Istana Gyeonghuigung, Seoul Korea.


Salam info dan salam kembara kepada pembaca yang dikasihi. Kali ini saya nak kongsi pasal kembara ke salah satu istana Dynasti Joseon di Korea. Istana yang saya maksudkan ialah Istana Gyeonghuigung. Istana ini tidaklah popular seperti Istana Gyeongbokgung dan jarang dimasukkan dalam itenarery pelancong ke Korea. Saya sendiri menjejakkan kaki ke Istana ini pada trip saya yang ke-14 ke Korea. Tapi jika anda suka menyelusuri sejarah Korea, istana ini wajib dikunjungi kerana ianya menyimpan 1001 memori dalam tinta sejarah Korea.

Gyeonghuigung merupakan salah satu dari 5 istana utama Dynasti Joseon di Korea. Istana ini mula dibina pada tahun 1617 dan siap pada tahun 1623. Ianya dibina sebagai istana sampingan dan vila diraja bersebelahan istana utama iaitu Gyeongbokgung. Kawasan asal istana ini sangat besar dan menempatkan hampir 100 struktur bangunan. Lokasinya juga sangat mendamaikan kerana terletak di lereng bukit.
gambar lama Istana Gyeonghuigung... besar juga Istana ni.




Semasa saya melangkah masuk ke istana ini, perasaan melankolik mula menyelubungi sanubari. Istana ini dahulunya sangat besar dan gah tapi kini yang tinggal hanya beberapa struktur bangunan yang terbiar. Tidak ada tiket masuk ke istana ini dan ianya percuma. 


Istana ini pernah menjadi mangsa kemusnahan semasa penjajahan Jepun di Korea. hampir separuh strukturnya dimusnahkan oleh Jepun dan dijadikan tempat untuk menubuhkan sekolah beraliran Jepun.


tak tahu kenapa, saya rasa sayu bila melangkah masuk ke sini...


Inilah dataran dan bangunan utama Istana Gyeonghuigung, tempat Raja bersemayam dan menteri menghadap. Batu yang tersusun tu bukan batu nisan tapi merupakan batu penanda kedudukan menteri dan pembesar semasa menghadap raja.

gambar di atas adalah kedudukan dataran dan bangunan utama Istana Gyeonghuigung dan inilah antara yang masih wujud kini. Sedih sangat.

batu yang terdapat ukiran phoenix terdapat di setiap tangga istana Joseon 


Istana ini terletak di lereng bukit dan suasana sekitarnya juga tenang dan damai.

Di luar Istana Gyeonghuigung, terdapat sebuah jambatan yang sangat bersejarah. Jambatan Geumcheongyo dibina pada tahun 1618 dan merupakan jambatan utama menuju ke Istana Gyeonghuigung. (Semua istana Joseon ada anak sungai dan jambatan kerana dipercayai membawa tuah)


gambar di bawah menunjukkan lokasi jambatan ini...

Istana ini terletak berhampiran dengan Seoul Museum of History. Malah sebenarnya muzium ini terletak dalam kawasan asal Istana ini berhampiran jambatan Geumcheongyo. Selapas melawat istana, bolehlah melawat muzium ini pula. 


Kesimpulannya Istana Gyeonghuigung memang berbaloi untuk dikunjungi terutama kepada pelancong yang minat sejarah Korea



5 comments:

  1. info yang sangat menarik dengan bantuan peta lama istana korea dan padanan foto keadaaan istana sekarang sangat membantu pemahaman. insyaAllah sy akan ke sana 21-25 Dis 17 nanti. catatan kembara korea yang terbaik setakat ni..Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi baca blog saya dan selamat mengembara ke Korea

      Delete
  2. assalamualaikum...
    great article....
    sya cadang nk travel ke korea musim spring... ingat nk hunter cherry blossom...
    utk tahun 2018... agak2 bila tarikh sesuai utk jmpa dgn cherry blossom tu...
    terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete