Mari ke Taman Negara Tanjung Piai, penghujung Tanah Besar Asia

Taman Negara Johor Tanjung Piai yang terletak di daerah Pontian,Johor. Tanjung Piai amat terkenal kerana ianya merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Jadi kepada sesiapa yang menggelarkan dirinya pengembara sejati, anda harus berkunjung ke penghujung tanah besar Asia ini. Taman Negara Tanjung Piai kaya dengan khazanah flora dan fauna yang mendiami ekosistem hutan paya bakau. Kepada pencinta alam, inilah tempat yang sesuai untuk anda lawati.




batu tanda besar di pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai


tiket untuk masuk ke Taman Negara Tanjung Piai berharga RM5.00 untuk orang dewasa.


kawasan paya mempunyai muka bumi yang basah dan berlumpur. Tapi jangan risau kerana laluan pejalan kaki disediakan untuk pengunjung menikmati dan mempelajari hutan paya bakau

sepanjang laluan terdapat kata-kata motivasi yang menaikkan semangat untuk meneruskan pengembaraan...

Banyak yang boleh diperhatikan dan dipelajari di sini. Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai dan melindungi pesisir pantai daripada kuasa fizikal seperti ombak dan angin kencang yang boleh menghakis. Hutan bakau juga penting sebagai habitat pelbagai flora dan fauna yang mempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesis ketam dan udang laut mencari makanan dan membiak di sini. Contonya seperti melihat akar jangkang pokok bakau minyak. Akar ini membolehkan pokok ini sesuai hidup di kawasan paya.

Saya juga berkesempatan melihat habitat semulajadi siput berongan. Nama saintifik siput ini ialah Telescopium telescopium kerana bentuk cengkerangnya seakan-akan teleskop. Siput ini mendiami lantai hutan paya bakau yang berlumpur dan menjadikan bahan reputan sebagai makanan.


inilah rupa siput berongan... tak tau lah boleh makan ke tak...risau jadi macam isu Neelofa makan siput yang rupa-rupanya haram tu kan...  Tapi jika anda sesat di hutan paya bakau siput ini boleh dijadikan makanan darurat ketika survival...

hutan paya bakau sangat unik kerana mempunyai suasana yang tersendiri...





menara pemerhati untuk pengunjung memerhatikan keindahan hutan paya bakau dari atas... banyak lagi haiwan yang mendiami habitat ini seperti ketam, unggas, memerang dan kalau anda bernasib baik dapat melihat pelbagai spesis monyet.


jika penat berjalan, pengunjung boleh berhenti rehat di wakaf yang telah disediakan...pastikan anda menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata2 OK


Setelah berjalan menyusuri kehijauan hutan paya bakau, pengunjung boleh membuat rekod peribadi  dengan menjejakkan kaki ke penghujung tanah besar benua Asia. Best kan...boleh tulis dalam dairi.
inilah mercu tanda penghujung tanah besar benua Asia

kata-kata semangat yang membuatkan pengunjung kembang hidung


Taman Negara Tanjung Piai merupakan tempat yang sesuai untuk mempelajari flora dan fauna di hutan paya bakau. Jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini jika anda berkunjung ke Pontian, Johor



No comments:

Post a Comment