Pengalaman menginap di Jongno Cutee Hotel, Seoul



Post kali ini nak share pengalaman menginap di Jongno Cutee Hotel. Sebenarnya sebelum ini saya selalu elakan menginap di Hotel dan hanya menginap di hostel ataupun guesthouse tapi trip kali ini bersama isteri dan perlukan penginapan yang lebih selesa dan romantik. 


Hotel di Korea memang agak mahal jika dibandingkan di Malaysia, jadi untuk mendapatkan tawaran harga murah, saya menggunakan laman Agoda.com untuk mencari hotel yang sesuai. Laman Agoda memang sangat membantu kerana selain menawarkan harga lebih rendah berbanding harga sebenar, laman ini juga memaparkan komen pengunjung tentang hotel tersebut.


Jika ada yang bertanya lokasi mana yang sesuai untuk menginap di Seoul, saya sering memberikan 2 jawapan iaitu Itaewon dan Jongno. Itawon kerana ianya merupakan area muslim, dekat dengan masjid dan mudah mendapatkan makanan halal. Manakala Jongno pula kerana terletak di tengah nadi Seoul memudahkan pengembara pergi ke tempat2 menarik Seoul.

Dengan lokasi mudah di Seoul, Jongno Cutee Hotel adalah tempat yang hebat untuk menjelajahi bandar yang menarik ini. Dari sini, tetamu boleh menikmati akses mudah kepada semua yang bandar meriah ini boleh tawarkan. Hotel ini terletak berhampiran Stesen subway Jongno 3-ga yang boleh menghubungkan anda ke segenap pelusuk Seoul.

Sesuai dengan namanya, hotel ini memang cute dan comel...walaupun saiz biliknya agak kecil, tapi keselesaan dan kebersihannya terjamin... jom tengok gambar dalam hotel  ni

lobi yang ringkas dan comel



kemudahan seperti mesin cofee bean maker, water cooler dan microwave oven terdapat di tingkat bawah

lif ke tingkat atas agak kecil...muat dalam 3 orang jer

bilik dilengkapi dengan tv skrin besar, PC with internet, wifii, pengering rambut dan peti sejuk


tandas yang bersih dan selesa


rating dari pengunjung yang menempah melalui agoda.com. Rating 7.2 dari 10



Untuk ke hotel ini dari Incheon Airport, beli tiket bas ke Stesyen Jongno 3 ga. Harga tiket 10000won
bas akan berhenti berhampiran stesyen subway jongno 3 ga dan anda perlu berjalan sedikit untuk ke Hotel. ikut laluan merah dalam peta di atas. Pastikan anda melalui 2 buah 7 eleven. Di simpang kecil sebelah 7 eleven kedua, belok kanan dan anda akan nampak signboard cutee hotel...jarak berjalan lebih kurang 200 meter atau 2 padang bola...haha


19 comments:

  1. berapa Won or RM kos semalam tido kat hotel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dalam rm 250 per night...tapi kalau rajin survay kat agoda or asiaroom boleh dapat dari RM 135

      Delete
  2. kalo nk tinggal kat hotel nie better booking dulu ke sampai sana baru cari hotel??lg satu soalan..kalo nk search kat agoda tue..nk tgok hrga bilik dalam currency MYR ke WON...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok booking dulu...kalau guna agoda kena bayar time booking....kalo guna asiarooms booking n than bayar cash dalam won masa check in hotel...elok tgk dalam ringgit

      Delete
  3. Hi, sy dah book jongno cutee hotel utk 3 mlm melalui agoda. Akan ke seoul dr busan dlm bln nov ni. Info u share di blog ni sgt informative. Tkns firdause. Keep it up.

    ReplyDelete
  4. Kalau kita tempah utk 1 bilik 2 org, boleh tak kita duduk 4 org anak beranak. Mereka benarkan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya tak bg n kena tambah sikit duit...

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Thanks dgn semua info yg sgt membantu. Nak tya brp jam perjlnan dr airport ke jongno cutee sb ms balik flight saya pukul 9a.m...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...lebih kurang sejam setengah....kalau flight balik ke Malaysia kol 9 am...boleh naik bas dari jongno kol 5 am tau....bas start kol 4 am dan ada tiap setengah jam.

      Delete
  7. salam .kalau saya pegi dlm 4 org kt mane nk cari guesthouse yg harga okay sikit ye ? sbb ingat nak stay dlm seminggu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...saya cadangkan beewon guesthouse...boleh search kat google...fb pon ada

      Delete
  8. Assalamualaikum..
    sedikit pertanyaan, ade tak restaurant Halal yang berdekatan dengan Jongno Cutee Hotel? then, bila saya check asiaroom makin lambat tarikh saya nk pergi makin mahal harga hotel..sampai rm400++ tau tak kenapa?untuk makluman sy akan ke korea pada bln Jun 2014 ni.tq =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam....asiaroom mmg gitu...try agoda n booking.com n comparekan harga... area jongno setakat yg saya tahu takda restoran halal.... tp ada beberapa restaurant vegetarian sekitar situ

      Delete
    2. ic..boleh x bro cadangkan hotel2 yg berdekatan dgn restaurant Halal??

      Delete
  9. ok ni

    Assalamualaikum tuan/puan,
    Saya ada tanah lot lidi untuk dijual.
    Tanah Lot Untuk Dijual Di Bukit Selambau, Kedah
    Tanah Lot 55' x 75' , sesuai untuk tapak rumah atau bangunan. Lokasinya di Bukit Selambau , Kedah iaitu berhampiran Pekan Bukit Selambau, jalan besar Bukit Selambau, 300 meter di belakang Sek. Keb. Bukit Selambau, berhampiran menara telekomunikasi dan kilang kayu.
    http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/11/hartanah-3.html
    SUSU KAMBING / KOPI SUSU KAMBING / GOAT MILK / GOAT MILK COFFEE

    RM 22 for 20 sachets

    Postage cost : RM 8

    Total cost : 30

    To order : 017 5503065 Mr. Norman
    Email : neorise2010@gmail.com

    Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA

    http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/susu-kambing-kopi-susu-kambinggoat-milk.html

    Kopi Nanduk GOLD
    http://www.bio-asli.com/?id=neorise
    www.bioasli.com/?id=neorise
    www.tvbioasli.com/?ref=neorise
    www.bioasli.co.uk/?ref=neorise
    www.prepaid.bioasli.com/?ref=neorise
    http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/kopi-nanduk-gold.html

    Kopi KEMUDIK
    Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda/Sik Kedah Berhad
    RM 20 for 20 sachets

    Postage cost : RM 10
    Total cost : 30

    To order : 017 5503065 Mr. Norman
    Email : neorise2010@gmail.com

    Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA
    http://kopi5campurankemudik.blogspot.com/2013/05/kopi-kemudik.html
    http://hartanahpropty.blogspot.com/

    ReplyDelete