Kembara Gua Batu Maloi


Post kali ini nak kongsi kisah dan pengalaman kembara di Gua Batu Maloi. Ekspedisi kali ini diselaraskan oleh Cik Fatin, salah seorang ahli kumpulan outdoor kami yang berhubung melalui media sosial seperti facebook dan whatsapp. Saya memang dah lama plan nak pergi ke Gua Batu Maloi selepas ekspedisi Gua Tempurung di Gopeng. Jadi bila Cik Fatin buat trip ni, saya pun join. Bayaran sebanyak RM70 seorang meliputi insurans, jurupandu, makan tengah hari dan sijil.

Gua batu Maloi terletak di Negeri Sembilan berhampiran Gunung Datok dan Gunung Tampin. Gua Batu Maloi terbentuk akibat tindihan batu-batu besar dari gunung dan ianya merupakan gua batu granit yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Gua ini mempunyai 24 check point (info mungkin berubah di masa akan datang mengikut perubahan muka bumi) sepanjang laluan lebih kurang 2.4 kilometer. Kepada yang sukakan aktiviti outdoor yang mencabar, Gua Batu Maloi merupakan tempat yang sesuai kerana untuk menerokainya, anda perlu melakukan pelbagai aksi kuak lentang dan kupu-kupu untuk melepasi celah-celah batu yang sempit


Untuk ke Gua Batu Maloi, anda boleh memandu ke pekan Tampin dan bila dah sampai Tampin, boleh set GPS anda yang mahal tu ke “Hutan Lipur Gua Batu Maloi”. 

Jika anda dah sampai ke pintu gerbang ni…maknanya anda tidak sesat.


Sampai di Base Camp Hutan Lipur Gua Batu Maloi, base camp ni ada tandas yang selesa, surau dan pondok makan

Sementara menunggu rakan kembara yang lain yang tengah on the way tu, mari kita baca notis yang ada di sekitar ni... sekurangnya kita tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh dibuat kan



Nini bersama Tugu keris


Bila ahli trip kami dah cukup, kami berkumpul dan mendengar taklimat dari Uncle Nazri yang merupakan otai Gua Batu Maloi.
 Keselamatan adalah top priority. Oleh itu kami akan diiringi oleh 3 orang guide yang menjaga di hadapan, tengah dan belakang. Pakaian juga perlu sesuai kerana aktiviti dikira lasak dan basah. 

Selepas semuanya siap, kami pun memulakan penerokaan…yahoo



Perjalanan kami dimulakan dengan menyusuri anak sungai…belum masuk gua lagi dah basah.


Setelah menyusuri anak sungai, kami melalui denai hutan yang agak berbatu sebelum sampai ke pintu gua batu maloi


Inilah pintu masuk ke gua batu maloi…comel kan..


Sebelum kami masuk, jurupandu kami yang handsome berbaju kuning tu memberi tips dan tunjuk ajar semasa melalui laluan yang sempit termasuk cara menarik rakan di belakang dengan teknik pegangan tangan yang betul.

Rakan kembara kusyuk mendengar


masuk ke celah batu seorang demi seorang... kerjasama antara ahli kembara memudahkan pergerakan


yayyy...boleh lepas...ni menunjukkan saya slim 


Erin tengah risau memikirkan samada dia boleh lepas ke tidak... aiyokkk






Ada juga tempat yang memerlukan kami menggunakan tali 




Perjalanan yang dipenuhi dengan batu granit putih... agaknya macam ni lah kehidupan orang zaman batu dulu kan... segalanya batu
pergerakkan harus dilakukan dengan teratur dan berhati-hati. Kalau tak nanti terhantuk kepala dekat batu tu. Benjol pula kan...dah tak macho


Ketika ini headlamp sangat membantu untuk memudahkan kita melihat laluan dan mengelak batu


melalui sungai yang mengalir bawah batu...pastikan barang penting seperti dompet, smartphone, kamera dan kunci kereta anda selamat



 kami melalui Gua Kelawar...lampu perlu dikawal agar tidak menyuluh kelawar yang lepak di sini sebab nanti kelawar tu takut dan terbang...nanti masuk dalam baju kan susah
keadaan yang gelap... ketika melalui Gua Kelawar, kami dapat menghidu bau najis kelawar yang selalu orang buat baja tu.


setelah beberapa ketika berhempas pulas menyelinap di lubang antara batu yang sempit seperti tikus mondok dan melalui gua kelawar, akhirnya kami sampai ke ruang yang luas. Menurut jurupandu kami, tempat ini dipanggil "dewan" kerana ruang antara batu yang agak luas dan boleh memuatkan sehingga lebih 200 orang dalam satu masa... WAHHH...boleh lah buat mesyuarat JKKKKKKK Kampung Pisang di sini
luasnya dewan ni...


sempat lagi berselfie... budak2 zaman sekarang memang hantu selfie...ish ish


salah satu figura yang menarik di dewan ini ialah batu kapal layar... cuba tengok batu tempat Hafis Mado n the geng tu duduk... itulah kapal dan dibelakang mereka ialah layarnya.


Menurut guide kami, "dewan" merupakan checkpoint yang ke-6 dari 24 checkpoint semuanya...huhu...rehat la korang puas-puas yer...sebab lepas ni kita akan jadi tikus mondok lagi...



setelah berehat, kami meneruskan kembara kami...jom masuk semula ke celah2 batu granit.. citt citt citt (bunyi tikus mondok)

tak kira lelaki mahupun wanita...semuanya kena jadi tikus mondok bila melalui gua ini.


 sampai di checkpoint 7


air di sini jernih, bersih dan bebas dari najis kelawar...siapa yang tak bawa botol air boleh lah minum

tengok tu...ada ikan yang hidup dalam sungai bawah gua...jernih sangat air di sini


batu ini dipanggil batu Buddha kerana kononnya ada sami Buddha mimpi imej buda terbentuk di dalam Gua Batu Maloi. Ada juga mengatakan ini ialah imej Maloi dengan Puteri Bunian. Menurut lagenda, Maloi ialah orang asli zaman dahulu kala yang bercinta dengan Puteri Bunian. Maloi menjadi perantara antara orang asli dan kaum bunian. Gua Batu Maloi diberi nama sempena batu tempat pemujaan orang asli zaman dulu.


setelah mendengar penerangan dari guide, kami bergerak dari checkpoint 7 ke checkpoint seterusnya... 
dan kami akan melalui celah batu ini...huyaaa


 
yess...lepas...tak sia-sia I buat diet Atkins 

jangan berebut nak lalu...nanti tersekat di skala enam macam mamat berdua ni...
lantak korang la...


 Lepas ni lagi mencabar...kami akan melalui celah batu yang dilalui oleh air yang deras...

bro mado melawan arus deras sambil control macho... ko kan...macam kat sunway lagoon plakz


memang mencabar...air dah la deras, celah batu pula sempit...bertambah deras lah air tu kan...walaupun mencabar, tapi sangat best...


mira, fatin, mar, fairus dan kawan fairus (lupa nama...sorry jangan marah) gembira setelah melepasi arus deras tadi...sementara menunggu geng yang lain lepas, mereka berendam sambil merancang masa depan seperti bila nak kawen dan nak berapa orang baby...

...

 tapi sedang mereka asyik bergosip, geng2 yang lain pun selesai melepasi arus deras di celah sempit tadi... so, mereka pun terpaksa menamatkan sesi badak berendam dan naik semula untuk meneruskan kembara...
"takpa geng...lain kali sambung borak lagi" kata mar kepada rakan-rakannya



yayyy...semua orang lepas cabaran tadi...nice work team...cuba check, ada tak katak masuk dalam seluar...haha



batu ini dipanggil tampayan Maloi...



di checkpoint-16, kami keluar dari gua batu untuk berehat...tapi percayakah anda kami keluar ikut lubang sempit ni... hebat kan


berehat sebentar bersama kit kat


setelah berehat lebih kurang 15 minit sambil makan snek seperti mister potato dan cokelat, kami masuk semula ke gua batu 
trek kali ini kurang sempit dan terang, so boleh save battery headlamp


tapi masih ada kawasan berair yang perlu dilalui...bestnya main air


setelah melalui kawasan berair, akhirnya kami keluar dari gua berbatu

tapi masih ada cabaran yang perlu ditempuhi...kami perlu melalui akar kayu yang berselirat



posing sikit


akhirnya kami selesai melalui kesemua 24 checkpoint gua batu maloi...yayyy


tapi guide kami kata nak bawa kami ke checkpoint khas dan special... huhhh...suspend pulak kan.Untuk ke sana, kami melalui hutan sekunder dan dusun buah


sampai sudah...inilah dia Batu Maloi... batu granit terbesar di Hutan Lipur Batu Maloi


tingginya batu


menurut jurupandu kami, Batu ini dipercayai tempat Maloi bertapa dan berhubung dengan kaum bunian


menurut beliau lagi, di atas puncak batu terdapat telaga dan tapak kaki Maloi... tapi telaga dan tapak kaki tesebut terkambus oleh tanah dan daun kering saban waktu


saya berjiwa berani dan bersemangat waja pun panjat la batu maloi ni...bukan selalu dapat peluang macam ni kan


jom panjat ramai2...






pemandangan dari atas batu maloi...nampak kecik je orang kat bawah tu kan

setelah puas bercengkerama di batu maloi, kami pun balik ke base camp sebab perut pun sudah lapar. Mana tak nya, 4 jam lebih kami mengembara menyelusuri Gua Batu Maloi. 4 jam tu macam dari KL ke Johor Bahru dengan menaiki bas.



nasib baik trip kami included lunch...tak perlulah kami sediakan makanan sendiri dikala lapar...jemput makan kawan2 

Selepas makan, kami semua dianugerahkan dengan sijil pengesahan yang membuktikan kami telah menyusuri Gua Batu Maloi dari checkpoint 1 hingga checkpoint 24...bangga you



Kesimpulan dari kembara kami di Gua Batu Maloi...sememangnya ianya lokasi yang berbaloi untuk diterokai terutamanya untuk pencinta alam dan penggemar aktiviti outdoor. Walaupun Gua Batu Maloi bukannya gua batu kapur dan tidak mempunyai struktur stalagmit dan stalaktit, Gua batu granit putih ini hebat dan mempesona dalam kelasnya yang tersendiri...

Kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Cik Fatin yang telah menyelaraskan trip kali ini dan juga kepada rakan-rakan kembara yang menemani saya melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Moga bertrmu lagi di trip outdoor yang seterusnya...




15 comments:

  1. Wah.., ada sama ada katak atau tikus masuk di celah2 seluar fir..

    ReplyDelete
  2. katak atau tikus takda... penguin ja ada

    ReplyDelete
  3. katak atau tikus takda... penguin ja ada

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mohd Firdause. tq coz ada gak pics kami. huhu...

    -Gadis bertudung oren itu.

    ReplyDelete
  5. hamboiii bukan main lg die mengarang ayat ye

    ReplyDelete
  6. assalam fir..blh sy dptkan contact no. guider ni tak?? cadang nk wat gak tour cmni..

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum wbt, blh dptkn no phone guider jugak x??

    ReplyDelete
  8. wsalam... cuba ni 010-256 8685... miss shiha

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum cikgu fir, terima kasih krn menulis tentang pengalaman d GBM bersama team kami :) Jemput dtg lg ^^

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam Rashihah Nordin... pengalam di GBM memang terbaik

    ReplyDelete
  11. Mana yg lebih mencabar, Gua Tempurung atau Gia Batu Maloi?

    ReplyDelete
  12. Share skit apa yg best kat GBM tapi xde kat GT...

    ReplyDelete
  13. bagi saya kedua2 GT dan GBM sama seronok dan sama mencabar...tapi kedua2 ada kelainan tersendiri sebab GT gua batu kapur manakala GBM adalah gua batu granit... jadi kena rasai keduanya

    ReplyDelete