Tempat untuk pakai hanbok di Korea


Kali ini nak share pasal pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. Jika kita melancong ke Korea, antara perkara yang wajib untuk dilakukan ialah shooting dan berposing dengan memakai Hanbok. Tapi di manakah tempat untuk melakukan aktiviti ni?

Sebenarnya ada banyak tempat di Seoul yang menyediakan pengalaman memakai Hanbok, tapi di sini saya kongsikan 3 tempat yang pernah saya pergi sebab ianya percuma.

Tempat yang pertama ialah Istana Gyeongbokgung. Istana ini merupakan Istana zaman Joseon yang paling besar dan paling popular di Seoul. Selain berjalan-jalan dan melihat seni bina lama Korea, anda boleh melihat sendiri live performance yang diadakan di Gyeongbokgung seperti upacara penukaran pengawal istana dan upacara raja dan permaisuri bersiar-siar di sekeliling istana.
upacara pertukaran pengawa istana



lakonan rombongan diraja bersiar-siar di Istana



ini part yang paling penting, photoshoot dengan hanbok


orang korea seronok tengok orang melayu pakai pakaian tradisional mereka, sampai nak bergambar 



kelebihan di sini ialah anda boleh shooting berlatarbelakangkan bangunan dan halaman sebenar istana

......................................................................................................................................


Tempat seterusnya ialah Istana Doeksugung. Istana ini terletak tidak jauh dari Istana Gyeongbokgung (saya selalu jalan kaki je dari Gyeongbokgung ke Deoksugung). Walaupun Istana Doeksugung agak kecil dan kurang terkenal seperti Geongbokgung, tetapi bagi saya istana ini wajib dikunjungi terutamanya pada musim sakura dan musim luruh kerana halaman istana Deoksugung dikelilingi oleh pokok sakura dan pokok ginko serta pokok-pokok lain. Doeksugung juga unik dari istana lain di Seoul kerana senibinanya menggabungkan timur dan barat. 




gabungan timur dan barat di Deoksugung

....................................................................................................................


Tempat seterusnya ialah di M Plaza, Myeongdong. Di M Plaza ni terdapat Seoul Global Cultural Center di mana pengunjung boleh mempelajari pelbagai aspek kebudayaan Korea dan tuntunya anda boleh merasai pengalaman memakai Hanbok dan ianya percuma. 
maharaja dan mamanda menteri...


ada pelbagai jenis hanbok untuk dipilih dan dicuba.


kalau ramai pelancong lain nak pakai hanbok, anda boleh buat reservation untuk sesi yang lain dan sementara tunggu sesi tersebut bermula, anda boleh berjalan-jalan dan shopping di sekitar Myeongdong
Jom shopping

Sebenarnya ada banyak tempat lain lagi untuk cuba hanbook di sekitar Seoul. Tapi saya share yang lokasinya mudah dan free...tapi bila mudah dan free ni mungkin kena berebut lah dengan pelancong lain... 

Diharap post ini bermanfaat dan berinformasi. Harapan saya post ini dapat membantu pembaca yang akan ke Korea... Don't be hesitate to drop a comment.




8 comments:

  1. Assalam fir. I really like your entry about korea. and saya dan pihak university akan buat international visit to seoul on january 2016 for 6days and 5 nights. So it could be better if you can help me out to rrange the tentative and giving us some tips. really appretiate if you can help us. Do contact me at 013 297 5456 kalau sudi nak bantu. sangat2 berterima kasih kalau dpt positive feedback.

    ReplyDelete
  2. Salam pengenalan Firdaus.. Just follow yr blog. Sangat menarik.. insyaAllah saya dan family akan ke Seoul hujung tahun ini..

    ReplyDelete
  3. Salam pengenalan Firdaus.. Just follow yr blog. Sangat menarik.. insyaAllah saya dan family akan ke Seoul hujung tahun ini..

    ReplyDelete