Tips Melancong Ke Korea (Siri 3): Apa yang perlu ada dalam beg bila berjalan-jalan di Seoul

Kotaraya Seoul merupakan tempat yang sesuai untuk bersiar-siar kerana bukan saja indah tetapi menggabungkan elemen moden, tradisional dan alam semula jadi. Bukan saja terdapat pelbagai pusat membeli belah moden, malah istana lama, hutan simpan dan gunung rekreasi juga terdapat di tengah2 kota Seoul...memang menarik. Oleh kerana Seoul memberikan variasi tema, adalah lebih baik pengembaraan dijalankan secara beg packers. Usah risau akan sesat kerana Kota Seoul merupakan bandar terancang dan mesra pelancong. Terdapat banyak tanda arah dan pusat infomasi pelancongan. Warga Seoul juga sentiasa sedia untuk membantu anda..

Jadi, apakah yang perlu ada di dalam beg jika melakukan pengembaraan di Seoul?



1.  Peta Seoul 
Peta Seoul penting untuk merujuk kawasan sekitar dan pelan landasan keretapi bawah tanah. Peta Seoul boleh dibeli di kedai2 buku utama dan boleh didapati secara percuma di pusat informasi pelancongan Seoul.

2. Kamera 
Perkakas wajib yang perlu dibawa. Banyak pemandangan menarik yang perlu diabadikan dan dikongsi bersama yang tersayang bila balik ke Malaysia nanti. Jika melancong semasa musim sejuk, kamera perlu dijaga dengan rapi kerana kamera boleh rosak pada suhu terlampau sejuk

3. Passport
Pengenalan diri utama ketika berada di luar Malaysia. Jagalah ia seperti menjaga nyawa anda..hehe

4. Sun glasses 
Anda akan menyesal jika tidak membawa cermin mata gelap terutamanya ketika musim luruh. Keamatan sinaran matahari musim luruh memang terang walaupun pada cuaca sejuk. Jika terlupa membawa sun glasses dari Malaysia, berkunjunglah ke Pasar Namdaemun untuk membeli sun glasses berjenama pada harga yang berpatutan,

5. Kompas
Kompas penting untuk membaca peta dan untuk mencari arah qiblat.

6. T - Money Card
T-money card berfungsi seperti kad Touch n Go di Malaysia. T-Money card boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam seperti subway, bas da teksi. Kad ini boleh dibeli di 7 Eleven dengan harga 3000 Won (RM 10). 

7. Duit Korea
Duit bukanlah segalanya tapi segalanya perlukan duit, betul tak?...RM 1 bernilai lebih kurang 300 Won. Harga setin Coca Cola di Korea ialah 700 Won.

8. Buku catatan dan pen.
Marco Polo mempunyai buku catatan pengembaraan. Begitu juga dengan Ibnu Batuta. Jadilah pengembara profesional dengan membawa buku catatan pengembaraan kemana saja anda pergi. Catatkan pengembaraan anda. Saya suka menulis catatan idea-idea perniagaan baru yang dilihat di Seoul yang boleh diaplikasikan di Malaysia.

40 comments:

  1. jom g korea padil...ko kan suka drama korea..hehe

    ReplyDelete
  2. kat mn sy nak dptkn buku trvel ke korea???

    ReplyDelete
    Replies
    1. di kedai2 buku utama seperti Popular dan MPH

      Delete
  3. Agak2 brp kos minimum diperlukan utk melancong di korea selatan (lebih kurang 10 tmpt yg u suggest tu) utk satu family (suami isteri & 2 org anak) dlm masa 4 hari. Cukup ke masa 4 hari utk melawat tmpt2 tu? Kos yg saya maksudkan spt mkn, penginapan, transport semasa disana. Thank u.

    ReplyDelete
  4. bilangan 4 orang pada pendapat saya ialah bilangan yang cantik untuk melawat Korea kerana tak ramai dan mudah bergerak. Boleh gunakan teksi untuk bergerak sekitar Seoul. Tempoh masa yang paling minimum tapi cukup masa untuk melawat tempat menarik seoul ialah 4 hari. Kalau boleh 4 hari di Seoul tak termasuk perjalanan pergi dan balik ke Malaysia.(kurang dari 4 hari boleh tapi agak rushing bila jalan, lebih dari 4 hari pula lagi bagus tapi kos penginapan akan meningkat. Kos lawatan ke Korea bersama travel agen lebih kurang RM3600 untuk 4 hari. Tapi kalau kalau ikut tips dan info perlancongan di Seoul dalam blog saya, boleh jalan2 sendiri di Seoul dan kos boleh jadi serendah RM 2000 termasuk tiket flight. InsyaAllah saya akan update lebih banyak info untuk share tips perlancongan budget ke Korea terutamanya Seoul

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks alot firdause for ur info.

      Delete
    2. tingkayu~
      haha~ :D nak travel dengan family

      Delete
  5. Assalamualaikum..kalau saya depart di Busan, berapa jauh nak ke Seoul..kalau tak silap saya mostly tempat yang ditnjukkan adalah berdekatan dengan Seoul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari busan ke seoul boleh naik KTX train...perjalanan lebih kurang 3 jam n tambang bebih kurang RM150 sehala

      Delete
  6. Sy akn ke Seoul utk meeting tp sy ada spare 1 hari utk berjalan.. boleh tak cadangkan tempat yg best utk dilawati since sy akn stay kat InterContinental Seoul COEX..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan deoksugung palace, namdaemun dan namsan.. Sesuai untuk trip sehari yg bebas dan no rush.

      Delete
    2. Ok.. thanks.. kalau dr Gangnam tu naik bas la ye? Selain Namsan ada tempat lain yg dicadangkan? Makanan Halal senang x nak cari area tu?

      Delete
  7. Firdaus nak tny, kat gimhae airport ada kaunter KTX tak?since sy nak direct ke seoul dr Busan.TQ.

    ReplyDelete
  8. ada buat group utk ke korea tak..pm ya

    ReplyDelete
  9. salam..
    nk ty klu bwk budak umur 4 tahun dan 1 thn setengah kena tak guna t-Money card jgk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanak2 kena beli tiket asing for children...

      Delete
  10. salam..
    nk tanya klu nk pgi nami island, u suggest stay kt seoul or busan? yg mne lbih jimat n xjauh?

    ReplyDelete
  11. Wsalam....kalau nami island of coz dari seoul.... Kalau pulau jeju plak elok dari busan.

    ReplyDelete
  12. aDA SESIAPA DSINI NK IKUT SAYA?.... 23HB NOV 2013

    EMEL SY; yasenurimani7@gmail.com

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bw budak naik public transport kat korea senang....subway n bas kat sana ada ruang tuk stroller, kerusi roda even basikal...

      Delete
  14. budget hotel kat sane byk ke?brp erk...sy ngan member plan pegi untuk seminggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bajet hotel bole survay kat agoda, asiarooms or booking.com

      Delete
  15. Salam. Kalau nak ke korea utk 8 hari,brpe duit belanja yg sesuai dibawa? Hanya utk shopping

    ReplyDelete
  16. Agak2 bajet ke Korea bape RM dan berapa bajet untuk pengangkutan

    ReplyDelete
  17. Salam. Awak tinggal di korea ke? Fasih betu pasal Korea ni. Kalau saya nak pergi sana ada tak kawan kawan yg boleh tolong bawakan? Nak bergerak sendiri takut sesat satu, nak tawar menawar pun susah. hehehe

    ReplyDelete
  18. salam n hai,
    sgt teruja tgk blg awak..bnyk sgt info yg sy blh dpt...cuma agak konpius utk bergerak menggunakan subway..bila tgk peta subway, ada plak yg line lain selain subway conthnya jungang line...
    utk pengetahuan awak, sy n akan2 seramai 7 org akan ke korea pd hujung bulan 2 sehingga awal bln 3 selama 6h5m di sana...
    spend day utk ke jeju island..hopefully sempat ke sana...

    ReplyDelete
  19. salam ,

    nak tanya, kalau tunai yang kita bawa habis ketika melancong, bagaimana nak dapatkan cash. hanya ada debit card sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam....sebelum pergi boleh activate kad atm cimb or maybank utk international use...nnt boleh guna atm korea guna kad atm tu...keluar duit korea

      Delete
  20. salam..
    saya nak tau dekat mana penginapan paling murah di seoul? bawah 25000won satu malam.

    ReplyDelete
  21. salam..saya ada conference di seoul pada 13-17 may 2014..saya akn sty di kimchee guesthouse di dongdaemun. boleh saya tahu apa tempat menarik sekitar itu. dan jika ingin ke nami island,everland,sungai Cheonggyecheon,Gyengbokgung dan namsan park dari dongdaemun amik masa berapa lama ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...dongdaemun tu area shopping fabrik... kalau nak ke cheonggyecheon, gyeongbokgung n namsan boleh g dalam 1 hari... Dekat je dari dongdaemun...naik subway or teksi pon bole... Kalau g nami n everland agak jauh tp mudah gak g sebenarnya...

      Delete
  22. Hello..saya akan berada di korea pada 21 - 28 may 2014..saya nak tahu apakah pakaian yang sesuai dan kasut yang seuai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello... Hujung mei dah tak sejuk sgt...pki mcm biasa n kasut sport je...cuma kadang2 tiba2 sejuk sebab angin n bila malam....so bawa juga jaket sederhana tebal

      Delete
  23. Saya plan nk honeymoon dekat korea january 2015..so ape pendapat bro ?? Any suggestions ??

    ReplyDelete
  24. salam saya nk ke korea akhir april..solo travel.. ok x?

    thanks

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum... En firdause..
    saya bercadang bercuti ke korea musim luruh tahun ini ...Agak2 brp kos minimum diperlukan utk melancong di korea selatan (lebih kurang 10 tmpt yg u suggest tu) utk satu family (suami isteri & 3 org anak) dlm masa 5 hari. Kos yg saya maksudkan spt mkn, penginapan, transport semasa disana. Thank u.

    ReplyDelete