Misi menjejak bangkai pesawat Perang Dunia ke-2



Pada 23 Ogos 1945, pesawat pengebom RAF B24 Liberator berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi ‘resupply’ kepada pasukan Force 136 yang menentang penjajah Jepun di Malaya, Namun seminggu kemudian mereka telah dilaporkan terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti dan mengorbankan semua krew).

gambar persiapan sebelum penerbangan misi Liberator


Sebahagian pesawat telah ditemui ada tahun 1996 di Negeri sembilan sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006. Seterusnya, ekspedisi kedua pada 29 Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal terbang diserahkan kepada Kapten Kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012, sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga krew terlibat.


Setelah hampir 6 dekat di hutan, krew pesawat RAF B24 Liberator disemadikan. Namun, bangkai pesawat masih tersadai di lokasi asal ianya terhempas. Kisah tragis yang bersejarah ini membuatkan saya mengorak langkah menjejaki bangkai Pesawat RAF B24 Liberator dan misi pencarian kami akan melalui dua puncak gunung iaitu Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk

...

Berjayakah kami menemui bangkai pesawat perang RAF B24 Liberator yang terhempas?
...
Ikuti kisah selanjutnya selepas ini
...

pendakian kami bermula di Pantai, sebuah kawasan di Daerah Jelubu



melalui jalan kecil yang berturap



parking kereta di tepi jalan



melakukan senaman regangan sebelum memulakan pendakian



equipment check 



bersedia untuk memulakan pendakian dan misi pencarian pesawat terhempas



maka pendakian kami bermula




kelihatan loji penapisan air dari trek laluan 





melalui anak sungai




melalui bawah pokok tumbang



bersama rakan kembara dari UITM...mereka merupakan pelajar jurusan Fizik









 Pendakian kami juga memerlukan kami merentasi sungai




melalui pokok tumbang untuk menyeberang sungai





mencabar juga nak menyeberang sungai melalui pokok tumbang... 




tapi kami berjaya juga melepasinya




pendakian kami memang memenatkan...perlu minum air secukupnya untuk menggantikan air yang hilang melalui peluh




makan anggur ketika mendaki memang nyaman sebab ianya manis dan juicy




selepas berehat dan makan anggur, kami meneruskan pendakian

...

dan selepas itu kami tiba di gua kambing


inilah gua kambing...kami berhenti rehat sebentar bersama kit kat di sini


Selepas melalui gua kambing, pendakian menjadi sangat mencabar dengan muka bum berkecerunan melebihi 45 darjah


ketika ini penggunaan tongkat sangat membantu untuk mendaki








setiap halangan perlu dilalui dengan cekal




buah hutan yang pelik dan tidak saya ketahui namanya





keadaan semakin cerah menandakan kami hampir dengan puncak gunung berembun








akhirnya berjaya sampai ke puncak Gunung Berembun pada ketinggian 2263 kaki. Perjalanan dari starting point ke puncak memakan masa 4 jam.



kami makan tengah hari di puncak gunung



kami berkongsi bawa makanan...macam-macam ada...ada nasi impit, ada rendang, ada nasi lemak, ada bihun dan lain2



memang seronok makan berjemaah di atas gunung


Perut dah kenyang, tapi misi mencari Pesawat Liberator belum tercapai, maka kami meneruskan pencarian dan mendaki ke Gunung Telapak Buruk pula









Selepas lebih kurang 1 jam mendaki, kami tiba di Gunung Telapak Buruk







Kemudian kami turun ke lembah yang kedalaman lebih kurang 20 meter ke bawah




semasa penurunan ke lembah, kami dapat perhatikan serpihan pesawat terhempas di merata tempat







Bila kami sampai di dasar lembah, kami menemui bangkai pesawat perang RAF B24 Liberator






walaupun teruja dengan penemuan ini, tidak dapat dinafikan terbit perasaan sedih dalam diri atas tragedi yang menimpa pesawat malang ini




serpihan dari bahagian enjin pesawat






serpihan dari bahagian badan pesawat











Setelah menghayati dan menginsafi tragedi pesawat perang terhempas, kami terus memulakan pergerakan pulang ke starting point kerana risau tidak berjaya keluar hutan sebelum malam




perjalanan turun gunung juga susah sampai ada yang menggelongsor



walaupun penat tapi semua happy




berhenti solat jamak takhir dan mandi sungai untuk menghilangkan kelesuan otot

kami tiba di starting point pada "last light"


Pendakian Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk serta pencarian bangkai pesawat perang RAF B24 Liberator sememangnya memberikan satu pengalaman unik kepada saya sebagai seorang pengembara. Ianya memberi inspirasi untuk terus berjuang dalam "perang" kehidupan, mengharungi setiap cabaran sebelum ajal tiba...dan pastinya akan tiba untuk kita semua manusia









14 comments:

  1. Salam bro, sorry out of topic kejap. Saya just nak tahu sesuai ke pergi korea bulan december? Bro punya blog byk bagai guide pasal korea. Sorry again

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..wah...mmg lari topik ni... december best...ada salji...

      Delete
  2. wahhh.. bestnya hiking. bangkai pesawt tu memg sengaja ditinggal kat situ la kan. pas hiking mandi air terjun tu yg bestnya

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups...memang pengalaman yang sangat bernilai

      Delete
  3. Thanks for writing in such an encouraging post. I had a glimpse of it and couldn’t stop reading till I finished. The post is very informative. It is a pleasure reading it. I have also bookmarked you for checking out new posts.
    magento development company in London

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. haritu saya pergi tak perlu permit...just inform n sabmit nama, no ic n next of keen kepada balai polis terdekat

      Delete
  5. As salam sdr. Boleh kita berhubung. Saya penulis skrip. Sedang menyiapkan travelong penaklukan jepun di tanah melayu 016 2151192

    ReplyDelete
  6. As salam sdr. Boleh kita berhubung. Saya penulis skrip. Sedang menyiapkan travelong penaklukan jepun di tanah melayu 016 2151192

    ReplyDelete
  7. Nak tanya ada tak bayaran utk satu penemuan harta karun berbentuk kapal terbang zaman perang kedua?sbp kawan telah menemui satu bangkai kapal terbang dipercayai milik negara british yg tela jatu ditembak oleh tentera jepun lalu jatuh disebuah kawasan hutan yg belum pernah ada org menjejakinya ianya berada di kawasan sabah.

    ReplyDelete
  8. wow. tak dapat digambarkan dengan kata - kata bila sy sendiri berpeluang melihat bangkai pesawat secara dekat. Seolah olah sejarah lampau sedang bermain di fikiran. rasa seram ya bagaimana suasana perang waktu itu.

    ReplyDelete