Cara menggunakan T-Money Card di Seoul

Hye semua...kali ni nak share info pasal T-Money card pula. Apakah T-Money Card?

T-Money card adalah sejenis card prabayar yang boleh digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam di Seoul. Sometimes boleh juga digunakan untuk membayar bagi pembelian di convenience store.

haa...nilah dia T-Money Card

T Money card boleh digunakan untuk membayar bas, subway dan teksi dan anda akan mendapat discount bila menggunakan T-Money berbanding jika membayar tambang manual atau membeli tiket biasa. Lagipun mudah sebab tak payah nak banyak kali beli tiket kalau naik subway. 

T-Money Card selalunya digunakan di Seoul, selain Seoul boleh juga digunakan di Incheon, Daejeon, Daegu, Ulsan and Busan Subways, Gimhae Light Rail

Kat mana nak beli T-Money Card?

T-Money card boleh dibeli di kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan GS25. Selain itu boleh juga dibeli di kedai2 tepi jalan yang ada logo T-Money. Kad ini berharga 2500won sekeping. Sebelum menggunakan T-Money card, kenalah reload dulu. Reload boleh dibuat di kaunter kedai serbaneka atau di reload machine yang terdapat di stesyen-stesyen subway.


inilah mesin membeli tiket subway. Dan boleh digunakan untuk reload T-Money card.


Cara nak reload T-money card akan diterangkan menggunakan gambar dan penerangan di bawah


1. Pilih bahasa English.... Bahasa Melayu takda ye
2. Pilih reload T-Money Card pada paparan
3. Letakkan T-Money card anda pada slot T-Money pada mesin
4. Pilih amount yang hendak anda reload
5. Masukkan duit pada slot duit pada mesin
6. Tunggu hingga proses selesai dan paparan nilai T-Money akan ditunjukkan pada skrin. Jika anda
    memasukkan wang yang lebih dari amount pilihan yang anda tekan, tunggu wang baki keluar.

Mudah kan..... lepas tu boleh terus guna...nak guna lagi senang...just scan masuk je pada T-Money sensor kat entrance ke subway line.

kalau transit tak payah scan dulu....bila dah sampai ke destinasi baru scan keluar.


Kalau dah selesai kembara Korea anda tapi masih ada baki dalam T-Money card anda, boleh refund n dapat balik duit yg ada dalam tu...kalau bawar 20000won boleh refund dekat kedai serbaneka yang ada lambang T-money. Kalau lebir 20000won pulak kena refund kat T-money HQ...leceh la pulak. So plan la elok2 sebelum reload T-Money card anda.

Yg refund tu hanya nilai dalam T-money tu...tapi kad T-Money ni tak boleh di rufund....boleh simpan buat kenangan or kalau buat second trip boleh guna lagi....

Harap entri ni membantu untuk pembaca yang bakal ke Korea....jangan lupa beri comment ya

20 comments:

  1. Agreed! Bila baca blog ni, rasa rindu nak kembali ke sana. T money ni sampai gantung kat leher.

    ReplyDelete
  2. as salam...saya akan pergi korea pada 2-7 mei 2014 nie....pergi 4 org semua..time tu masih spring time lg kan? bole cadangankan tmpt yg best nak pergi sepanjang saya disana. (selain nami island n nansam tower) n tempat shopping

    ReplyDelete
  3. wsalam...time tu masih spring... saya cadangkan pergi ke everland....mmg sesuai g taman tema awal mei

    ReplyDelete
  4. Salam..nk tanye..trick eye museum kat mane ye??

    ReplyDelete
  5. Salam...kalau transit xpayah scan ,, boleh lalu mcm tu je ke,, xtersangkut ke ..or nti mesin tu bbunyi,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...kalau transit antara line...takyah keluar dari subway station tu....so tak payah scan...

      Delete
  6. Salam.. nak tanya. Ape beza T-money dan Seoul City Pass Plus?? Lagi satu. kalu gi seoul first week of April .blh x cadangkan theme park yg best waktu tu.. Lotte world or Everland?

    ReplyDelete
  7. Wsalam....T_Money City Pass Plus boleh dapat dickaun bila bile tiket2 masuk ke muzeum or istana lama dan beberpa tempat lain....

    April...Everland of coz

    ReplyDelete
  8. As salam, Kat Korea kat mane nak beli toys yang best...especially ZOIDS...tq

    ReplyDelete
  9. Salam...Saya akan pg Korea esok. sy just nk tnye, senang x nk crik money changer kt area sane, sbb sy plan nk tukar won sparuh n sparuh lg usd. Kt sane nti sy akan duduk area Myeongdong. Harap En Fir dpt tlg. TQ

    ReplyDelete
  10. Wsalam....money changer banyak kat area namdaemun market....n ringgit malaysia sangat polular kat money changer area tu. Namdaemun just a walking distance from myeongdong... Selamat berangkat ke korea...have a nice trip

    ReplyDelete
  11. Nak tanya kalau stay di nuri hall daejeon tu mcm mana nak ke Namdaemun market tu..cara paling mudah dan jimat hihi

    ReplyDelete
  12. salam..nak tanya..T-money ni ada jual kat icheon airport x?
    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...di Incheon airport arrival hall ada 7eleven...kat situ ada jual...

      Delete
  13. Salam, blog yg bermanfaat.
    Adakah kanak2 dikenakan bayaran untuk public transport?

    ReplyDelete
  14. Salam. Terima kasih share tips. Salam kenal dari Ulsan, Korea. jemput datang ke blog saya untuk mengetahui tentang bandar Ulsan.

    ReplyDelete
  15. Hi, nak tanya. Agak agak berapa ye amount sesuai utk isi it T money utk 12 hard? Saya cadang nak Isi RM200 utk 12 hair. Okay ke? Mintak penjelasan. Thank you

    ReplyDelete