Terjumpa pantai yang cantik dekat rumah.

Salam semua...petang semalam tak buat apa2 so start motor dan round2 sekitar tempat kediaman di Bukit Rambai. Tiba2 terlintas di hati nak lalu jalan yang tak pernah lalu sebelum ni. Lepas tu terjumpa pantai yang cantik ni. Tak sangka ada pantai yang cantik dekat dengan rumah. Lepas ni boleh picnic n camping dengan isteri.
Pantai yang saya maksudkan ialah Pantai Puteri.
Pantai Puteri terletak kira-kira 12km dari bandaraya Melaka. Pantai pelancongan ini terletak dalam daerah Melaka Tengah dan kedudukannya yang strategik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Asalnya Pantai Puteri adalah sebuah kampung nelayan yang telah menjalankan kegiatan perikanan sejak dahulu lagi. Kampug Pantai Jaring, Kampung Pantai Rombang dan Kampung Pantai Kundur adalah nama-nama asal Pantai Puteri setelah diwartakan sebagai destinasi pelancongan dalam negeri Melaka. Pantai yang sepanjang hampir 2.5 kilometer ini menawarkan panorama yang menarik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti medan makan, masjid, tandas awam dan lain-lain.Kawasan ini juga dijadikan pelbagai aktiviti riadah seperti Pertaningan JP Joran, Pertandingan Perahu Layar dan sebagainya.

Jom tengok beberapa gambar yang sempat saya ambil menggunakan Samsung Galaxy Note kesayangan.


deretan bot nelayan

pantai yang landai dan bersih


nak mandi manda pun boleh

indahnya alam ciptaan Tuhan


No comments:

Post a Comment