Pendakian Bukit Broga



Cuti sekolah memang bosan jika tidak diisi dengan aktiviti yang seronok dan bermakna. Setelah berminggu-minggu lepak di rumah mak di Nilai sambil mengumpul lemak, kami tiga beradik membuat keputusan untuk membakar lemak yang ada dengan  menawan Bukit Broga. Memang dah lama rancang nak menawan bukit ni sebab bukit ni mempunyai pandangan puncak 360 darjah yang sangat cantik. Tak hairanlah jika Bukit Broga popular sebagai tempat penggambaran bertaraf celebriti. Kalau anda nak tahu, Bukit Broga menjadi lokasi pergambaran outdoor perkahwinan angkasawan pertama Malaysia...



Sedikit info mengenai Bukit Broga...Bukit broga atau bukit lalang terletak didalam kawasan semenyih dan berhampiran dengan Broga negeri sembilan. Berketinggian 350 meter dari aras laut, dan mempunyai empat puncak bukit. Untuk mendaki bukit ini memakan masa 30 min hingga 1 jam mengikut stamina masing-masing. Didalam perjalanan anda akan melalui ladang kelapa sawit, kebun getah sedikit hutan muda dan yang paling best belukar lalang yang unik dan cantik. 





Di awal pendakian, kami melalui kawasan ladang kelapa sawit



setelah lebih kurang 3 minit melalui kawasan sawit, kami melalui kawasan getah dan hutan muda





berehat sebentar bersama kit kat


Bukit Broga dikurniakan dengan keindahan alam yang tiada tandingan...bersamalah kita menjaganya. Jangan buang sampah merata-rata. Gunakan tong dan plastik sampah yang telah disediakan...OK



Setelah melepasi hutan muda, kami sampai di satu cerun yang amat curam. Disinilah kami memaparkan aksi spiderman 



Nasihat saya...jangan putus asa dan mengalah bila nampak cerun curam ni...Cuba jer naik, sebab selepas melepasi cerun ini, anda akan sampai ke puncak dan dihidangkan dengan pemandangan yang amat awesome 

inilah yang membuat pendakian menjadi sangat berbaloi...belukar lalang yang sangat unik...


indahnya alam ciptaan tuhan. I love mother nature


Pemandangan di sini sangat cantik hingga membuatkan kami menari Gangnam Style...

oooyeahhh ooooyeahhhh....one more

oooyeahhh...oppa BROGA STYLE



Setelah bergambar sampai nak gila, kami meneruskan perjalanan untuk menawan puncak kedua. Perjalanan agak mudah kerana landai dan melalui belukar lalang. Cuma agak terik kerana tiada pokok di sini. Tapi pada ketinggian dan angin bukit menyamankan keadaan


Akhirnya sampai ke puncak....

 Nampak tak bonggol kat belakang tu...tulah puncak pertama





Setelah berehat dan bergambar, kami memulakan perjalanan menurun bukit. Turun bukit tidak memenatkan tetapi anda perlu berhati-hati kerana berat anda akan tertumpu pada tumit dan lutut. Ketika inilah anda menginginkan kasut mendaki yang berkualiti 




Sebelum bertolak balik...meh minum air kelapa muda segar di gerai yang terdapat di kaki bukit...nyum


No comments:

Post a Comment