Istana Changgyeonggung merupakan salah satu daripada lima
istana utama di Seoul, Walaupun tidak sebesar dan popular seperti istana Gyeongbokgung, Istana Changgyeonggung mempunyai kecantikan dan keunikan tersendiri.
Dibina pada abad ke-15 sebagai istana tiga permaisuri. Istana ini telah dibina semula pada awal abad ke-17 awal dengan penambahan beberapa struktur termasuk pintu depan dan dewan utama. Tidak seperti istana lain di Seoul yang menghadapi selatan, halaman utama istana ini menghadap ke timur dan dikelilingi dengan taman rimba yang mendamaikan. Keunikan istana ini menyebabkan saya tekad untuk datang berkunjung dan merungkai kisah di sebalik Istana Changgyeonggung.
berada di hadapan pintu masuk Changgyeonggung dimana peta istana ini dipaparkan.
harga tiket masuk hanya 1000won
masuk je pintu gerbang utama istana memang akan lalu jambatan... Semua istana di Korea mempunyai anak sungai yang mengalir berhampiran pintu masuk untuk menimbulkan suasana harmoni dengan alam semulajadi
di hadapan pintu masuk ke halaman utama istana
halaman utama istana tempat menteri dan pembesar menghadap raja. Batu-batu di tepi yang macam batu nisan tu sebenarnya ialah batu penanda kedudukan menteri dan pembesar. Kalau anda perhatikan kami berdiri di atas 3 permukaan jalan yang berbeza. Jalan tersebut khas untuk raja, permaisuri dan putera mahkota.
batu penanda kedudukan menteri
Ini pula ialah bangunan utama tempat letaknya singgahsana Raja.
lakaran phoenix pada batu yang terdapat pada semua istana di Korea
laluan dari singgahsana raja ke perkarangan kediaman diraja.
pavilion yang terdapat di perkarangan kediaman diraja
bangunan kediaman permaisuri.
ni pula kediaman gundik raja... untunglah ada gundiksss
tangga besar yang terletak di belakang bangunan kediaman permaisuri dan gundik raja... tangga ini jalan menuju ke taman istana.
ini adalah tembok yang menjadi sempadan antara istana changgyeonggung dan istana changdeokgung di sebelahnya
setelah melawat sekitar perkarangan kediaman diraja, kami berjalan menuju ke taman rimba istana pula.
dalam perjalanan ke taman tersebut, kami menemui sesuatu yang amat menarik... korang nak tau tak apa dia? kami jumpa tempat uri raja korea ditanam siap ada batu peringatan lagi.
untuk mengetahui lebih lanjut tentang "Taesil" atau Placenta Chamber ini, korang boleh baca info di bawah.
Keluarga diraja Korea zaman dahulu menanam plasenta dan tali pusat setelah kelahiran anak mereka. Info yang menarik...
rumah kaca yang menempatkan tumbuhan-tumbuhan herba dari merata pelusuk dunia...
tasik yang tenang dan damai di dalam kawasan istana...sebahagian dari tasik ni beku dek cuaca sejuk...
di dalam taman hutan istana...pokok semua botak sebab time ni musim sejuk...suhu lebih kurang -2 darjah calsius... hutan ini pada zaman dahulu digunakan untuk latihan ketenteraan. Semasa era penjajahan Jepun di Korea, istana ini bertukar menjadi zoo dan taman botani sebelum dipulihkan pada 1980-an. Hari ini, istana Changgyeonggung menjadi salah satu destinasi pelancongan yang perlu dikunjungi jika melancong ke Seoul.
ini pula pelantar untuk memerhatikan bulan dan bintang bagi tujuan meramal cuaca dan kaji bintang
kesimpulan dari kembara kali ini ialah Istana Changgyeonggung amat berbaloi untuk dikunjungi. Keunikan senibina lama Korea berasimilasi dengan taman rimba yang mendamaikan. Secara peribadi saya lebih terpana dan terpesona pada Istana Changgyeonggung berbanding Istana Gyeongbokgung yang popular itu.
Terima kasih kerana sudi baca kisah kali ini. Jangan lupa tinggalkan komen dan berkongsi info dengan saya.
No comments:
Post a Comment