Koperasi MRSM Terendak guna surat khabar ganti plastik.

Pada era moden kini, banyak bahan dan barang yang menjadi kegunaan harian bertukar menjadi bahan buangan yang menyumbang kepada pencemaran. Tahukah anda barangan 10 tahun dahulu yang tidak dikitar semula telah menjadi antara penyumbang pencemaran. TV, radio, peti sujuk, telefon mudah alih zaman dulu kini diganti dengan model yang lebih canggih dan dibuang begitu saja dan menjadi punca pencemaran.
Salah satu cara untuk mengurangkan pencemaran ialah melalui kaedah kitar semula dan guna semula bahan buangan.

Hari ini masa nak beli cokelat coki-coki dekat koperasi, ternampak suatu perkara yang ringkas tetapi menarik. So nak kongsilah dengan pembaca budiman.

Nak tau apa yang menarik... Koperasi MRSM Terendak menggunakan inovasi mudah dengan menggunakan beg surat khabar untuk menggantikan plastik. Kaedah ni nampak jer simple tapi sangat menarik dan memberi impak dalam membantu mengurangkan pencemaran. Bayangkan kalau koperasi menggunakan 100 kg beg plastik setahun dan sekolah membakar 10000 kg surat kabar setahun. Berapa banyak impak pencemaran yang disumbang? Tapi dengan menggunakan surat kabar untuk menggantikan plastik, pencemaran boleh dikurangkan. 
Pengurus Koperasi MRSM Terendak dengan beg dari surat khabar...




Tahniah kepada Koperasi MRSM Terendak kerana perihatin terhadap alam sekitar dan menggunakan inovasi mudah tetapi unik untuk mengurangkan pencemaran...RESPECT 



5 comments:

  1. Hye Cikgu Firdaus ..Cikgu Hazan Punn Ada ? Popularrrr

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kalau guna surat khabar, xde r monyet kejar lg...ye ke? x pun monyet pandai..hihi

    ReplyDelete
  4. bagus blog ni, banyak info. bagus idea guna suratkhabar ganti plastik

    ReplyDelete