Chopstick Korea yang Unik


Chopstick merupakan satu item kulinari yang terkenal di kebanyakan Negara Asia Timur seperti China, Jepun, Korea dan Vietnam. Tapi tahukah anda chopstick Korea lah yang paling unik sekali. Keunikan chopstick Korea terletak pada bahan buatan, reka bentuk dan cara penggunaannya. Tidak seperti chopstick negara lain yang selalunya diperbuat daripada kayu atau buluh. Chopstick Korea diperbuaat daripada keluli tahan karat ( stainless steel). Chopstick Korea diperbuat daripada material logam ini dikaitkan dengan sejarah Korea yang cemerlang dengan pertukangan besi. Saya juga sering bertanya kepada sahabat Korea kenapa chopstick Korea diperbuat dari logam. Menurut mereka, pada zaman penjajahan Jepun era pertama (sebelum perang dunia ke-2) tentera jepun membunuh oranng Korea dengan cara meletakkan racun pada chopstick bamboo dan kayu. Racun mudah meresap ke dalam bamboo dan kayu menyebabkan kehadiran racun sukar dikesan. Oleh itu mereka mula menggunakan chopstick yang diperbuat dari logam tahan karat dimana ianya tidak menyerap racun dan mudah dibersihkan.

perbezaan chopstick Korea, Jepun dan China



Kelainan chopstick Korea juga dapat dilihat dari bentuknya. Tidak seperti chopstick Negara lain yang selalunya berbentuk hampir silinder, keratan rentas chopstick Korea berbentuk nipis dan rata. Ianya mungkin janggal digunakan kerana bentuknya…tapi lama-lama rasa senang. Kenapakah bentuk chopstick Korea leper?... sebabnya mudah…supaya ianya tidak mudah bergolek apabila diletakkan di atas meja…haha

Keratan rentas chopstick Korea berbentuk leper dan rata



Cara penggunaan chopstick Korea juga berbeza dimana ianya selalu digandingkan bersama sudu panjang. Orang Korea tidak makan nasi guna chopstick seperti orang cina. Orang korea makan nasi guna sudu dan chopstick digunakan untuk ambil dan makan lauk pauk je. Tapi kalau makan mee and ramen memanglah guna chopstick…
Chopstick Korea selalunya dipadankan dengan sudu 



Tapi alasan yang paling penting kenapa chopstick Korea sangat unik ialah kerana nilai keseniannya. Tidak seperti chopstick lain yang hambar dan selalu guna pakai buang, chopstick Korea selalunya diukir dan boleh disimpan sebagai koleksi. Jadi ianya amat sesuai dijadikan buah tangan bila kita berkunjung ke Korea.



kalau boleh beli yang ada ukiran "Korea"


Beli yang siap dengan kotak...buah tangan yang elegen dari Korea...



12 comments:

  1. Good info... kena beli byat souvenir ni...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Masa pi sana tu ari.... ada la dlm 2 3 kg chopstik dibawak balik...hahaha

    ReplyDelete
  4. Mula2 tak reti sangat guna chopstick korea ni. Cukup 2 bulan, dah pandai. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya makan meggi pon pakai chopstick Korea

      Delete
  5. around 5 ringgit to puluh ringgit...ikut kualiti

    ReplyDelete
  6. saya pun dah pandai guna set sudu dan chopsticks dr Korea. Suka sgt2

    ReplyDelete
  7. Mana nak cari chopstick ni dgn harga berbaloi? Ke dekat mana2 je ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat namdaemun ok...banyak pilihan dengan harga yg berpatutan

      Delete