Namsan Park: Taman terbesar di Seoul

Merupakan taman terbesar di Seoul. Kawasan Namsan Park mempunyai keluasan 2900000 meter persegi meliputi gunung di tengah kota Seoul, hutan rekreasi, kompleks pelancongan di puncak gunung, spot romantik, tapak kebudayaan Korea dan pelbagai lagi tarikan yang menjadi sebab untuk datang ke sini.
Peta Namsan Park...besar dan banyak untuk diterokai


Di kaki gunung Namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan tapak budaya Korea. Di sini anda boleh merasai suasana perkampungan tradisional korea dan mempelajari budaya dan peralatan tradisional korea seperti selipar dari jerami. Masuk adalah percuma




selipar jerami yang digunakan orang korea satu masa dahulu

Di Namsangol Hanok Village juga terdapat Seoul Time Capsule. Apakah time capsule tu?

Inilah Seoul Time Capsule...Sebuah batu yang terdapat ukiran di atasnya. Apa yang menarik, di bawah batu tu tertanam sesuatu yang tak ada siapa pun tahu apa bendanya. Time capsule ni hanya akan digali 1000 tahun lagi dan ada rahsia besar yang bakal diketahui oleh orang korea masa tu. Tapi yang lebih menarik, atas batu tu ada ukiran yang ada  nama Allah.... Jeng Jeng..Kalau tak percaya datang dan lihatlah sendiri ...

Selepas melawat ke namsagol hanok village, boleh teruskan pengembaraan ke puncak Gunung Namsan. Untuk sampai ke puncak namsan, terdapat 3 cara.
  1. Naik cable car..
  2. Naik bas bernombor 02, 03 atau 05 (kenderaan lain tidak dibenarkan masuk)
  3. Jalan kaki...trek dan tangga pejalan kaki disediakan (my fav choice)
cable car ke puncak Namsan. Tiket round trip 7500 won (RM 25) untuk dewasa dan 5000 won (RM 16) untuk kanak2

Jalan kaki pun best juga, dah la percuma, sambil bersenam boleh tengok pemandangan indah terutamya pada musim bunga dan luruh.

trek jalan kaki di Namsan


trek berjalan kaki pada musim luruh



yang ni pula masa musim sakura





ini pula jalan kaki melalui seoul fortress wall...time ni winter...suhu -2 degree celcius... shake shake u allzz...


boleh nampak namsan tower masa on dhe way...


Kat atas puncak Namsan pon ada macam2.... antaranya:
Namsan Tower...menara telekomunikasi Seoul...mcm Kl tower la lebih kurang. Kat atas tu ada restoran dan tempat untuk bersantai sambil melihat keindahan Seoul dari atas.


Teddy Bear Museum... kepada peminat2 teddy bear kenalah datang sini. Boleh tengok macam2 teddy bear dan ada yang boleh beli... pssstttt...saya dah beli dua teddy bear untuk buah hati saya dari sini.. hehe hemo hemo




kat puncak Namsan juga ada orang buat pertunjukan tarian dan seni mempertahankan diri korea....best2


yang paling terkenal kat namsan ialah love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan...



Haaa....letak nama siapa tu ...




Jika anda stay di puncak Namsan sampai malam, anda akan dihidangkan dengan keindahan Menara Namsan yang bermandikan pancaran lampu dan laser. Ketika inilah anda akan rasa betapa uniknya seni sinaran dan cahaya yang boleh dipelajari dalam Fizik.





Oleh kerana keunikan dan keindahan Namsan, maka tak hairanlah ianya menjadi tempat pergambaran drama korea. Antara yang polular Boy over Flower.

Kat sini la Jun Pyo tunggu Jandi...huhu

Jadi pastikan lawatan anda ke Seoul lengkap dengan melawat Namsan Park. Selamat membaca and please do not hesitate to leave comments...

27 comments:

  1. Thanks for the info

    ReplyDelete
  2. ooo..namsangol hanok village ni dalam namsan park la kan? so kite boleh round namsan park, namsangol hanok village dgn seoul tower sekali la kan? agak2 jln kaki penat x? huhu..sy nak ke sana 20.3 ni.. ;) lagi satu hujung bln 3 ada banpo bridge water show x?

    ReplyDelete
  3. Boleh jalan sebab namsan tak tinggi dan landai....penat or tak bergantung kepada stamina... Banpo to beroperasi pada bulan 4 sampai 10 je... Tapi dulu saya pernah tengok time awal bulan 11...

    ReplyDelete
  4. salam..nak tnya..bagaimana cara dari itaewon nak ke namsan park ni

    ReplyDelete
  5. salam..nak tnya..bagaimana cara dari itaewon nak ke namsan park ni

    ReplyDelete
  6. Wsalam....kalo naik subway turun kat stesyen myeongdong... Kalau naik teksi minta driver stop kat namsagol hanok village or kat cable car namsan....

    ReplyDelete
  7. terima kasih...so bila di myeongdong tu mmg ada cable car kan...

    ReplyDelete
  8. Jalan mendaki sikit baru jumpa cable car

    ReplyDelete
  9. Firdause ada fb or email x?i byk nk tnya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fb batch saya ada kat blog...hehe

      Delete
    2. actually, berapa km kena jalan kaki tu? dan estimate masa utk berjalan kaki berapa lama, assuming stamina semua ok?

      Delete
  10. kalau jalan kaki tu agak2 ambik masa berapa lama baru sampai puncak?

    ReplyDelete
  11. utk mndaki ke puncak ada short track x?sbb tgk map 7.5km..jauh tu,sy bwk baby ada laluan x utk stroller?

    ReplyDelete
    Replies
    1. laluan tu mmg ada tuk basikal n stroller...kalo penat boleh tahan bas kuning yg mmg lalu jalan tu

      Delete
  12. salam,

    nak tnya, pertunjukan seni dan tarian tu dorg perform time2 trtntu je ke cmana eh?
    nak bajet masa naik atas sana ni :)
    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebarangkalian tuk dapat tengok performance time hari sabtu n ahad. Kalau dekat istana gyeongbokgung start pukul 10.30 am boleh tengok pertunjukan pengawal istana...pastu boleh pakai baju korea free....kol 10.15 dah boleh terpacak n tunggu performance... kalau kat namsan plak petang boleh tunggu dalam kol 3 dan ke atas.

      harap membantu

      Delete
  13. salam bos... kitorang pergi seoul bulan 1 ni. 17/1. kalau tak keberatan jom la join kitorang.

    ReplyDelete
  14. used to be here! Namsangol Hanok Village mmg best! Saya pergi backpacking dan travel seorang diri je. Best sangat!

    ReplyDelete
  15. hello bro, nak tnya berapa budget(termasuk flight ticket, pngnpan, aktivti2 n brp lama berada di korea ?

    ReplyDelete
  16. hello bro, nak tnya berapa budget(termasuk flight ticket, pngnpan, aktivti2 n brp lama berada di korea ?

    ReplyDelete
  17. hello...bajet bergantung kepada kita... kalau saya selalu kalau g 5h4m dalam RM2k je

    ReplyDelete
  18. hi,pad lock tu beli kt mn or sndr bwk

    ReplyDelete