Tips Melancong Ke Korea - Siri 1 : Terbang ke Korea sangat mudah


Hye semua... annyeonghaseyo...

Apa kata kita bincang tentang tips2 melancong ke Korea. Saya percaya ramai yang mempunyai impian untuk melancong ke Korea. Tak tau kenapa tetapi populariti Korea semakin melonjak naik di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda mudi. Mungkin sebab hiburan seperti k-pop dan drama korea mahupun faktor ledakan teknologi korea seperti Samsung yang mula mengatasi jepun.

Apa yang selalu bermain di fikiran ialah kos, perjalanan dan bagaimana untuk bergerak ke sana. Anda mungkin terkejut jika saya katakan melancong ke korea sangatlah mudah, lebih mudah dari jalan2 di Malaysia. Saya sendiri telah menjadikan Seoul sebagai tempat melepak yang yang tetap.

Untuk ke Korea secara sah, apa yang diperlukan ialah tiket penerbangan dan juga passport antarabangsa. Tidak seperti kebanyakan negara bukan asean seperti China, Jepun dan Australia, korea membenarkan rakyat Malaysia untuk masuk tanpa memerlukan visa selama 2 bulan. Baik kan kerajaan Korea. Ini sangat memudahkan proses ke Korea kerana tidak perlu ke kedutaan Korea untuk buat visa. Jimat masa dan jimat wang. 

Untuk tempahan tiket, anda boleh melawat www.airasia.com. Air asia menyediakan penerbangan 7 kali seminggu ke Seoul. Harga pula di antara RM 250 sehingga RM 1200 sehala. Saya sarankan untuk menjadi ahli Air Asia dimana anda akan dimaklumkan tentang promosi Air Asia. Saya sendiri pernah mendapat tiket dua hala, pergi dan balik ke Seoul dengan harga RM 500. Sangat murah. 


Ok..mari kita lihat semula checklist untuk terbang ke korea
  • Passport antarabangsa
  • Tiket penerbangan 
Itu saja...mudah kan

Perkara yang penting bila mengembara ialah penginapan. Sebaiknya tempat menginap perlulah dikaji dan ditempah sebelum berlepas ke Korea. Rate kebanyakan hotel di Korea lebih mahal berbanding di Malaysia. Untuk info penginapan di Seoul boleh Baca Cadangan tempat penginapan murah di Seoul 

Bila sudah sampai di Seoul mesti nak jalan-jalan kat sana kan. Berjalan di Seoul sangat senang kerana sistem pengangkutan di sana sangat efisyen.. Baca info pengangkutan di Seoul.

Dan kepada yang nak tau tempat mana yang best kalau jalan-jalan di Seoul, boleh lah baca 10 tempat mesti pergi di Seoul, Korea

Diharapkan agar entri ini memberi info yang berguna dan membantu pembaca yang ingin mengembara ke Korea.


Jika anda berada di sekitar Melaka atau Nilai dan nak jumpa untuk bertanya tentang Kembara Korea secara personal, saya amat berbesar hati untuk share dan alu-alukan.

sms or whatsapp saya --> 012-8698066





37 comments:

  1. Dause kalu Mo jln2 SN... brp Hari paling skurng2ny ... tmpt tgl? Cuba upload

    ReplyDelete
  2. hye padil...kalo nak jalan2 sana paling sesuai dalam 4-7 hari...

    ReplyDelete
  3. salam abg...wan pergi 28 sep to5 oct 2012
    stay at Malaysia Guesthouse kat itaewon..
    :)
    DP pic abg tu kat mne..? and how to go..?
    boleh contx at FB Wan Wawan 0r wanr_one@ymail.com

    ReplyDelete
  4. assalam...nak tanya... macam mane nk jadi members untuk red alert tu.... bila sy google ade yg kate benda tu SPAM sbb nk dptkan contact number kita.... boleh bagi link yang valid tak? tq...

    ReplyDelete
  5. Cuba check kat laman web air asia

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam...adik nak tanya kalau akak sekeluarga nak gi jalan ke korea yg mana ada anak 3 yng berumur 6,5 tahun dan 6 bulan kat mana di cadangkan?atau ada tips2 yg dicadangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...budak2 zaman sekarang untung....kecik2 mak dah bawa g korea....haha... nak kata tak sesuai tu tak juga...,yg penting akak bawa stroller yg sesuai...sorry lambat reply

      Delete
  8. Ade ground pakej tak kalau 3 jun 13 ni..tarikh tu musim ape ye..kalau ade ke jeju island lg bagus utk 2 org n satu kanak2 umur 2 thn..travel agent semua x tarikh berkenaan..berapa hari best berjalan ke sana..5@6 hari ok ke..

    ReplyDelete
  9. salam
    nk tnya klu ke Korea amek tiket airasia ke BUSAN okey ke?? same tak dengan ke Seoul?? klu nk ke Jeju Island mana yg okey?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dapat tiket ke busan murah bawah 800 pergi balik kira ok la....n kalo plan nak kr jeju pon sesuai turun kat busan....cuma kalo plan nak g busan, jeju n seoul pastikan ada masa yg panjang....takut rushing

      Delete
  10. Salam..akak bru je boking tiket ke Seoul 5 Nov ni dgn AA..tp tiket tuk blik ke kl blom booking lg coz akak ingt nk blik sini,amik flight AA dr Busan plak..ingt nk pusing puas2 Seoul n Busan..ape pndgn adik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa....terbaik dari ladang... ok je...yg penting rancang baget n masa dengan sebaiknya

      Delete
  11. klu nak g sumer tmpt tu anggaran perbelanjaan dlm berapa ringgit?

    ReplyDelete
  12. klu nak g sumer tmpt tu anggaran perbelanjaan dlm berapa ringgit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggaran dalam rm 800 je termasuk penginapan 3 malam

      Delete
  13. sy bercadang nak ge seoul bln disember ni melalui kk-manila-seoul.nak tanya sikit berapa lama yg sesuai utk ronda2 kat seoul dan org koera ok tak bahasa inggeris

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak ronda2 seoul dalam 4 hari 3 malam....generasi y korea dah boleh berbahasa inggeris sikit2...org tua payah sket...

      Delete
  14. Salam sdr Firdause, saya merancang untuk ke korea pada penghujung bulan Nov ini. Boleh cadangkan tempat yg sesuai utk anak2 saya bermain salji. Stk

    ReplyDelete
  15. Salam sdr Firdause, saya merancang untuk ke korea pada penghujung bulan Nov ini. Boleh cadangkan tempat yg sesuai utk anak2 saya bermain salji. Stk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...boleh baca entri ni...

      http://myfir2u.blogspot.com/2012/12/main-salji-di-seoul-korea.html

      tapi dalam entri tu saya cadangkan tempat yg mudah tanpa pergi jauh ke gunung...tp bulan nov maybe salji takda lagi or belum tebal...

      Delete
  16. Entries yang sangat menarik. btw kalau nak melancong ke korea make sure bawa makanan je coz kalau xpandai ckp korea itu akan jd satu kelemahan kecuali stay di area iteawon. Ada pelajar yang buat pakej ke korea juga boleh lawati www.koreamuslimtravel.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...saya kalo ke Korea selalu bawa nasi impit segera dan rendang ayam sedia makan tesco...hehe

      Delete
    2. Salam. Blh email saya ground package muslim travel korea-jeju. aisyaa82@gmail.com

      Delete
  17. Salam..kalau ambil tiket kl-busan pastu nk pegi seoul mcm mne?busan-seoul jauh x?busan kt mne tmpt y mnrik??tq:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam....sampai ke airport busan boleh terus naik bas ke busan...lebih kurang 4jam perjalanan

      Delete
  18. Assalam..sy nk tanya sy ingin bercuti ke korea pada 8-13/3/2014...nak tahu time tu musim apa ya.. jika sy stay dekat Lee's Garden Guesthouse 18-12 Namsandong 2-Ga Jung-Gu, Seoul jauh x utk pergi tempat2 yg dicadangkan tu... travel utk 2org jnis transport yg sesuai..memandangkan ni 1st time nk ke sana..minta pandangan..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...time tu peralihan musim sejuk ke musim bunga...area yg awk nnk duduk tu dekat je nak g tempat2 menarik... Naik subway pon ok....

      Delete
  19. salam ... nak tanya saya nak pergi korea dalam bulan 6 dalam 3 orang , mana yg jimat pergi sendiri ker atau ambil tourguide kat sana sebab kita orang x tau jalan kat sana ... boleh bagi pendapat kat email Sailorsakura_84@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...tp nak lagi senang whatsapp...

      Delete
  20. Salam...saya nk ke korea...2 org girls..ada students malaysia yg leh tour guide ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam....ada ramai...most of them are my students...

      Delete
    2. So bole suggest kan tak

      Delete
  21. Sy plan nk ke korea 4org sekeluarga lepas raye thun ni..kami brcadng nk ke seoul-busan-jeju..sy nk tnya..mane lebeh mudah ambl pakej travel agensi atau pegi sndiri..kalau pegi sendiri adakah selamat dah mudah..?tq.
    Sila email add ni ye..tq
    serryain@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...kalo seoul saja boleh buat bag pack tanpa agen...tp kalo sampai ke jeju elok dengan agen....tp cost akan jd mahal

      Delete
  22. Assalamualaikum..

    Sy nk tnya..sy da booking tket ke seoul pd 7hb - 15hb nov...hjat di hati ingn ke jeju 2hr 1 mlm kmudian ke seoul..2 org pompuan shj...boleh cdgkn tmpt2 yg menarik tak? Sbb pestime g obersea bdua..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam....kalau turun ke seoul...n than nak ke jeju saya cadangkan pergi melalui agen pelancongan....sebab jauh tu seoul ke jeju....

      Delete