Tips kembara musim sejuk di Korea

Kembara ke Korea pada musim sejuk amat mengujakan sesuai dengan gelarannya, negara sonata musim salju. Dengan hamparan salji mulus memutih dan suasana mengasyikkan, tentunya menjadi idaman warga negara khatulistiwa. Tapi persiapan rapi perlu dibuat untuk bercuti pada musim sejuk kerana kesejukan melampau kadangkala memeritkan.

Musim sejuk di Korea berlangsung dari bulan Disember hingga Februari dengan suhu purata 2 darjah celsius dan boleh menjunam sehingga -15 darjah celsius. Keadaan berangin menambahkan lagi kedinginan sehingga ke sum-sum tulang. Jadi di sini saya ingin berkongsi beberapa tips musim sejuk di Korea. Jangan lupa catat dalam buku nota yer murid-murid sekalian.
gambar di lorong istana Gyeongbokgung, Seoul pada pertengahan Disember 2014. Suhu ketika gambar ini sedang diambil ialah -15 darjah celsius. Hidung rasa macam nak tercabut...



Bagaimanakah kekal panas semasa musim sejuk?

Perkara yang paling penting ialah pakaian. Pastikan anda memakai pakaian yang secukupnya. Minimun 3 ke 4 lapis, lebih takpa. Lapisan paling dalam sebaiknya ialah thermalwear @long john sepasang baju dan seluarnya. Thermalwear merupakan life-saver semasa musim sejuk, selesa  dan memastikan badan anda sentiasa hangat. Saya selalu beli thermalwear dekat UNIQLO sebab murah dan banyak pilihan. Beli di Korea juga murah dan boleh dapat dengan harga serendah RM30 sepasang (dekat Malaysia range harga dalam RM100 dan ke atas)

Lapisan kedua boleh pakai pakaian casual biasa, saya suka pakai baju cotton dan seluar jeans berkain tebal. Lapisan seterusnya pakailah sweater  yang fit(supaya tak nampak demok ye) dan akhir sekali pakai winter jacket yang khas untuk musim sejuk. Pilih jacket yang berwarna gelap agar tidak mudah kotor dan nampak macho. Jacket berwarna cerah pula sesuai untuk aktiviti outdoor seperti mendaki gunung atau bermain ski. Pakaian tadi sebaiknya fit supaya udara sejuk tidak ada ruang untuk menapak di segenap tubuh anda.

lapisan yang sering saya pakai bila kembara musim sejuk. Dari kiri ke kanan.

Selain itu aksesori winter seperti  glove, snowcap dan selendang winter juga amat penting untuk di pakai. Pastikan anda ada 3 item ni. Kalau tak nanti kebas muka dan tangan kan. Untuk winter cap, pilih yang panjang hingga menutup telinga kerana cuping telinga akan berasa sakit ketika suhu terlampau sejuk. Selendang winter pula melindungi leher dan muka dari menjadi mangsa kekebasan. Neckwarmer juga merupakan pilihan yang baik.

Bawa cermin mata hitam untuk melindungi mata anda kerana suasana putih dari salji akan memantulkan banyak cahaya masuk ke mata anda. Pilih yang berbingkai plastik dan bukan logam agar tidak terasa sejuk bila terkena kulit wajah.

snow cap, selendang winter dan cermin mata hitam perlu dipakai semasa musim sejuk, anda pasti menyesal jika tidak membawanya. Lagipun item-item ini membuatkan anda kelihatan macho dan barulah gambar2 anda seperti berada di "obersea"...hehe


Untuk glove pula, pilih yang ada technology touchscreen supaya anda tidak perlu nak buka glove tu bila nak ambil gambar guna smartphone. Anda juga boleh memilih glove yang fleksibel dimana bahagian jarinya boleh dibuka untuk memudahkan anda mengambil gambar, mengeluarkan duit di dompet mahupun menggaru di bahagian yang gatal. 

my brand new thermal glove dengan teknologi touchscreen for my next winter trip... siapa nak ikut angkat tangan...



Kasut apakah yang sesuai?
Pilihlah kasut yang sesuai agar kaki anda tidak basah dek salji cair dan melenyapkan keselesaan semasa mengembara. Kasut yang sesuai semasa musim sejuk ialah kasut yang selesa, kalis air, bertapak tebal dan mempunyai cengkaman yang baik. Winter boots adalah pilihan yang terbaik.  Winter boots yang reliable tapi berpatutan dijual di Korea pada harga sekitar RM70 malah ada yang dijual pada harga RM30. Anda juga boleh memakai kasut sukan atau kasut hiking, tapi pastikan ianya berkain tebal dan tidak dari fabric yang berlubang-lubang dan pakailah stokin winter.
tawar menawar winter boots sebab salah seorang rakan kembara kaki melecet pakai kasut yang tak sesuai... dapat harga 10000won (lebih kurang RM30). Memang berbaloi.



Tips penjagaan kulit semasa winter sejuk.

Buat yang pertama kali pergi ke negara sejuk ketika winter, tips ini mungkin berguna untuk anda. Ketika winter, walaupun suhu sejuk, namun udaranya teramat kering. Gabungan sejuk dan kering ini akan menyebabkan kulit rasa kering, tidak selesa dan boleh menggelupas. Jadi boleh guna tips di bawah ni.

1. Bawa bahan pelembab seperti lotion extra moisturizer dan lip balm. Benda ini akan membantu anda mengelakkan kulit kering dan menggelupas. Sapukan pelembab di muka, tangan, siku dan bahagian lain yang dirasakan perlu. Bibir pula perlu sentiasa disapu dengan lipbalm agar tidak menggelupas dan mengekalkan keseksian bibir anda.  Yang lelaki pun kena bawa dan pakai tau...takyah nak control macho sangat...hehe
set penjagaan kulit dan bibir saya ketika winter. 


2. Minum air sentiasa. Anda juga perlu mengekalkan kelembapan dari dalam. saya selalu bawa thermos air panas dan bawa air panas dalam bag semasa mengembara di musim sejuk. Selain boleh mengekalkan air dan kelambapan dalam badan, juga boleh memanaskan badan.
nikmatnya minum kopi panas dalam thermos dengan rakan kembara sewaktu winter...


3. Elakkan mandi menggunakan sabun buku kerana ianya boleh menghilangkan kelembapan kulit, bawa dan guna krim mandian dengan extra moisturizer. Beli yang botol kecil je, kalau besar nanti takut tak lepas flight.


Lain-lain tips tambahan

1. Bawa ubatan basic seperti panadol soluble dan pil cirit birit. Sangat diperlukan bila badan mula rasa kurang sihat. Bawa juga vitamin C  dan makan setiap hari kerana vitamin C boleh mengurangkan risiko selsema. Semasa anda berjalan di musim sejuk, pastikan sentiasa membawa sapu tangan atau tisu di dalam poket kerana walaupun tidak selsema, hidung selalunya akan sentiasa berair...yekkk

2. Bawa poncho raincoat untuk digunakan sebagai alas sembahyang kerana ianya lebar tetapi boleh dilipat kecil, ringan dan kalis basah jika dihampar atas salji.
poncho raincoat

3. Hotpad juga membantu anda yang tak tahan sejuk. Hotpad adalah sejenis item yang boleh menukarkan bahan kimia didalamnya menjadi haba apabila digoncang. Letakkannya di dalam baju atau poket. Tapi kalau boleh jangan kena kulit sebab takut ada yang allergic. Kepanasannya boleh bertahan lama sehingga 16 jam jika anda membeli hotpad yang berkualiti. Hotpad boleh dibeli di kedai yang menjual pakaian winter, di Daiso dan jika anda berada di Korea, boleh dibeli di 7eleven .
hotpad cap kangaroo 


4. Bawa bola tenis... jangan tak tau bola tenis juga boleh digunakan untuk memanaskan badan. Caranya dengan meletakkannya di celah ketiak (haha...gurau je). Bola tenis boleh digunakan untuk bereakreasi bila anda berada di tempat lapang dan bersalji. Jika anda mengembara berdua atau lebih, boleh main lontar dan sambut dengan rakan kembara anda. Aktiviti ini bukan saja memanaskan badan malah boleh membakar lemak yang sekian lama menghuni perut anda tu. Aktiviti ini juga boleh merapatkan silaturahim dengan rakan kembara. Jika anda kembara solo, boleh ajak awekz korea yang cun bermain bola tenis bersama anda...yayyyy

Kesimpulannya, jika anda akan kembara ke Korea pada musim sejuk, pastikan anda membuat persiapan yang secukupnya agar anda tidak menggigil kesejukan




OKlah...setakat ini dulu post saya kali ini. Moga dapat memberi sedikit info dan membantu pembaca yang akan berwinter di Korea. Jangan lupa viralkan dan jangan segan untuk tinggalkan komen ye...bye 



Disclaimer : Tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman penulis. Adalah diingatkan bahawa tahap ketahanan terhadap sejuk seorang individu mungkin berbeza dengan individu yang lain. Tips ini juga mungkin berbeza dengan persiapan musim sejuk ke negara yang lebih sejuk seperti Rusia dan Siberia. 

30 comments:

  1. salam, such a good blog. terima kasih byk2 atas info2 yg sgt berguna. insyaAllah sy n keluarga akan ke korea dec 2015. sy nak tnya, tinggal di guesthouse area namdeamun ok ke? di namdeamun guesthouse. kami akan pergi 9dewasa n 2kanak without using any agent. apa nasihat n pendapat mr.fir? kanak2 berumur 9thn n 2thn. subway korea friendly user x?untuk bawak stroller. untuk ski experience di mn mr.fir suggest? sorry byk tanya. tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sekeluarga dok di mapo, han river

      Delete
    2. Kami sekeluarga dok di mapo, han river

      Delete
    3. efan azaha, duduk di mapo ke? kitorg punya guest house nnti kat mapo..hehe

      Delete
  2. Assalam.... tips yang amat berguna.... terima kasih byk2. saya dan rakan2 akan ke korea pd 15 - 26 januari 2016 kalu pjg umo...... jauh lagi tu... mmg teringin sgt nak merasa winter di sana,,,,,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya 16-23hb jan 2017..haha..lama lgi

      Delete
    2. salam. sy juga akan ke korea 19-24 jan 2017. ahahha. tengah riki2 tempat menarik nak buh dalam itinerary sebab kami bff secara backpacker . tak amek agent. hope semua dipermudahkan. ameen.

      Delete
  3. salam, info yg menarik..ni yg buat x sbar nak gi korea dec 2015 nanti..agak2 11 dec hinga 18 dec sajli dah turun blum? ada contact number or email kalau saya perlu maklumat lanjut tak..tqvm for sharing..

    ReplyDelete
  4. Salam. Hai, such a good sharing tips. InsyaAllah this december i will go there with my friend. Can i have some intinerary from you? Hopefully .. U can email me this address. arejar92@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye hajar... u g korea berapa haribulan?

      Delete
  5. Hu hu tqvm...dpt info berguna. Kami nak ke Japan dan terus ke korea awal dec 2015...Barang2 keperluan dah beli...mcm tak berapa cukup je...

    ReplyDelete
  6. Hu hu tqvm...dpt info berguna. Kami nak ke Japan dan terus ke korea awal dec 2015...Barang2 keperluan dah beli...mcm tak berapa cukup je...

    ReplyDelete
  7. Hu hu tqvm...dpt info berguna. Kami nak ke Japan dan terus ke korea awal dec 2015...Barang2 keperluan dah beli...mcm tak berapa cukup je...

    ReplyDelete
  8. Thanks for the info...tgh plan nk g korea musim winter tp xsure tarikh ape yg elok nk g sana

    ReplyDelete
  9. sama-masa...u r welcome....thanks sudi baca blog saya... selamat mengembara allz

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi fir,

      sy nk g korea bln 3. masih ada winter ke? Bolehkah saya mempunyai beberapa jadual perjalanan daripada anda. sy pergi 13 march hingga 20 march 2016.
      boleh ke email kepada sy azura.mhpt@gmail.com

      Delete
  10. Kira2 tgl 21 december turun snow ke tak ya anak2 saya nak tengok snow

    ReplyDelete
  11. Boleh saya tahu mne nak dapatkan long john tu di malaysia..?

    ReplyDelete
  12. Terima kaasih saudara Fir dengan tips yang sangat berguna dan amaaaatttt membantu :) ... In sha Allah saya akan ke korea disember 2016 ...

    ReplyDelete
  13. Salam. Boleh try pergi ke Pyeongchang trout festival di Pyeongchang. Start pertengahan bulan 12 ke hujung bulan 1. Memancing ikan trout dibawah ais

    ReplyDelete
  14. Berita tentang togel, dan masih banyak lagi silahkan bergabung dengan kami dan nikmati artikel yang ada di dalamnya :D

    Togel Online Indonesia
    Agen Togel Online
    Togel Online

    ReplyDelete
  15. As salam. Mcm hotpad tu beli kat mana ? Wintercoat kat mana ye murah ?

    ReplyDelete
  16. Tq. Info terbaik yang pernah sya temui. Saya dah share dgn kawan yang akan ke sana sedikit masa lagi. Mohon halalkqn ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...silakan share...tq sebab sudi baca

      Delete
  17. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete