Pendakian Gunung Ledang


Salam hormat kepada pembaca yang dikasihi. Post kali ni nak share pengalaman mendaki Gunung Ledang... Saya dah lama bercita-cita nak mendaki Gunung Ledang kerana popularitinya sebagai antara gunung yang sukar didaki dan kisah lagendanya.

Pendakian kami pula tidak dirancang sebab tiba2 lepas dinner kawan kami yang benama cruz hantar whatsapp ajak pergi mendaki Gunung Ledang... kami pun setuju dan terus pack barang untuk mendaki esoknya. Saya dan Isteri bertolak dari rumah di Melaka selepas subuh menuju ke Daerah Ledang

Gunung Ledang terletak di Daerah Ledang, Johor


Untuk mendaki Gunung Ledang, terdapat beberapa trail dan starting Point... untuk pendakian kali ini, kami memilih Lagenda Trail yg bermula di Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Gunung Ledang


Tiba di Pintu Gerbang Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang








Info tentang Taman Negara Gunung Ledang



Pejabat Taman Negara


Sebelum mendaki, kami mendengar taklimat dari Guide. Menurut Encik Guide ketinggian Gunung Ledang lebih kurang 1276 meter dan antara 10 gunung yang sukar didaki di Malaysia... untuk mendaki Gunung Ledang sekarang ni kena ada guide...tak boleh mendaki sendiri.



peta trail pendakian Gunung Ledang... setelah meneliti dengan tekun peta trail Gunung Ledang, kami pun melakukan sedikit senaman regangan dan memulakan pendakian.



Pendakian dimulakan dengan laluan bertangga...tangga ni mula-mula landai tapi makin lama makin curam lah pula


pendaki-pendaki dah mula rasa nak semput...tapi tetap steady


di penghujung laluan bertangga ini terletaknya Checkpoint 1 iaitu Bukit Semput... ternyata namanya amat sesuai kerana berjaya membuatkan pendaki semput. Walaupun semput pendakian masih perlu dieruskan  


pendakian diteruskan...ayohhh

tak sampai beberapa minit dah sampai Checkpoint 2...hooorayyy...
horayy la sangat...kat depan tu banyak lagi cabaran yang bakal dilalui



suasana pendakian hutan khatulistiwa


Checkpoint 3 Batu Orkid



Sudah mendaki sehingga ketinggian 650m



Tiba di Checkpoint 5, Sungai Segi Tiga. Kami berhenti rehat untuk makan pagi di sini


di sini terdapat sungai kecil yang jernih airnya...ada pendaki yang guna air sungai untuk refill bekalan air... airnya memang sejuk dan nyaman...tapi kalau boleh gunakan pil rawatan air sebagai langkah berjaga2..


Antara rakan pendaki yang lain...kebanyakan mereka kami baru kenal...akttiviti mendaki memang best sebab boleh kenal rakan baru yang sama minat outdoor



Selepas berehat, minum dan makan alas perut, kami meneruskan misi pendakian dan Encik guide bagi tahu kami pendakian selepas ini akan menjadi semakin sukar...




memang betul apa yg Encik Guide cakap...tak lama lepas meninggalkan Sungai Segi Tiga, kami dihidangkan dengan laluan berbatu yang curam... laluan ini dinamakan KFC... bukan Kentucky Fried Chicken tau... tapi “Killer For Climber”



setelah melalui pendakian sukar di KFC  kami tiba di Checkpoint 6 Gua Kambing... mbekkkk... tak ada masa untuk berehat kerana kami kena sampai ke puncak sebelum jam 2 petang...sebab kalau lewat tiba kami mungkin akan sampai di kaki gunung bila hari dah gelap.



ok...sedikit update tentang ketinggian...ketinggian pendakian kami kini sudah mendapai 1000 meter dari aras laut


Pendakian sukar berterusan apabila kami tiba di laluan Batu Hampar dimana terdapat banyak batu besar yang curam dan perlu didaki dengan tali



Setelah melepasi laluan Batu Hampar, kami tiba di Taman Bongsai...
Suasana di sini sudah mula berubah kerana jenis hutan telah berubah dari hutan khatulistiwa kepada hutan gunung apabila ketinggian makin meningkat...suhu juga sejuk dan nyaman



Setelah melalui Taman Bongsai, kami tiba di Checkpoint Bukit Botak... tempat ini dinamakan sedemikian kerana kanopi hutan sudah mula hilang...ini menunjukkan kami sudah hampir sampai ke puncak.


Kami meneruskan pendakian kerana tak sabar untuk sampai ke puncak... tapi sebelum sampai ke puncak, kami perlu melalui satu lagi batu besar yang curam.



Akhirnya tiba si puuncak Gunung Ledang atau nama manjanga "Puncak Mahligai"


Melepaskan penat sambil melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Aktiviti mendaki gunung sememangnya aktiviti yang mendekatkan diri kita dengan alam dan memberi ketenangan jiwa dan minda serta menjadikan badan semakin sihat dan kuat...



Bergambar kenangan di batu penanda Puncak Gunung Ledang


Selepas puas bergambar di Puncak Gunung Ledang, kami mencari port yang redup dan rata untuk makan tengah hari... memang seronok dapat makan beramai-ramai di puncak gunung ledang...setelah makan, kami terus turun agar sampai ke starting point sebelum gelap


dalam perjalanan turun kami singgah di Ruang Solat yang disediakan di dalam hutan untuk menunaikan solat zohor dan asar.


jadi misi kami menawan Gunung Ledang berjaya... yesss... sebelum mengakhiri penulisan kali ini, saya ada soalan quiz terkumpul untuk pembaca... soalannya : checkpoint nombor berapakah yang tidak kami lalui sepanjang pendakian ini? 

Melawat Zoo Johor


Hujung minggu adalah masa berharga yang perlu didedikasikan untuk orang yang tersayang... lupakan hal kerja dan bawalah anak-anak pergi keluar berjalan, meneroka dunia yang penuh warna warni dan lakukan aktiviti yang bermanfaat serta menyihatkan bersama.

Baru-baru ini saya telah membawa anak saya Farees melihat dan mengenali haiwan di Zoo Johor... Sebelum ini selalu juga ajar anak mengenal haiwan melalui smartphone dan flashcard tapi sempena hujung minggu yang indah tempoh hari, saya bawa Farees ke Zoo Johor. Secara peribadi saya lebih sukakan Zoo Johor berbanding zoo yang lebih popular seperti Zoo Melaka dan Zoo Negara. Nak tahu kenapa? ikuti kisah selanjutnya


Tahukah anda...
Zoo Johor ditubuhkan pada tahun 1928 oleh Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar dan merupakan antara zoo yang tertua di negara ini dan juga di Asia.


yang paling wow berkenaan Zoo ini ialah tiketnya yang murah dan berbaloi. RM 2.00 dewasa dan RM 1.00 untuk kanak-kanak. Walaupun murah namun terdapat haiwan yang rare seperti harimau, singa dan unta...satu lagi kawasan Zoo Johor rimbun dengan pokok jadi taklah panas sangat bila tengah hari

Farees tak sabar nak melihat haiwan real bersama daddy... jom kita tengok antara haiwan yang terdapat di Zoo Johor ni...



cuba teka apa tu?... bagi yang belum tahu, itulah tapir... 



mari kita lihat dengan lebih dekat

kacak juga encik tapir ni...ggrrrrrrr





ini pula badak air atau nama manjanya hipo... walaupun hipo ni nampak comel dan gebu, namun haiwan ini tersenarai antara 10 haiwan yang merbahaya di Afrika. Gigi badak air boleh memotong buaya menjadi dua dan sebab itu di habitat asalnya badak air tidak ada masalah berendam di sungai yang menjadi lubuk buaya... so guys, don't mess with hipo

aloloo...comelnya... buat cucur badak berendam kang baru tau.....




ini pula ialah jiran kepada encik Hippo...nampak tenang je kan air tu... tapi bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya



ini pula sekumpulan memerang kecil ...haiwan ini lincah dan comel seperti bayi berusia setahun lima bulan... jika anda berminat untuk memelihara haiwan ini boleh baca info di bawah




atau anda mungkin lebih berminat dengan keluarga kucing?.... meowww

datang ke zoo ini memang berbaloi, walaupun tiket masuk hanya RM2 tapi ada harimau... yerla bukan senang nak bela harimau... sehari berapa kilo daging diorang baham kan... bela panda yang makan buluh pun dah berjuta


singa pun ada... abaikan aksi kurang murni yang dilakukan oleh singa jantan tersebut


tapi yang tak dapat saya lupakan ialah unta...sebabnya saya sendiri baru pertama kali dapat jumpa unta yang real sepanjang hidup di dunia yang fana ni... dapat lihat dari dekat pula tu... Farees pun sama teruja nampak unta dari dekat... 


bagi unta makan kangkung... selama ni saya ingat unta makan kurma, rupanya kangkung pun dia makan... tahu la kangkung murah 



Burung yang exotic pun ada dipamerkan di Zoo Johor...

inilah burung yang dinobatkan sebagai burung paling berbahaya di dunia. Kakinya mempunyai kuku yang tajam, kepaknya ada pelepah yang tajam dan kepalanya dilengkapi dengan balung seperti "helmet" yang keras. Burung ini sangat agresif dan serangannya boleh membawa maut kepada manusia.


ini pula burung terbesar di dunia... burung unta


ini pula burung undan yang terkenal dengan kemahiran menangkap ikan... di zoo ini burung undan ini tidak dikurung sebaliknya bebas bergerak di tasik yang terdapat di zoo ini... kadang kadang orang kejar ia...dan kadang-kadang ia pula yag kejar orang... mengapakah burung ini tidak melarikan diri dari zoo? adakah ia sudah berada di zon selesa? satu misteri yang perlu dirungkai



inilah tasik yang terdapat di kawasan Zoo Johor...boleh main go-kart air dengan ditemani burung undan.


Zoo johor sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak kerana kawasannya yang rimbun dan tidak berapa luas dan tidak memenatkan... di samping itu terdapat kawasan kanak-kanak bermain di dalam zoo ini. Mesti kanak-kanak seronok kan


 Farees memang pantang nampak gelongsor... daddy layankan ajer... pastikan anda sentiasa memantau anak anda ketika bermain...safety first


setelah hampir dua jam mempelajari dunia haiwan dan melayan anak bermain, kami pun mengambil keputusan untuk keluar dari zoo dan makan tengah hari sebab perut dah lapar...kami pulang dengan 1001 ilmu yang bermanfaat dan memori yang bermakna.

setelah melihat haiwan yang real Farees pandang haiwan replika sebelah mata jer... dah tak heran ponnn..


Gambar kenangan Farees bersama Daddy dan Umi di Zoo Johor...


Jadi jika anda berkunjung ke Johor Bahru, jangan lupa luangkan masa untuk melawat Zoo Johor...pasti anda tidak akan kecewa... jangan lupa tinggalkan komen ye