10 tempat mesti pergi di Seoul, Korea Selatan


Post kali ini nak berkongsi 10 tempat yang wajib dilawati jika melancong ke Seoul, ibunegara Korea Selatan. Maklumat yang terdapat dalam post ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi sahaja. Jadi sebenarnya ada banyak lagi tempat yang menarik di Seoul. Mari kita tengok apakah tempat2 yang perlu anda kunjungi jika ke Seoul...




#1    Gyeongbokgung




Gyeongbokgung merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan.  istana ini dibina pada tahun 1395 selepas masihi (lebih awal dari tarikh Kesultanan Melayu Melaka diasaskan iaitu 1400 mengikut sejarah melayu dan 1402 mengikut suma oriental) Istana ini sangat besar sehingga saya sendiri masih belum menghabiskan lawatan ke semua kawasan di dalam istana ini walaupun sudah empat kali melawatnya.



Kompleks utama Istana

Istana ini kaya dengan senibina tradsonal Korea. Di sini juga kita dapat menyingkap sejarah kegemilangan  Dinasti Joseon Korea. Senibina Gyengbokgung masih dikekalkan dan diabadikan untuk tatapan anak muda Korea dan juga pelancong di seluruh dunia. hari ini, Gyeongbokgung menjadi simbol semangat jitu masyarakat Korea Selatan.


Jika kita berjalan sehingga ke pintu belakang Gyeongbokgung, kita akan sampai ke Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan.



The Korean Blue House. 


Di luar Gyengbokgung, terdapat tempat yang wajib dikunjungi oleh peminat drama City Hunter iaitu Gwanghamun Square...hehe..kenal tak tempat ni?

Kat sini la hero dan heroin City Hunter bertemu for the first time ...

Di Gwanghamun Square ni ada Tugu peringatan King Saejong The Great (salah seorang Raja dinasti Joseon dan beliaulah yang mencipta huruf korea). Terdapat juga tugu peringatan laksamana Yi Sun Shin. Di bawah Gwanghamun square terdapat Museum pringatan King Saejong dan Laksamana Yi Sun  Shin. 




#2   Insa-dong



membeli buah tangan untuk sahabat di Malaysia

Kalau nak beli hadiah dan cenderamata dari Korea untuk keluarga, sahabat dan orang tersayang, datanglah ke Insa-dong. Jalan ini dipenuhi dengan kedai2 yang menjual cenderamata pada pada harga yang berpatutan. Selain itu, kalau fasih berbahasa Korea, boleh tawar menawar.  Kat sini juga ramai aweks korea jual barang2 perhiasan macam gelang, rantai dan lain2...

Kalau anda bernasib baik dan datang pada masa yang sesuai, dapat lihat persembahan kebudayaan di Insadong ni. Sambil shopping boleh belajar budaya Korea.





#3 Myeongdong






Malam di Myeong-dong

Merupakan syurga fesyen dan kosmetik di korea. Di si terdapat banyak kedai baju dan koemetik samada indoor mahupun outdor. Tapi kalau nak pergi sini kena jalan dengan hati2 sebab ramai sangat orang. Dianggarkan seramai 1500000 orang melalui Myeong-dong setiap hari.










#4  Namsan



Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah2 kota Seoul.. Di sekitar Namsan terdapat banyak tempat2 yang menarik untuk dilawati.


Di kaki gunung Namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang2 korea. terdapat juga Seoul Time Capsule. Apa tu Time capsule...

Inilah Seoul Time Capsule...Sebuah batu yang terdapat ukiran di atasnya. Apa yang menarik, di bawah batu tu tertanam sesuatu yang tak ada siapa pun tahu apa bendanya. Time capsule ni hanya akan digali 1000 tahun lagi dan ada rahsia besar yang bakal diketahui oleh orang korea masa tu. Tapi yang lebih menarik, atas batu tu ada ukiranyang ada  nama Allah.... Jeng Jeng..Kalau tak percaya datang dan lihatlah sendiri ...

Untuk sampai ke puncak namsan, terdapat 3 cara.
  1. Naik cable car..
  2. Naik bas (kenderaan lain tidak dibenarkan masuk)
  3. Jalan kaki...trek dan tangga pejalan kaki disediakan


yeyyyy....sampai ke puncak Namsan dengan berjalan kaki

Kat atas puncak Namsan pon ada macam2.... antaranya:

Namsan Tower...menara telekomunikasi Seoul...mcm Kl tower la lebih kurang. Kat atas tu ada restoran dan tempat untuk bersantai sambil melihat keindahan Seoul dari atas.




Teddy Bear Museum... kepada peminat2 teddy bear kenalah datang sini. Boleh tengok macam2 teddy bear dan ada yang boleh beli... pssstttt...saya dah beli dua teddy bear untuk buah hati saya dari sini.. hehe hemo hemo


kat puncak Namsan juga ada orang buat pertunjukan tarian dan seni mempertahankan diri korea....best2



yang paling terkenal kat namsan ialah love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan...



Haaa....letak nama siapa tu ...hehe


Tapi yang paling best kat namsan ialah...............


ada lopipop yang sedap untuk dikongsi dengan kawan2....ahaksss



#5   Itaewon


Kalau nak cari makanan halal kat Korea, pergi lah ke Itaewon. banyak restoran halal kat sini. Macam-macam pilihan ada, nasi arab, kebab, masakan india, dan juga masakan Malaysia. masakan korea yang halal pun ada











di Itaewon juga terdapat Masjid Besar Korea. Kepada yang muslim kalau melawat Korea kenelah pergi sini. Lihat bagaimana syiar Islam bertapak di bumi asing.









# 6   Cheonggyechon Stream.






Merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul, namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Pada tahun 1970, anak sungai ini pernah hilang dari bumi Seoul akibat kekurangan punca air dari gunung dan pembangunan pesat di tebing sungai. Pada tahun 2005, kerajaan Korea selatan memulakan usaha memulihara sungai ini. Yang menariknya, punca air sungai ini diperolehi dari mata air bawah tanah. Kini, anak sungai cheonggyechon merupakan lokasi untuk warga Korea bersantai selepas penat berkerja. Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam. Terdapat air pancut dan air terjun di permulaan sungai dan pelbagai ukiran seni di sepanjang tebing sungai. Saya sendiri selalu menyusuri sepanjang sungai ini  dari permulaan sungai di Cheonggye plaza sehingga ke Dongdaemun. Terasa seolah2 menyusuri sejarah Seoul yang panjang dan mengkagumkan.




Pada awal november setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, cantik dan unik sempena festival tanglung Korea. Saya berasa bertuah kerana berpeluang melihat sendiri festival ini pada musim luruh 2011

tanglung yang besar dan unik diletakkan di sepanjang sungai . Cantik sangat..




#   7   Hangang Park

kalau sesiapa yang suka beriadah, boleh la berkungjung ke Hangang Park. Terdapat banyak taman di sepanjang sungai Han dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. Tteukseom Theme Park, tempat mandi manda dan beriadah terutamanya pada musim panas Pada musim sejuk, taman tema ni akan bertukar menjadi medan untuk main luncur salji....


best tau main salji kat sini...tak payah la pergi kat i-city or kat genting...tak real. Kita juga boleh menyewa basikal kan berbasikal di sepanjang sungai Han.. mmg best sebab nyaman dan tenang... 












# 8  Banpo Moonlight Rainbow Bridge



inilah antara benda yang tercantik di Seoul selain awek korea yang sweet dan putih..hehe.
merupakan jambatan yang besar ( 2 tingkat) dan panjang dan dihiasi dengan air air pancut yang berwarna warni. Air pancut tu siap boleh menari lagi.  Ada dua cara untuk menikmati keindahan di rainbow bridge ni. Yang pertama pergi ke tepi jambatan ni macam dalam gambar kat atas. Boleh naik subway dan turun kat stesyen Dongjak, lepas tu jalan kaki dalam 5 minit.
Cara kedua dengan menaiki bot dari stesyen yoneorui. Memang best naik bot ni terutamanya kalau pergi dengan girlfriend. kalau bernasib baik boleh dapat bot yang ada live band. tapi yang paling best bila boat ni dah sampai di tempat air pancut berirama. Siap lalu bawah lagi... habis basah...hehe



#  9    Lotte World




Kalau anda rasa pergi Genting best, saya pulak rasa pergi Lotte World 10 kali lagi best... Taman Tema indoor dan outdoor ini memang hebat. Terdapat pelbagai permainan yang boleh menyebabkan adrenalin  rush..


sebenarnya ada satu lagi taman tema yang besar di Seoul iaitu Samsung Everland tapi saya tak pernah pergi coz terletak agak jauh pusat bandar Seoul. menurut kawan korea saya Sinae, Samsung Everland lebih besar berkali2 ganda berbanding Lotte World...ni kene pergi ni


# 10   Pulau Nami

Tempat ni tak payah nak perkenalkan. Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia, Panggilan Pulau Nami. Pulau Nami memang cantik tak kira apa musim sekalipun.
Pulau nami terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul. Terdapat dua cara untuk ke sini. Yang pertama dengan menaiki bas yang boleh didapati di Inda-dong. Kedua dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di Stesyen Gapyeong. kemudian naik teksi sampai ke jeti 


berbasikal ketika musim sejuk



musim luruh di Nami. Cantik kan

kepada pembaca yang merancang pergi ke Seoul, Korea, diharapkan post ini memberi infomasi yang berguna..
Dan yang sudah sampai ke tempat2 di atas, apa pendapat anda?. Jangan lupa bagi comment yer



saya dah kembara bersama dan berkongsi cerita di tempat menarik di Seoul bersama isteri...anda bila lagi?


Jika anda berada di sekitar Melaka atau Nilai dan nak jumpa untuk bertanya pasal Kembara Korea secara personal, saya amat berbesar hati dan sedia untuk share dengan anda.

sms or whatsapp saya --> 012-8698066

337 comments:

  1. Boleh tak suggest hotel mane yang paling dekat dengan semua tempat yang awak suggest di atas? Thank you...

    ReplyDelete
  2. Jongno cutee hotel....boleh tengok kat asiarooms.com

    ReplyDelete
  3. I nak pergi lah semua tempat dalam blog ni...

    ReplyDelete
  4. bila dah sampai seoul tak lengkap kalau tak pergi tempat2 ni

    ReplyDelete
  5. kalo nak gi autumn, nak tgk daun2 kekuningan n kemerahan..october or november?

    ReplyDelete
  6. Oktober dah boleh pergi...jangan lupa bawa speck hitam coz matahari sgt silau time ni...tapi suhu dah nyaman n sejuk...kalau boleh

    ReplyDelete
  7. Thanks.noted.

    ReplyDelete
  8. kalau bulan 3 rasa2nya dah masuk musim spring ke? ada tak tempat2 yg bnyk bunga?

    ReplyDelete
  9. Bulan 3 dah spring tapi masa yg nyaman dan mekar antara minggu pertama n ketiga April. Boleh pergi ke Everland mahupun Seoulland untuk menghayati keindahan ros, tulip n sakura sambil bersuka ria di taman tema.

    ReplyDelete
  10. good info, sy plan nk pegi seoul bln 6...spring time ke?

    ReplyDelete
  11. Bulan 6 dah masuk summer...panas n tak lawa sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...so xdpt le tgk bunge2 la eh huhu

      Delete
    2. Nak tengok bunga elok pergi bulan 4 n 5

      Delete
  12. Salam. Singgah & follow ,dlm pencarian info tentang korea

    ReplyDelete
  13. Salam, kalu stay dkt Guesthouse INES INN,17 Noksapyeongdaero40da-gil Yongsangu
    SEOUL, dkt ke dgn tmpt2 menarik mcm yg awk pegi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yongsan...emr...tak jauh sangat dari namsan n hangang... kalau tempat penginapan awk dekat ngan subway station kira ok je...hehe

      Delete
  14. Salam, kalu stay dkt Guesthouse INES INN,17 Noksapyeongdaero40da-gil Yongsangu
    SEOUL, dkt ke dgn tmpt2 menarik mcm yg awk pegi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..Yongsan masih dekat dengan tempat2 ni n boleh naik subway

      Delete
  15. Salam...korea musim sejuk bulan brapa?

    ReplyDelete
  16. Wsalam...bulan dec hingga feb... Nak meriah pergi time christmas

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Firdause pergi bercuti di sana,bajet berapa?Kos utk 1 org. Atau En.F gna pakej perlancongan?

      Delete
    2. baget dalam RM 2000 jer...tak guna travel agent or pakej pon

      Delete
    3. oo.. Berapa hari tempoh En F berada di sana?

      Delete
  17. saya dh plan nk g ke gwangju bln 3 nnt.. ada x tempat menarik kt sana?

    ReplyDelete
  18. Gwangju....tempat saya praktikal dulu... 6 jam perjalanan naik bas dari Seoul. Gwangju tak banyak tempat perlancongan berbanding Seoul. Tapi boleh pergi ke chongjangro untuk shopping n mendaki gunung mudung...kat sana ada stadium world cup juga...

    ReplyDelete
  19. Hi...i'm going there in march. Would i able to go to all those places except for nami island within 3 days? It is enough time?

    ReplyDelete
  20. Hye...if you plan your maneuvar well you will cover all the places that I mention

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi firdause
      Will u assist me with my itinery?
      If u do...please email me personally at azas1975@gmail.com.
      Thanks

      Delete
    2. May I know when is your trip?. I will be at Seoul from 25 to 28 march

      Delete
    3. I wish we will meet there but unluckily we wont since i'll be there from 17th to 20th of march

      Delete
    4. So....would u help us ? We need to arrange which places to visit in same day.

      Delete
  21. salam...
    dari Incheon ke Gwangju by bus brp lama ye? tiket nak beli kat mana, ada online ticketing ke? saya akan ke gwangju bln 3 ni.. travel sorang sbb tu risau sket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dan isteri ke Korea Selatan.Kalau awak nak join..............jom!!!!!Kami tak booking apa2 hotel dan hanya buat tempahan bila kat sana.Minat call saya 019-2792041.FYI,Kami pergi dari 18/3 hingga 24/3.

      Delete
  22. Wsalam... Dari incheon ke gwangju perjalanan dengan bas lebih kurang 6 jam...nnt ada singgah satu rnr untuk makan n toilet. Bas sangat senang kalau kat airport. Dekat luar arrival ada kaunter bas. Cakap je gwangju nnt dia bagi tiket. Harga tiket tak salah saya 30000 won. Comfirmkan platform bas dan nombor bas

    ReplyDelete
  23. As Salam Firdaus.

    InsyaAllah saya akan ke sana pertengahan bln Mac ni... rasanya sempat tak nak pegi semua ni, sbb 4 hari jer kat sana..stay kat Myeongdong..

    zarul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam zarul...insyaAllah sempat

      Delete
    2. Saya dan isteri ke Korea Selatan.Kalau awak nak join..............jom!!!!!Kami tak booking apa2 hotel dan hanya buat tempahan bila kat sana.Minat call saya 019-2792041.FYI,Kami pergi dari 18/3 hingga 24/3.

      Delete
  24. Kalau nk ke lotte world camne? Nk turun kt stesen pe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik subway turun kat stesyen jamsil...exit no 4

      Delete
  25. wahh dh mcm org korea.info yg sgt berguna.

    ReplyDelete
  26. Salam Firdaus,

    sy akan ke korea on End April - Early May insyallah.
    1)How long duration is the best to stay to ensure semua tempat dpt di visit?
    2)Boley tlg sy create kan itenarary yg best tak?
    3)I plan nak membeli sutera korea..di mane tempatnye? ade idea about the price

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...end april-early may musim bunga tapi sakura dah takda... Minimum duration yang sesuai untuk explore area seoul n pulau nami 4 hari tolak hari perjalanan dalam flight.

      Dekat blog saya ni ada cadangan tuk basic itenarary for 3to 4 days

      Korean silk boleh try cari kat namdaemun market. Korean brooch pun popular n banyak kat situ

      Delete
    2. korean silk paling banyak di dongdaemun
      ni saya jumpa pakej orang malaysia yang dah menetap di sana 6tahun
      murah dan berbaloi ambil

      try search 'jeju tnt'

      Delete
    3. JEJU TNT (jejutnt@gmail.com)

      Pakej Seoul + Nami
      1D: RM700
      2D1N: RM950
      3D2N: RM1250
      4D3N: RM1500
      5D4N: RM1700
      6D5N: RM1900
      7D6N: RM2100

      INCLUDE:-
      Accomodition, Transportation, Food (lunch, dinner), entrance and guide fee

      *guide merupakan malaysian yang dah duduk di Korea selama 6tahun
      *kelebihan pakai pakej nie, tahu tempat murah untuk beli brooch,souvenir dan kain (tempat borong yang hanya menerima pelajar Malaysia)
      *itienary boleh ditukar berdasarkan keselesaan pelanggan

      Delete
  27. salam firdause....saye akan ke sana in sha Allah pertengahan bulan april..ape yer yang menarik pada bulan tu.....dan saya nak tanya pendapat awak...saya akan bawa anak kecil saya yang berumur 2 tahun bersama seorang kawan saya (bertiga)...apa persediaan yang perlu saya lakukan di sana...adakah pada masa itu sejuk sgt....permukaan perjalanan pula bagaimana..sbb saya akan bawa stoller...adakah sukar utk ke gunung namsan tu....dengar cerita tangga di sana tinggi2...ada tak kemudahan utk bawak stroller.....cukup tak budget saya untuk 7 malam sebanyak 3k-4k.....rancang nak ke pulau jeju tapi x guiders ke sana.....in sha saya akan stay di hongdae.....jauh tak dr tempat2 yang hendak dituju....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam n hye merah jambu...hehe. Mid april antara masa terbaik melawat korea sebab time tu cheery blossom @ sakura berkembang mekar. Suhu sekitar 17 degree n dah tak sejuk sangat. Time tu ada banyak spring festival. Jangan lupa pergi ke everland tuk tengok bunga sakura, tulip, ros n banyak lagi bunga for everland spring festival. Dari segi persediaan mcm biasa, baju tebal...losyen pelembab kulit...lips balm... Kasut n beg yang selesa sangat penting. Saya advice tanya doktor kat klinik untuk nasihat kesihatan bila ke oversea terutamanya untuk baby. Stroller bawa yang kecil n ringan. Kat korea sangat stroller friendly n bicycle friendly. Dont worry..budget tu dah lebih dari cukup..hehe. ..cuma saya tak syorkan sangat stay kat hongdae...cuba cari tempat penginapat kat area itaewon or jongno..harap membantu..

      Delete
    2. terima kasih kerana reply msg saya ni...waaa tak sabar nak ke everland..jauh ke eh...di mana saya boleh dapatkan info ttg festival tu eh...sblm itu saya nak tanye awak....ade masalah tak nt di imigresen korea kalau saya bawak makanan seperti megi..sambal kering..roti...hehehe first time jalan jauh sgt nih..hehehe...dan sebelum pulang ke msia ade tak sebarang tax dikenakan di airport....tq

      Delete
  28. Everland jauh sikit tapi boleh naik subway... Taip jer kat google seoul everland spring festival... Makanan tu kalo boleh jangan bawa dalam hand lugage....

    ReplyDelete
  29. Info sgt berguna.so,masa yg cantik g korea mid april ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups...tapi sakura ni tak menentu...kadang2 awal...kadang2 lewat...n cepat gugurnya bila hujan

      Delete
  30. TQ Mohd Firdause, very informative.

    ReplyDelete
  31. salam.. kalau first week april depan, suhu kat sana macam mane. tq

    ReplyDelete
  32. hi firdaus! i plan to go seoul end of this september around 25th onwards... okay tak? how's the weather?

    ReplyDelete
  33. oo...time tu autumn...dingin, nyaman dan kuning kemerahan...tapi matahari agak silau...so bawa spec hita,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. akak planning to go to Korea from 28/3 till 4/4 for conference. Just wonder if the signages there are all in Korean ataupun ada yang Englishnya. Senang ke nak travel without tourist guide?

      Delete
    2. Wsalam kak.. Which area is the conference? If Seoul u don't have to worry...they has english signage.. Travel without tourist guide at korea is easy as long you has good map...and if you want to ask direction, don't be hesitate to ask korean youngster with the help of the map. Dont ask korean eldery.

      Delete
    3. Thanks Firdaus. Really appreciate your fast reply. The conference is in Seoul (Olympic Parktel Hotel). Akak ingat nak duduk apartment kat Gangnam (senang masak). OK tak tempat tu?

      Delete
    4. Oo...tak pernah duduk plak tempat tu so takleh nak comment secara specific...tapi secara umumnya tempat menginap kat korea ni kita tak leh harapkan ruang yg luas sebab mmg kebanyakkn ruang kediaman org korea ni kecik. Tapi kalau dapat harga bawah RM 150 per night...ada dapur n dekat dengan subway station kira tempat tu

      Delete
  34. assalammualaikum firdause....nak tanya.....sy akan ke seoul pada 19.8.2013 hingga 25.8.2013....so nak mintak pendapat ttg ape yg leh buat spjng kat sane.....kalo ader free email je kat firdausdarwis_83@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...boleh melawat tempat2 menarik yg sy share dalam blog ni....dan time awk pergi tu musim panas saya cadangkan awk main luncur salji indoor dekat woonjin playdoci

      Delete
    2. ok firdauese......bleh sy dpt email awk.....senang utk communicate.....

      Delete
  35. assalamualaikum.. info yg sgt berguna.. hehe.. TQ! tgh research tempat2 menarik nk pergi masa trip ke Korea October ni..
    hehe.. tak sabar pula nak ke sana.. btw, ada tips tak utk ke sana if pergi sendiri?? tak guna khidmat tour guide..
    Dr segi pakaian semua camane ya??

    sy nak tau more details.. dr segi penginapan.. sy pergi sana 9 hari 8 malam..

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum.. info yg sgt berguna.. hehe.. TQ! tgh research tempat2 menarik nk pergi masa trip ke Korea October ni..
    hehe.. tak sabar pula nak ke sana.. btw, ada tips tak utk ke sana if pergi sendiri?? tak guna khidmat tour guide..
    Dr segi pakaian semua camane ya??

    sy nak tau more details.. dr segi penginapan.. sy pergi sana 9 hari 8 malam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...tips untuk pergi sendiri...emr...yang pertama kene banyak study sebelum pergi sana...kedua kene tahu benda basic seperti nak menginal kat mana...nak makan camna...nak guna transport... Semuanya ada dalam blog ni... Pakaian untuk bulan oktober pula mcm pakai g genting or cemeron highland...bawa juga sun glases n losyen sebab walaupun sejuk tp mentari agak silau n udara kering...

      Delete
  37. Salam firdause,

    Sy akan terbang ke sana in 2 days. Can't wait! Will be there for a 5-day visit. A friend of a friend of mine yg tlg uruskan our trip dh bg itenarary. Ada pergi namsan hanok village. Dia 2 different places ye namsan village & the palace. And will go to namdaemun & dongdaemun market. Which place i could buy kain pd harga yg berbaloi-baloi & mana pulak place yg sy boleh beli souvenirs (t-shirt, keychain,fridge magnet,brooch) dgn harga yg berbaloi-baloi jugak. :-)

    ReplyDelete
  38. Oh...akan ke myeongdong juga.sy rasa itu pun satu tempat utk shopping jugak kan? Thanx in advance, firdause. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berSeoul dan berKorea...haha

      Delete
  39. tq..inya agak membantu...sy br nak g mggu ni...

    ReplyDelete
  40. Salam En Fidause,

    Jika bercuti pada awal Dec contohnya 11/12/2013 adalah musim sejuk dan berapa anggaran suhunya? adakah sesuai untuk sebarang aktiviti?

    Terima kasih
    Malik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mer...time tu suhu memang sejuk especially untuk orang negara khatulistiwa mcm Malaysia. Aktiviti outdoor yang sesuai ialah menikmati keindahan musim sejuk, ice skating n snowboarding. Aktiviti lain macam melawat taman tema memang tak sesuai...kalau naik roller coaster memang rasa mcm nak tercabut muka kerana angin dingin.

      Delete
  41. assalammualaikum sahabat..Banpo Moonlight Rainbow Bridge ni area mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslalam sahabat...Bridge tu kat area banpo...dekat dengan dongjak subway station (line 4)

      Delete
  42. Hujung bln nie saya akan ke korea.. tp tmpt yang pegi adalah Suwon.
    so, semua tmpt nie jauh tak dari suwon??

    ReplyDelete
  43. Emr....sebenarnya agak susah nak mendefinasikan jauh atau dekat sesuatu tempat di korea... Sebagai contoh Secara psikologinya 5km di Malaysia dan 5 Km di Korea terasa amat berbeza kerana sistem pengangkutan korea yg cekap dan mantap...anyway bila sampai di korea benda penting yg perlu dibuat ialah kenal pasti subway stesyen yg terdekat dengan tempat anda menginap... Subway akab bawa anda ke semua tempat menarik korea dengan mudah dan berpatutan...

    ReplyDelete
  44. Actually nie pengalaman pertama saya ke korea. so perasaan takut tu of coz la ada. Tapi sebab niat dah nak pergi berjalan so kenalah beranikan diri. bila naik subway nie kita kena bayar cash atau mcm mn? and cara yg lebih mudah mcm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo...pergi ngan sapa...berapa haribulan?... Elok beli t money card kat 7e korea...kat airport ada...

      Delete
  45. Pergi dengan sorang lg mbr. tp mcm sy ckp la. kitorg dua2 xde pengalam lg. 29hb next week. T-Money tu cam Touch N Go kita kat sini ea? maksud u Kat airport korea ke?

    ReplyDelete
  46. Yups..kat airport korea tu nnt... Camni...I ada student kat Korea n tinggal kat area suwon...nnt 25 minggu depan g korea jumpa dia I bgtau pasal u...dia tu boleh dihubungi via FB....kalau u guna phone yg ada wifi senang skrt nak ber FB sebab korea kaya dengan wifi

    ReplyDelete
  47. Stundent u laki pempoan? I ok je, xde hal. yg penting sampai kat sana dgn selamat n enjoy ngn my holiday. Rugi klu dh ampai sana x pegi semua tempat. okey pape hal u bgtau la. i nak out dh nie.. my FB Sue Nar

    ReplyDelete
  48. oke2.. thanks. nnt pape hal i masuk kat blog u nie je.

    ReplyDelete
  49. salam..nice blog..saya just nak tnya sikit...saya travel ke korea end of November this year..walaupun lambat lagi..tapi saje nak prepare awal2...time tu dah masuk winter ke blum lg ye?cuaca macm mana kat sana time tu..n sesuai tak kalau saya nak ke yongpyeong ski resort time tu?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam....thanks...end of nov dah masuk winter...cuaca sejuk n ski dah buka

      Delete
  50. salam..nak tnya la cmna nak book hotel Jongno cutee hotel tu?kalu kat agoda kena ada kedit card ke? sy nak p korea bulan 5 nanti..rsa2 cntik x cuaca dia?heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JEJU TNT (jejutnt@gmail.com)

      Pakej Seoul + Nami
      1D: RM700
      2D1N: RM950
      3D2N: RM1250
      4D3N: RM1500
      5D4N: RM1700
      6D5N: RM1900
      7D6N: RM2100

      INCLUDE:-
      Accomodition, Transportation, Food (lunch, dinner), entrance and guide fee

      *guide merupakan malaysian yang dah duduk di Korea selama 6tahun
      *kelebihan pakai pakej nie, tahu tempat murah untuk beli brooch,souvenir dan kain (tempat borong yang hanya menerima pelajar Malaysia)
      *itienary boleh ditukar berdasarkan keselesaan pelanggan

      Delete
    2. Hye JEJU TNT... jom bekerjasama share info pelancongan Korea

      Delete
    3. Boleh bg details tak klu nak pegi on November 2013 nie dan pakej sekali..

      Delete
  51. PM Anonymous28 March 2013 15:40

    ReplyDelete
  52. Salam.. Fir Nak Tanya Dari Hostel Korea, Macam Mana Guide To Lotte World.. Tenkiu.

    ReplyDelete
  53. Dekat hostel korea tu ada subway station sinseoldong. Naik line no 2(warna hijau) dan turun di station Jamsil. Nnt kat station tu cari signboard ke lotte world...or boleh naik taxi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Hostel bole terus naik teksi yer... Lagi senang... Sebab sorang2 nanti naik subway mau terlepas kemana2...

      Delete
  54. Kalau sorang elok naik subway kot....kalau berempat plak elok naik teksi...tapi kalau bajet banyak ok je naik teksi

    ReplyDelete
  55. mana tempat nak pakai hanbok(pakaian tradisional korea) di Seoul?

    ReplyDelete
  56. Kat gyeongbokgung n kat tourist info dekat myeondong

    ReplyDelete
  57. assalam, nak tnya sya dan group akan melancong ke korea..better ambik tour guide or backpacker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam....berapa orang ahli group n berapa bajet sorang?

      Delete
    2. Kalau dalam 4 or 5 orang best kalau buat backpacking...tapi kalau lebih ramai dari tu elok cari tourist guard... Harap membantu

      Delete
  58. Assalamualaikum.. En. Fir, saya akan ke korea pada 30-5mei 13. Nak tanye, hotel kt area maner yg sesuai kami tinggal. Memandangkan masa yg terlalu singkat kami ke sana, blh x suggestkan tmpt yang wajib kami lawati. tq en fir!

    ReplyDelete
  59. wsalam....saya cadangkan hotel or guesthouse around Jongno....situ kira centre n senang nak g mana2....tempat2 yang dicadangkan boleh baca dalam blog ni...hehe

    ReplyDelete
  60. salam bro firdaus.. saya akan ke seoul 3-9 jun..
    masih tiada tmpt utk stay lg.
    boleh cdgkn guesthouse yg ada kmudahan dpur skali?
    rmbgn kmi 4 org.. dan leh suggest x kwn2 kt sana yg leh jd guide kmi utk 4-5 hari?
    email saya.. eimranjoe89@gmail.com
    trima kasih bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...kalau guesthouse yg ada dapur saya cadangkan Malaysian Guesthouse yang terdapat di itaewon...

      Ni link nya http://malaysianguesthouseinseoul.blogspot.kr/2012/01/guesthouse-in-itaewon.html

      Kawan kat sana orang Korea...dorang pun kerja n bukan tourist guard...so susah sket

      Delete
  61. slm firdaus...saya nk ke korea 18 april 2013 ni..time tu sejuk sgt x.perlu bwak sweter bnyk2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. please reply ya..last minit survey ni..

      Delete
    2. wsalam...sorry lambat reply sebab busy sikit.

      berkenaan dengan suhu dan pakaian yang sesuai tiada ketetapan yang boleh dibuat sebab suhu di sana sukar dijangka. Contohnya pada 25 mac lepas saya pergi nasa suhu sejuk dan hari berikutnya suam sikit dan boleh buka jaket. Tapi pada minggu berikutnya suhu turun semula hingga terjadinya fenomena yang jarang berlaku iaitu salji pada musim bunga...

      so cara paling selamat ialah being flexible..pakai baju casual biasa macam kat Malaysia tapi sentiasa stanby dengan spring jacket or sweater....

      harap membantu

      Delete
  62. klu pergi 4 orang perbelanjaan gi sana cukup x 4000.00

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup kalau rancang dengan baik n tak shopping sangat

      Delete
  63. salam en.firdaus,
    sy akan bercuti flight ke BUsan, Korea pada 2/9/2013(isnin)-8/9/2013(ahad). Time tu agak2 musim pe? Luruh ye? smpi je ke busan bercdg trs ke Jeju, rabu ke Seoul & jumaat bru nk jln area BUsan? ade suggestion tak utk tmpt-tmpt yg menarik selain di Seoul spt di web ni? i more kami ge 7org..sdg dr tour guide (budget dlm 2+++ je untuk 6hari disane..ade sesape leh bntu??-Edda

    ReplyDelete
  64. klu blh budget less than that lg berbaloi..xnk shopping sgt..more pd melawat tempat menarik..hihiihi tq-Edda

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum,
    1.Ahjumma nk gi korea bln dis 10th,agak2 baju sejuk winter ,long john tu wajib bawa brp ek?
    2. guest house charge lain tak musim sejuk -maklumlah bnyk guna pemanas?
    3. flight sampai busan ..plan gi Jeju then naik flight gi Seoul..then last day di seoul naik KTX ke Busan ..kalau bli tiket standard dia tulis seating? standing? to mendenya?
    4.Ulsan dekat tak ngan Busan agak situ ada pelabuhan yg worth di jenguk tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...banyaknya soalan...takpa, I cuba jawab one by one
      1. Longjohn bawa 2 pasang pun takpa...pakai gilir2 hari sebab tak berpeluh sangat
      2. Kebanyakkan charge lebih time winter...hee
      3. standing tu no gerabak...katakan no 7, so nnt kat platform berdiri kat lantai yg ada no 7 supaya tak sesat masuk gerabak lain. Seating plak no seat.
      4. Pelabuhan bukan interesting sgt pon...tapi kalo kat Korea Busan la tempat dorang buat aktiviti pantai... hehe

      Delete
  66. Salam en fir..
    Saya akan ke korea melalui busan pd 17.02.2014 sampai 21.02.2014..kalau boleh sy nak stay di seoul..tp xtahu cara nak pergi ke seoul..boleh bantu naik apa dan kos nya..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tlg reply : dr busan ke seoul naik ktx (ketapi laju) @ naik bas.

      Delete
    2. wsalam...sorry lambat reply....g camping dalam hutan seminggu...hehe... Dari busan ke Seoul boleh naik KTX...bas pon boleh...dua2 pon selesa...tapi kalo naik keretapi lagi cepat n murah

      Delete
  67. helo Firdause,
    Blog awk sgt2 berinformasi utk sy n semua yg lain 'kaki jln'.Sekadar btanya,selamat tak kalo nk jln2 ke seoul/busan ni sorang2? perempuan lak tu.1st time g melancong luar dr Malaysia. Thanks a lot for ur information.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emr....kalau perempuan elok berteman...kalau takda teman saya boleh temankan..haha (gurau je)...

      Delete
  68. salam..InsyaAllah akan pergi ke korea september ini..tiket dh book cuma tpt stay n how's the weather like. dh autumn ke time tuk.. plz advise...anyway info yg you share are good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam zai...september dah autumn cuma suasana autumn tu lebih jelas bila kat hujung september berbanding awal september... suhu mcm kat genting or cemeron highland...tak sejuk sangat tapi boleh lah pakai jacket...tq for supporting my blog

      Delete
  69. Byk info berguna kt blog awk.sy g korea 24-28 mei ni..x amk pakej pon.redah je.teruja ada.tkt pn ada..agak2 time tu suhu bpe ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq...suhu time tu sederhana je.. sebab dah hujung musim bunga n nak masuk summer

      Delete
  70. salam encik firdause, me and my family akan ke seoul on 5th of may until 15th of may.... ikut my husband sbab ada exhibition kat KUKDO Hotel, Myeond-dong. hotel tu dekat x dgn tempat2 yg encik suggest kn tu? and suhu masa tu sejuk ke? pakaian mcm mana yg sesuai? sy ada baby yg berumur 6 months.....and we thought after the exhibition tu nk tukar hotel yg dekat dgn town, cuma i x tau if KUKDO Hotel ni near to town ke atau cam mana? if Grand Hyatt hotel tu is it at town area ke? Grand hyatt or KUKDO Hotel dekat dgn subway ke?

    -Terima kasih- mid

    ReplyDelete
  71. Wsalam..haa kantoi tak g mengundi....gurau je jangan marah naa...kalau kat area myeongdong memang dah kat bandar n dekat dengan tempat2 menarik...bulan mei dah tak sejuk sangat... Suam2 kuku je...pakai mcm paki kat malaysia n standy jacket in case angin sejuk.. Plan kukdo hotel or grand hayatt boleh disemak di laman Agoda.com.

    ReplyDelete
  72. nampaknya kami buang undi lh kat sana heeeeeee....thanks sbab byk info yg berguna yg kami dpt dr blog encik ni, tp nk tanya Yongsan-gu, jauh tak? klu kami nk sewa kereta kat sana, senang tak nk drive kat seoul tu?

    thanks -mid-

    ReplyDelete
  73. Hi En F! Saya sefamily (2adults + 3 children) akan ke Seoul 21-25/11/13. Plan 1st day nk gi Lotte World, 2nd Nami + Mt Soerak. 3rd Yongpyeong. 4th Everland klu smpt. 5th pagi City Tour Bus sblm balik... plan stay kat Itaewon... pd u ok x ke padat sgt, atau susunan dia x betul? Tolong bg your advice boleh, ikut pengalaman u? Btw, I simply love your blog! Very informative, dh boleh bayangkan tpt2 yg nk gi...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...tq for loving my humble blog... Pada pendapat... Sampai ke seoul n fly balik ke Malaysia pukul berapa?... Rasanya trip nami tu tak sesuai combine ngan mount sorak sebab mcm tak cukup masa. Emr...anyway maybe boleh pilih satu je theme park samada lotte world or everland...hee

      Delete
  74. Salam Mr F.. Biasa ke Busan tak? boleh cadangkan tempat menginap yang selesa dan hampir dengan public transport kat sana? blog ni mmg sgt membantu. tkasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya tak prefer Busan...tapi boleh jadikan busan sebagai hub ke jeju island n seoul n just spend 2 hari untuk jalab2 kat busan

      Delete
  75. en F... sesuai x pg melawat korea bulan 11...da start musim sejuk kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan 11 tak lawa sangat sebab sejuk tapi salji tak banyak lagi...tapi kalau awal bulan 11 ada sikit suasana musim luruh...

      Delete
  76. salam,,,sya nk pegi 27 mei ni,,cuaca kat sna mcm mne ye?perlu ke bwk sweater?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam....27 mei suhu dah panas...sweater nipis boleh bawa for stanby purpose

      Delete
  77. Awal bln 11 dh gugur ke daun?

    ReplyDelete
  78. Bila musim salji. Adakah seluruh korea selatan kena, atau tempat-tempat tertentu sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim salji bulan 12 sampai bulan 2...semua tempat ada tapi kat jeju mcm kurang

      Delete
    2. ok, semua tempat ada salji. dia punya salji heavy kena duduk bilik atau boleh keluar-keluar pergi jalan. sesuai tak pergi korea musim salji. tq to firdause.

      Delete
  79. Ade ground pakej tak kalau 3 jun 13 ni..tarikh tu musim ape ye..kalau ade ke jeju island lg bagus utk 2 org n satu kanak2 umur 2 thn..travel agent semua x tarikh berkenaan..berapa hari best berjalan ke sana..5@6 hari ok ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan jun dah summer... kalau nak ground travel agent cuba check kat www.subwaylajuuu.blogspot.com

      Delete
  80. Bleh atur pakej ke sbb tgk ade yg nk pi 3-9jun tu..meriah lagi..hehe

    ReplyDelete
  81. SALAM FIRDAUSE ,

    saya dan suami akan korea 13/17-11-2013 , time tu sejuk x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... Pertengahan bulan 11 dah musim sejuk n kena pakai baju winter... Tapi salji mungkin belum ada lagi. Tapi kalau lucky maybe turun sikit

      Delete
    2. Wsalam... Pertengahan bulan 11 dah musim sejuk n kena pakai baju winter... Tapi salji mungkin belum ada lagi. Tapi kalau lucky maybe turun sikit

      Delete
  82. As salam...boleh bg cadangan tempat penginapan yg dekat dgn subway yg menyediakan dapur dan segala kelengkapan memasak juga private bathroom di dlm bilik. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...kalau ikut ciri2 yg anis tulis ni saya cadangkan hostelkorea. Ada dapur...bilik boleh pilih nak bathroom share or private n dekat ngan subway. Info pasal hostel korea boleh baca post tajuk cadangan tempat penginapan dalam blog saya

      Delete
  83. Kalau boleh tmpt tu sesuai utk sy suami serta 2 anak menginap. Dlm agoda byk terdapat tmpt penginapan yg agak menarik juga tp x tahu sama ada ianya menyediakan private kitchen/bathroom di dlm bilik. Boleh tlg suggest beberapa tmpt yg sesuai?....terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try namsan guesthouse or beewon guesthouse

      Delete
  84. Tq...Firdause...

    ReplyDelete
  85. salam...

    very informative! sy tgh mencari2 info utk ke korea bulan 9 ni..flight dr kl ke busan..nak tanya, berapa harga tiket ktx dari busan ke seoul eh untuk dewasa & kanak2?

    thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...tiket ktx dari busan ke seoul dalam 50000 won... Kanak2 tak sure sgt tapi lagi murah

      Delete
  86. hai firdaus..sy plan nak kew korea time autum - winter..so kalau pg bulan 11 ok x...?n kalau pg time dah betul2 salji, berbaloi x sebab takot x lalu nak kuar berjalan2..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai anggun...kalo nak g time autumn elok g bermula minggu ketiga oktober sampai minggu pertama november...lawa sket... Emr...tak tau la kulit org lain tapi saya time salji pon suka buat outdoor...best pasal takda kat malaysia...yg penting pakaian sesuai

      Delete
  87. slm firdaus, wahhh bestnye tgok permandangan kat korea ni...blh awk suggest bulan brapa time yg best nak melawat korea ni...including the view, festival etc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well...pertengahan april for spring n hujung oktober for autumn... Kalo nak g musim salji g time xmas sampai bulan 1

      Delete
  88. Assalamualaikum Firdaus. Thanks for your informative blog. Akak berminat nk pergi Korea. Nak tahu bulan berapa kemuncak musim autumn dan daun bertukar macam dalam blog Firdaus? Kalau awal bulan 12 masih boleh tgk lg pemandangan tersebut? Mana lebih jimat pergi dgn package atau guna khidmat tour guide kat sana? agaknya berapakah anggaran pengangkutan + penginapan + tiket ke 10 tempat yg Firdau nyatakan dlm blog & bagaimana nk dapatkan perkhidmatan tour guide di sana nant? THANKS. Actually theres so much that i would like to ask you tp lain kali pula ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsaaam...musim luruh dalam gambar tu antara pertengahan oktober sampai awal nov... Bualn 12 tak nampak dah...pokok semua botak...hee. Kalau guna guide dari sana lebih murah...tapi kalo akak survay travel agen time matta fair pon bole dapat murah.. Pengalaman saya kalo bak buat trip backpacking dalam rm 2500 sorang kalo dapat tiket rm 1200 return tiket.

      Delete
  89. Hello! I just want to give a huge thumbs up for the
    great data you might have here on this post. I shall be coming back to
    your blog for more soon.

    Also visit my web page ... is nestles semi sweet chocolate chips gluten free

    ReplyDelete
  90. salam en F, saya nak tanya kalo pergi woonjin playdoci mcm mana dr itaewon? Berapa ticket nak msuk? boleh main salji kan? extra payment ke x? ok x tempat tuh?? sorry banyak tanya...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...naik subway ke samson stadium station (line 7)...pastu naik cab...tiket masuk dalam rm 150 je...

      Delete
  91. salam firdaus..mulanya akak bcadang nak ke jepun tp bila bukak blog ni akak dah tukar fikiran nak ke korea pulak..a very good info blog..tqsm firdaus. InsyaAllah akak akan beraya di korea thn ni.. Apa pendapat firdaus? 1st time to korea..Akak, suami dan 2 anak remaja..tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak...g korea mmg berbaloi dan mudah...pertama tak payah guna visa tapi g jepun pakai visa... Kedua bandaraya seoul mmg idaman semua sebab k pop punya pengaruh....ketiga seoul bandar yg combine semua tema...modern...tradisional...sejarah...cinta dan alam semulajadi....good luck kak

      Delete
  92. As Salam....blog ni sangat menarik..saya nak tanya jika pertengan bulan 10 taun ni..agak2 permandangan dah cantik ke...saya nak tanya pendapat En. Firdaus saya dan family akan ke korea pertengan oktober ni dan bercadang mengambil ground pakej dgn studen malay di korea yg mempromosikan pakej di FB..ok tak agak2 nya guna khidmat diorg utk memudahkan perjalanan kami nanti..kerana ini kali pertama kami ke korea...ada juga rasa takut di tipu..huhuhu..maklum la bkan senang nk kumpul duit dpt melancong ni..harap dpt beri pandangan ye..tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...pertengahan bulan 10 dah ok rasanya...kalo hujung sikit lagi ok n sejuk sket...hehe. Saya tak berani komen ground pakej sebab tak pernah guna. Tapi kalo dorang org malaysia ok kot n boleh minta best price...tapi pengangkytan dorang guna bas...subwayvn teksi gak... Tapi melancong di korea ni kurang scam banding g china...indon or manila...dont worry

      Delete
    2. terima kasih byak ye...akak akan melancong bersama ank kecil ok ke kalo x maik ground pakej just pegi sendiri...sebab rata2 g/pakej nak kan 4org dewasa jika hanya 2org harga mahal skit huhuhu..masih dok servay..utk menjimatkan budget hehehe

      Delete
  93. salam en.F.. sy nk bertanya, sy akan ke korea 4-9okt2013 ni.. utk tarikh ni autumn dia masih cntik tak? or daun dh byk gugur? tq ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...daun baru nak mula kuning n oren...hee...bawa spek hitam sebab sinaran mentari sangat silau time tu

      Delete
  94. Salam firdaus? Kami akan turun di busan. Kami bercadang nak ke nami island, jeju island dan seoul. Mana patut kitorg pegi dulu dgn tambang dan pangangkutan yg bersesuaian dgn bajet murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkn g jeju dulu baruvg seoul....pasal kalo dari busan ke jeju naik ferib12 jam...dari busan ke seoul naik train dalam 3 jam je...si elok buat yg susah dulu...kan kan

      Delete
  95. As salam Firdaus...bestnya baca blog awak ni...saya bercadang ke korea musim luruh taun ni...awak pergi ni bila eik...nk dpt view mcm ni...coz ada kawan2 yng dah pegi awal bulan oktober taun lpas..daun blom tkar warna lagi....harap sgt dpt permandangan mcm gambar awak ni...bg pendapat eik...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...g hujung oktober sampai awal nov...

      Delete
  96. Howdy! I simply would like to give a huge thumbs up for the nice data you could
    have right here on this post. I will probably be coming again to your blog for extra
    soon.

    Also visit my webpage - SEO收費

    ReplyDelete
  97. Hiya! I simply would like to give a huge thumbs up for the great information you might have here on this post.
    I shall be coming again to your weblog for extra
    soon.

    my web site: semi gloss paint in living room

    ReplyDelete
  98. Assalamu'alaikum..
    Saya dari indonesia, senang baca artikel anda. Menarik sekali dan banyak info. Insya allah saya dan teman2 akan berkunjung ke seoul bulan februari/march, setelah graduate from university. Kira2 pada bulan itu macam mana cuaca? Kalau berkunjung ke tempat recommend anda di atas tadi, perlu spend berapa hari? Ohya, kalau ke Jeju island macam mana akomodasinya? Dan ada apa disana? Better di seoul atau di Jeju island? Thanks for info. Wasslm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...hye claudia... Selamat bergraduasi saya ucapkan... Jika pergi pada awal febuari keadaan masih sejuk dan bersalji... Makin lama salji makin cair...bulan march bukanlah bulan yg baik untuk ke korea kerana salji baru mula mencair, pokok masih botak dan tak berapa cantik. Kalau ke seoul sahaja minimum 3 malam...kalau mau ke jeju dan seoul perlukan lebih masa kerana jeju dan seoul amat jauh. Tapi kalau pilih sama ada ke jeju atau seoul baik ke seoul dulu. Untuk akomodasi sama ada di seoul atau jeju kamu bisa check di agoda mahupun asiarooms atau booking.com... Harap membantu

      Delete
  99. Hiya! I simply want to give a huge thumbs up for
    the good data you have got here on this post. I will probably
    be coming again to your weblog for extra soon.

    Feel free to visit my webpage ... what does semper fi mean in latin

    ReplyDelete
  100. Hey! I simply would like to give a huge thumbs up for the nice data you’ve got right here
    on this post. I might be coming back to your weblog for extra soon.


    Feel free to surf to my web site ... semi automatic twenty one pilots mp3

    ReplyDelete
  101. Hello! I simply wish to give a huge thumbs up for the great info you
    might have here on this post. I might be coming again to your blog for
    more soon.

    my page ... seo

    ReplyDelete
  102. Howdy! I just want to give a huge thumbs up for the great data you could have right here on this post.
    I will probably be coming again to your blog for extra soon.


    Also visit my web page: seo made simple (second edition) strategies for dominating the world's largest search engine pdf

    ReplyDelete
  103. Howdy! I just want to give a huge thumbs up for
    the good data you’ve gotten right here on this post. I
    will probably be coming back to your blog for more soon.



    Check out my webpage; semi pro football teams in georgia

    ReplyDelete
  104. Salam.En.Firdaus.sy nak minta tolong arrange tempat2 untuk di lawati di korea. Sy dan 3org rakan akan ke sna pd 16-23 dec ni. Kami dtg melalui busan dan menginap di apple backpacker 141 myo-dong, jungno-gu. Kami tak tau nak pergi mana dahulu.pd 22hb kami akan ke busan smula.kalau boleh, sertakan sekali tempat2 menarik di busan.tq

    ReplyDelete
  105. Hello! I just would like to give an enormous thumbs up for the great info you will have right here
    on this post. I will be coming back to your blog for extra soon.


    Feel free to surf to my site semester at sea summer 2013 cost

    ReplyDelete
  106. Hello! I just wish to give an enormous thumbs up for the great
    info you’ve right here on this post. I can be coming back to your weblog for extra
    soon.

    Feel free to surf to my web-site: seoul national university of education english

    ReplyDelete
  107. Hi there! I simply wish to give a huge thumbs up for the great
    information you’ve right here on this post. I can be coming
    again to your blog for more soon.

    Here is my web page; seohyun and kyuhyun dating

    ReplyDelete
  108. Hiya! I just wish to give an enormous thumbs up for the nice data you may have
    right here on this post. I will probably be coming
    back to your blog for more soon.

    Also visit my homepage seomoz jobs salary

    ReplyDelete
  109. nak tanya, bajet awak rm2000 tu mmg cukup eh utk survive more than 3 days? itu termasuk tmbang flight ke apa? :))

    ReplyDelete
  110. Yer...rm 2000 tu tuk semua..All in

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.nk tnya ckt blh?klau sy pg end of feb,time 2 musim ap ek?pas2 blh bg hotel atau tmpt tgl bujet x?sy pg 4D3N.berdua aje..tq :)

      Delete
  111. Hey! I simply want to give an enormous thumbs up for
    the good info you will have right here on this post. I might be coming
    again to your blog for extra soon.

    Visit my blog: seohyun yonghwa news latest

    ReplyDelete
  112. Howdy! I simply would like to give an enormous thumbs up for the great information you could have here on
    this post. I will be coming back to your blog
    for extra soon.

    My web blog; local seo services uk

    ReplyDelete
  113. Hey! I just would like to give an enormous thumbs up for
    the nice information you may have right here on this post.
    I will likely be coming back to your blog for extra soon.


    Feel free to surf to my webpage :: comma vs semicolon vs colon

    ReplyDelete
  114. Hi there! I simply would like to give a huge thumbs up for the nice information you’ve gotten right here on this post.

    I will be coming back to your weblog for more soon.


    Also visit my webpage :: yes road rules semester at sea

    ReplyDelete
  115. Hai firdaus, akak br jumpa blok ni sbb tgh survey nk g korea dec ni. Byk info akak dpt dari Q&A disini,thanks Anak teringin nk main ski. Kt mana yg sesuai? Klu blh xnk jauh2 dr seoul sbb akak nk pegi jgk10 tmpt menarik tu. Klu 1 family 5 org umur 15-50 sesuai amek pakej dr Msia or pakej student kt korea?

    ReplyDelete
  116. Nk pegi korea dis week.. tp tak prepare ape lg... ade tak senarai stesen subway dan hala tujunya..??

    ReplyDelete
  117. Haaa....napa tak prepare...emr...bole tgk kat google

    ReplyDelete
  118. nak g mount sorak dari seoul mcm mana?best x kat sana?

    ReplyDelete
  119. hi firdaus.. sy skrg berada di seoul... hanya ada time malam n sabtu ahad je utk jln2. tak sempat nk buat preparation sebelum datang. so, bila sampai sini.. problem skit nak manage... tempat mana yg patut pergi dulu... sy dah pergi itaewon n dangdaemon. tapi x jumpa pun shopping mall doota tu. planning nak g tempat menarik n nak bli souvenier utk family n kawan2... isnin hingga rabu sy akan ke jeju island. balik msia 10 july... any guide for me?

    ReplyDelete