  24. Nk tnye utk bj baby kat area mane byk ye.?sy pegi dlm 19mac ni,ms tu msh sjuk kn?satu lg utk pampers korea bosomi dimane ye nk dptkn.sbb travel 8ari byk pampers nk gwk sy bercadang nk bli dsane.tp sng x nk dpt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye...dah dekat sangat tarikh nak pergi....baju baby n segala macam barangan baby ada di namdaemun...

      Delete
  25. Salam. Kalo og bulan julai cuaca sama cam mesia gak kan. Mknan dia kalo kt hotel tu halal x

    ReplyDelete
  26. hye awk...sy akan ke korea pd tarikh 23/9/2014-27/9/2014..blom ada tempat tggl lg..kalo blh nk dptkn guesthouse yg tradisional korea,da try survey kt agoda tp da full n ada setgh tu xde yg offer pd tarikh yg sy pegi..blh x bg suggestion guesthouse mane yg paling dekat n menarik??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lusa dh tarikh tu :) have fun in korea.

      Delete
  27. Pasar Dongaemun tu hari ahad buka tak?Namdaemun tutup kan hari Ahad. Saya tengah kursus di Daejeon hari Ahad je free..ingat nak jalan2..

    ReplyDelete
  28. antara namdamun market vs insadong mana lebih murah dan byk pilihan utk beli souvenir?
    and tempat paling best utk dapatkan korea silk dimana ye?

    ReplyDelete
  29. Salam. akak plan ke Korea bulan 7 ini selepas raya. Musim panas ke. Pergi bersama 2 org anak. Mana tempat tinggal Yg sesuai murah, senang makan dan shopping.

    ReplyDelete
  30. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete