Tiada lawatan ke Korea yang lengkap tanpa pergi ke Pulau
Nami. Itulah yang dapat saya taip di keyboard untuk post kali ini. Pulau Nami
menjadi destinasi idaman ramai setelah ianya menjadi lokasi penggambaran drama
sensasi Korea, Winter Sonata. Terletak 63 km dari Seoul pulau yang berbentuk bulan sabit
ini kelihatan seperti daun besar yang terapung di tengah sungai Han (wow, pulau
tengah sungai). Pulau Nami terbentuk melalui mendapan batu dan pasir di Sungai
Han manakala pembinaan Empangan Cheongpyeong mengukuhkan keadaan geografi pulau
di tengah sungai ini.
Pulau Nami berkeluasan 460000 meter persegi dengan ukur
lilit 5 km dipenuhi dengan flora dan fauna. Padang rumput dan taman pokok
cherry, deretan tulip, cherry dan pokok ginko, tupai melompat2 dan burung unta
pengintai di celah pokok, semuanya indah , harmoni dan menenangkan jiwa.
Bilakah masa yang sesuai untuk pergi ke Pulau Nami?
Pulau Nami mempunyai wajah yang berbeza pada setiap musim.
Bertukar menjadi putih dan syahdu pada
musim sejuk (dis-Feb). Sesuai bagi rakyat negara yang tiada salji seperti
Malaysia untuk menjadi jakun dan bermain baling2 bola salji. Suhu
amat sejuk dan pastikan anda pakai pakaian yang sesuai bila melawat nami pada
musim sejuk.
Apabila masa merangkak menghampiri April, Salji mula hilang
dan diganti dengan bungaan yang mekar menandakan spring fever melanda. Bunga
tulip pelbagai warna menjelmakan keindahannya.
Cherry Blossom @ sakura muncul pada waktu tertentu dan singkat (awal
hingga pertengahan april). Cuaca dingin nyaman dari 10 hingga 20 darjah
celcius. Musim bunga sehingga bulan Mei
Musim panas (Jun-Ogos) bukan masa yang agak sesuai untuk ke
Pulau Nami mahupun ke Korea. Suhunya panas dan mentarinya amat terik hingga
terasa bagai menggigit kulit. tapi bagi orang Korea dan warga negara musim
sejuk, musim panas adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti outdoor.
Ramai mengatakan masa yang paling sesuai untuk melawat Pulau Nami adalah musim luruh (pertengahan sept-awal nov). Daun bertukar kuning, jingga dan merah dengan keunikan yang tersendiri. Suhu juga dingin dan nyaman jadi berjalan pun tak penat sangat.
Bagaimana untuk pergi ke Pulau Nami?
Pulau Nami terletak di luar Kota Seoul. Terdapat 3 cara
untuk ke Pulau Nami dari Kota Seoul
1. Dengan menaiki Bas
Merupakan cara yang selesa untuk ke Pulau Nami anda boleh menaiki bas yang terus ke jeti Pulau Nami. Hentian bas di Taman Tapgol berhampiran Insadong dan di Jamsil. Tambang dua hala berharga 13000 won untuk dewasa dan 11000 won untuk kanak-kanak. Bas bergerak pergi ke Nami pada jam 9.30 am dan bergerak pulang dari nami ke Seoul pada jam 4.00 pm. Sistem bas ke Nami ialah first come first ride. Jadi jika risau bas penuh anda boleh buat tempahn awal dengan menelefon pihak pengurusan Nami (02-753-1247)
pelan kedudukan hentian bas di Tapgol Park, Insadong
Keretapi terbaru yang menghubungkan Seoul dan Nami. Mudah
serta selesa. Keretapi ini berbeza dengan subway kerana kurang perhentian dan
setiap tiket ada nombor seat. So tak payah nak berdiri kalau ramai orang. Anda
perlu mendapatkan tiket dan menaiki keretapi di Stesyen Cheongnyagni, naik
keretapi ITX Cheongchun line dan turun di Stesyen Gapyeong. Perjalanan memakan
masa lebih kurang 45 minit dengan tambang 5700 won sehala. Kemudian naik teksi
untuk ke jetty Nami. (Jangan takut naik teksi..kalau driver tu tak faham bahasa
inggeris cakap je “Namisom “ kat driver tu, mesti dia faham). Tambang teksi
lebih kurang 3000 won.
Tiket ITX boleh di beli di ITX ticket machine yang terdapat berhampiran pintu masuk utama Stesyen keretapi Cheongnyagni. Anda juga boleh membuat tempahan awal tiket ITX di http://www.korail.com/
Stesyen Cheongnyangni merupakan stesyen yang besar. Apabila anda dah dapat tiket, ikut tanda yang bertulis ITX Cheongchun- Gapyeong untuk menaiki keretapi yang betul.
setiap penumpang akan ada seat masing-masing dan sangat selesa.
3.Keretapi Biasa
Kalau tak berjaya dapatkan tiket bas or ITX train, pilihan
terakhir ialah menaiki keretapi biasa ala2 subway. Kelemahan cara ini ialah
kurang selesa, kene berebut tempat duduk kalau ramai orang( takkan nak berdiri
sepanjang perjalanan jauh), banyak berheni kat stesyen dan perlu transit n
tukar train. Anda beleh naik keretapi dari stesyen Cheongnyangni. Tiket tak perlu ditempah dan boleh dibeli terus di kiosk tiket. Beli tiket ke stesyen Gapyeong. Naik keretapi dan transit di Stesyen Sanbong. Seterusnya naik keretapi Gyeongchun line.(kalau tak sure mana satu just follow signboard yang ada tulis Gapyeong n naik train yg ada tulis Gapyeong kat platformnya). Turun di stesyen Gapyeong n naik teksi ke Nami
Apabila dah sampai ke jeti boat ke Pulau Nami, pergi ke kaunter tiket untuk naik boat n ke Pulau Nami, Harga tiket 10000 won untuk pergi dan balik tapi sometime dapat diskaun 8000 won je harga tiket.
menyusuri sungai han untuk ke Pulau Nami.
peta Pulau Nami untuk panduan pelawat. Pastikan anda cuci mata di segenap inci tanah di Pulau Nami tau. Pengalaman saya kali pertama di Pulau Nami ingatkan dah jalan semua spot menarik, rupanya saya tak pergi ke deretan pokok yang dalam drama winter sonata tu. Punya lah rugi, so bila pergi kali kedua saya jalan di semua spot dalam peta tu...heee
Keindahan Pulau Nami sungguh unik sehinggakan saya nekad untuk menyeludup mak dari Malaysia agar mak menikmati sendiri Pulau Nami ni pada musim luruh yang lepas... jom tengok gambar orang kampung di Pulau Nami
ni lah drama kegilaan mak saya...hee
mak di hatiku...hehe
tengok la tu... jakun sampai sangkut passport n duit kat leher
Satu benda lagi yang best di Pulau Nami ni, mereka peka dengan keperluan pengunjung muslim. Terdapat surau dan restoran halal di sini
bangunan yang menyediakan surau di Nami
Restoran lunchbox di Pulau Nami ada pengiktirafan Halal dari Korea Muslim Federation
inilah menu utama...lunchbox panas. Dalam tu ada nasi, telur dan sayuran. Kene pakai sarung tangan untuk goncang sebab lunch box ni panas.
Jadi apa pendapat anda tentang Pulau Nami??...bilakah trip anda ke Pulau Nami?? Jangan lupa bagi comment yer...
Salam..thanks for the info..tumpang tanye...klu dri Namsan nk naik ITX train tu jauh tak..bln April nti saye nk pergi korea..Ticket klu booked one or two day before nak pergi ok tak?
ReplyDeleteJulie^^*
Salam Julie.. Namsan ke Cheongnyangni tak jauh... Boleh naik subway or kalau bergerak dalam 4 orang tahan teksi je. Lebih kurang 7 minit perjalanan. Kalau book tiket tu tak kisah bila but pastikan dah ada passport coz dia minta no passport masa isi online n kene tunjuk passport masa nak ambil tiket.
DeleteThanks for reply..Website die x de y English version ke...sy x fhm la....sorry byk tanya..fist time nk p nie ihihi
ReplyDeleteJulie^^*
Haha...ok...cari button yg ada tulis PC... Pastu akan kuar laman dalam bahasa korea gak...tapi kat atas belah kanan page ada button ke english...
ReplyDeleteDear MF ; Terbaik seludup mak utk menikmati musim luruh !!!sangat cantik.Info tentang musim terbaik. Insyaallh hujung bulan ni akak akan kesana, semasa perancangan langsung x pasti musim apa sedang berlaku.Tapi just nak jugak rasa musim sejuk.
ReplyDeleteHaha...benda yang best dan menarik saya suka share... Dan untuk mak saya share yg real punya. Hujung bulan insyaAllah masih ada salji. Tapi dah nipis lah.
ReplyDeleteOooo..noted..tqvm^^* Julie
ReplyDeleteNnt Julie g korea share la dalam blog k
ReplyDeleteKite x de blog ihihih..tp wajib update kat FB..ikiki..1st time nk pi sane..mcmx2 rase ade..plg risau msalh language..dulu pernah blajar Korean language tp da lama tingal...so da lupe..so skg nie duk selak balik buku..ikikik
ReplyDeleteJulie^^*
Ok...nnt jangan lupa tag saya... Kalau nak lagi canggih boleh download app korean language kat android... Kalo ada app yg boleh translate BI ke Korean dah sangat membantu kat sana nnt
ReplyDeleteWah that is gud idea..No prob gerenti tag punye..FB profile name ape..bg ler tau..nk add nti leh ler tag..
ReplyDeleteJulie^^*
Kat blog ada my FE badge
ReplyDeleteOk sy da add..My profile Juliana Od..thanks
ReplyDeleteJulie^^*
Assalammualaikum sahabat...info tentang teddy bear kat namsan park sya ucapkan terima kasih...kali ni nk tau lak masa perjalanan nk ke pulau nami ni...hehe...
ReplyDeleteWsalam sahabat.... Kalau naik ITX train dalam 45 minit je
ReplyDeletekalau nak naik bus kena book dulu ke?macam mana nak book by fon ke dia ada website. saya akan ke sana bulan april ni, masih bingung2 lagi
ReplyDeleteSebenarnya kene call tapi susah sikit la. So just email ke alamat ni. namibus@naminara.com
DeleteMinta borang yang perlu isi untuk book melalui email tu.
Slm firdaus..sya nk tnya, sekiranya nk ke nami island, kalo sehari sebelum sya beli tiket bas atau Itx biasa nya ada tiket tak?.atau kena booking jugak?.
ReplyDeleteDan yg kedua, Sya Nk Tnya,kalau taxi dari bandar Seoul terus ke jeti Nami Island, mahal Tak Tambang Taxi?.agak2 Berapa?. Terima Kasih Atas Info.
Bergantung kepada season, kalau musim melawat korea mcm spring n autumn kebarangkalian tuk full tu tinggi n elok booking awal2... naik teksi mesti mahal sebab dari Seoul nak ke nami tu agak jauh juga
Deleteassalammualaikum sahabat....klu nk g pulau nami ni budget utk 2 org brp agak2?
ReplyDeleteMinimum 30000 won sorang....
ReplyDeleteSalam bro, nk tnya beberapa soalan
ReplyDelete1.end nov tu dh msuk winter or stil autumn?
2.sesuai tak bwk baby umur stahun kalo ke korea ms time tu(end nov)
3.berapa anggaran suhu time tu.tq
End of nov dah winter...suhu dah sejuk tp salji ke tak susah diduga... Boleh bw baby tp pastikan persiapan cukup....baju sesuai....stroller sesuai(yg ada penutup hadang angin)... Anggaran suhu bawah 5 degree
ReplyDeleteOk thanks...bleh tanya tak bro bwk mak ms autumn tu bpe aribulan ek?cntik ar.sy sbnrnya blum bli tiket lg.so nak bli tiket supaya dpt pgi ms btol2 autumn.takut dh bli kang daun sume dh luruh.xjd pgi ms winter sbb mcm pyh sket bwk baby.hehe..maklum la musim2 ni pun ada brubh tarikh sket.so bleh tak share tarikh/masa terbaik utk autumn di korea.tq byk2
ReplyDeleteTime tu hujung bulan oktober
Deletesalam...untuk nami island berapa masa yang perlu diperuntukan kat sana...huhu nak arrange jadual ni sebab travel sendiri.
ReplyDeleteWsalam...dari pagi sampai petang dah cukup
DeleteSalam firdaus, dari Dongdaemun ke nami island jauh tak? Akak plan nak duduk di Dongdaemun
ReplyDeleteWsalam kak...nami island tu letaknya di luar seoul...sejam setengah perjalanan...so kalo akak dok mana2 kat area seoul mmg jauh... Tapi daribdongdaemun nak ke stesyen keretapi ke nami tu dekat je
Deletesalam Firdaus...
ReplyDeleteSaya suka baca blog awak ttg korea...saya ada keinginan nak pergi especially autumn time... masalahnya sy cikgu nak jalan2 pon cuti sekolah je.. Alahai tak merasa la autumn cam dalam gambar awak tue...
kalau hujung mac rasa2 time spring season nie bleh tgk bunga2 berkembang sana sini ke? hehhehe...
Wsalam...saya bekas engineer samsung yg quit n jadi cikgu...sebab saya suka mengajar n melancong time cuti..haha. 1 sampai 5 nov nnt saya akan ke korea sebab ada cut awal muharam n apply cuto rehat khas... Kalo bak tgk bunga berkembang time peryengahan april
Deletehehehe..ye la..baru perasan (bz dgn kerja sampai tak ingat cuti)..heeheh
Deleteoo..bagus tue..musim autumn masa tue...mesti cantik lg waktu tue....
macam nak kena pergi nie...hehehe.. terima kasih firdaus...
ok jgn upa update gmbr di sana nanti ya...
Salam...sy tina blh bg email u@ hp number@what app coz sy ada byk soalan nak tnya u,sy akan ke korea pd 22 -25 ogos,tq
ReplyDeleteSalam...sy tina blh bg email u@ hp number@what app coz sy ada byk soalan nak tnya u,sy akan ke korea pd 22 -25 ogos,tq
ReplyDeleteSalam, En Firdaus. Saya berhajat nak ke seoul pd 13-16 september ni..agak2 sesuai tak masa tu..dah start musim luruh ke belum? Lg satu, saya nak ke sana bersama suami dan anak2 berumur 7,9& 14 tahun..agak2 perlu ke ikut tour guide yg students buat tu atau boleh jer redah pi sendiri? Terima kasih byk En Firdaus, wasalam.
ReplyDeletesecara teknikalnya mmg dqh masuk musim luruh tapi pokok tak banyak yg tukar warna lg..kalo dah abis baca blog saya baik g sendiri....jalan2 naik subway n taxi...
Deletesalam. saya akan ke korea pada 5th hingga 11nov nanti, pada masa tu masih musim luruh kan? bole la saya pergi ke nami islands ni. -mira-
ReplyDeletewsalam...keadaan masih mcm musih mcm musim luruh n sesuai ke Nami Island
Delete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
salam firdaus.
ReplyDeletepls advice musim luruh daun bertukar warna estimate dr berapa hr bulan ke berapa hb... maaf for the repeated ques sbb baca info di atas tidak di spesifikasikan dari brp hr bulan ke brp hari bulan... tq..
Wsalam....waktu yg sesuai tuk pergi for autumn dari 20 oktober sampai 11 nov
DeleteAsSalam bro,
DeleteSaya ke korea 22-28 Nov 2013... ok lagi tak view pulai nami?
salam... info yang sangat berguna...
ReplyDeletesaya akan ke korea melalui busan dan ke seoul..pada 1 november ini... ermm apakah pakaian yang sesuai yang patut saya pakai?
boleh lah melawat blog saya...
www.dirafum.blogspot.com
-MCo-
wsalam...thanks...1 nov dah sejuk tp sumtime suam2 nyaman....so pakai baju macam kat malaysia...untuk layer dalam....pasru pakai jaket musim sejuk n stanby sarung tangan dalam jaket tu... spek hitam n mafla juga sangat membantu....
DeleteAs Salam Fir,
ReplyDeleteSaya dan rakan2 akan berada di Seoul mulai 28Okt - 5 Nov. Saya difahamkan Fir akan berada disana mulai 1 Nov. Boleh tak kami nak contact Fir semasa berada di sana. In case ada apa2 nak tanya. email address saya norizwati@gmail.com
Thanks..
wsalam...asalnya saya akan berada di Seoul pada 1 hingga 5 nov...tp terpaksa cencel coz wife saya dijangka bersalin time tu...tp trip guru seramai 12 org sepatutnya pergi ngan saya tu masih teruskan kembara coz tiket dah beli...cuma guide diambil alih oleh student2 saya kat Korea...
Deleteok. thanks Fir..
ReplyDeleteas salam... saya nak g korea 19may-23 may 2014..time tu best x kat korea.spring season still cantik lagi ke?
ReplyDeletewsalam...time tu masih spring n cantik lagi...suhu pun sederhana....tak sejuk sgt
Deletesalam...sye akan pergi 14jan ...emm mcm mne agaknye cuace kt sane nnti?dan tiket bas ke nami island tu nk beli kt mane ye?n mcm mne nak pergi k taman tapgol tu?
ReplyDeletewsalam....14 jan musim winter n sangat sejuk...suhu negatif gitu...tapgol park dekat insadong
DeleteSalam Cikgu, Nak tanya, agak2 berapa hari cukup untuk tour Seoul + Namee Island?
ReplyDeletewsalam murid murid...minimum 5 hari 4 malam....
DeleteSalam. Thanks atas info dan pengalaman yang dikongsikab. Saya ambil untuk bahan rujukan untuk menyiapkan novel sulung saya. Terima kasih sekali lagi. :)
ReplyDeletewahhhh....nnt dah siap mak baca tau
DeleteSalam, en frdaus akak nak pi korea masa cuti sek bulan mac, mybe 23-27 Mac 2014 ada salji lg ke kat Nami island.suhu sekitarperlu pskaian utk winter lg ke? Ada bawa buda 4- 5 th.
ReplyDeleteSalam firdaus, akak nak pi korea mybe mac 23- 27 mac 2014.ada salji lagi ke kat Nami island.suhu sekitar? Perlu baju utk winter lg ke? Ada bawa budak 4-5 th.
ReplyDeletetime tu gamble...maybe ada maybe takda...selalunya takda...tp jarang2 berlaku tiba2 salji turun
ReplyDeleteSalam firdause..nak tnye if sye nak ke nami..boleh tk sye naik dr stesen itaewon kmudian transfer train di Dongmyo utk ke cheongyangni.strusnya amik itx cheongchun mnuju ke gapyeong..thanks
ReplyDeleteWsalam...boleh
DeleteSalam firdaus..saya dah beli tiket ke korea 9 okt - 16 okt 2014..ikut pembacaan kat sini macam x dpt je rasa musim luruh cam dlm gambar atas ni..sedihnye sbb waktu beli tiket dah survey2 musim yang sesuai nak ke nami tp time tu x jmpa blog ni so x tau plak ade tarikh y sesuai..lg 1 saya nak mintak fb firdaus blh x sbb banyak bnda nak tanyakan psl trip korea ni nak plan awal2 ape2 y patut coz bawak baby setahun stgh dan kawan pon bwk anak kecik 2 org..tq fir..~mas~
ReplyDeleteSaya nak tanya...kalau 8 hari..leh cover x busan seoul punyer trip...mr F leh suggest x itenary utk g..sbb saya akan ke seoul melalui busan...
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak tanya.. Berapa perbelanjaan untuk ke sana dan berapa pula bayaran hotel untuk 5h 4m?
ReplyDeleteinfonya sangat membantu sekali buat yang mempunyai rencana untuk liburan ke korea...
ReplyDeletetidak mau repot mengurus sendiri persiapan buat liburan??? mari berwisata bersama Dunia Wisata Singosari Malang
jangan lupa kunjungi duniawisataku.com kami melayani jasa tour pariwisata dalam dan luar negeri.. bagi yang berada di malang bisa datang langsung ke Jl. Kembang No.8 Singosari Malang. atau call di 0341-456444
salam,saya nak gi jumaat ni..tapi hal pakaian saya tak tau lagi yg sesuai cmana utk cuaca di sana.
ReplyDeleteSalam Fir. Sy bercadang untuk ke Korea pada pertengahan September tahun ini. Adakah suasana musim luruh sudah kelihatan pada waktu ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteRancangan saya ke Korea 18 Mac 2018 akan datang..
Mungkin sdg peralihan musim salji ke bunga.Adakah suhu masih sejuk dan perlukan pakaian tebal spt musim salji?