Kembara sakura Korea (siri 2)

Salam sejahtera dan salam kembara untuk semua pembaca yang dikashi. Entri kali ini saya nak share sambungan kisah kembara sakura di Korea. Pada siri 1 yang lepas, saya telah pergi ke Yeouido untuk melihat sakura.

Kembara sakura diteruskan di Namsan kerana Namsan mempunyai deretan pokok sakura yang terpanjang di Seoul. Lagipun Namsan merupakan salah satu lokasi pelancongan popular di Seoul. Namsan merupakan sebuah gunung kecil di tengah-tengah kota Seoul dan di puncaknya terdapat pelbagai tarikan pelancong seperti Seoul Tower dan Namsan Love Pad Lock.

Kami bertolak dari Guesthouse selepas sarapan pagi. Semasa sarapan, saya disapa oleh sekumpulan pelancong dari Malaysia dan salah seorang dari mereka memanggil saya En. Blogger… rupanya mereka pernah baca blog ni sebelum ke Korea… hehehe

Kami sempat beramah mesra dan saya memberikan beberapa tips kembara Korea kerapa mereka…
Gambar bersama owner Beewon Guesthouse (paling kiri) dan rakan-rakan dari Malaysia… semangat betul mereka pakai baju tradisional Malaysia di Korea, Terbaik…

Selepas beramah mesra, berkongsi pengalaman dan bergambar bersama, kami pun berpisah membawa diri untuk ke destinasi masing-masing.

Sebenarnya saya sudah banyak kali pergi ke Namsan dan kisahnya boleh dibaca pada entri-entri yang lepas. Selalunya saya ke puncak Namsan menaiki cable car ataupun bas tapi kali ini, saya plan untuk berjalan kaki mendaki Namsan sambil melihat keindahan sakura. 

Untuk menaiki Namsan dengan berjalan kaki, kita boleh mulakan dari Namdaemun. Namdaemun merupakan pasar membeli belah yang besar dan tempat yang wajib untuk bershopping jika anda berkunjung ke Seoul. Ianya terletak di kaki gunung Namsan.

Bergambar di Namdaemun gate (Sungnyemun gate) yang merupakan Korea National Treasure No. 1

Bila melancong dan mengembara, selain berselfie dan wefie, seeloknya kita juga mempelajari sejarah dan kisah disebalik tempat itu…kan kan


Untuk berjalan dari Namdaemun ke Namsan tak lah jauh mana sebab Namdaemun tu berada di kaki Gunung Namsan. Untuk arah tuju pula boleh ikut signboard yang disediakan.



Dalam perjalanan saya melalui Seoul Fortress yang merupakan dinding kubu pertahanan yang mengelilingi Kota Seoul semasa Dynasty Joseon pada zaman dahulu dan sebahagiannya masih kekal hingga ke hari ini.  





Dalam perjalanan, saya melalui Namsan Public Library dan berhampiran Namsan Public Library saya tiba di permulaan jalan mendaki. Dari sini sudh mula Nampak Seoul Tower dan semestinya…Pepohon sakura…wee




Untuk membolahkan pembaca mendapat gambaran perjalanan saya, di sini saya sediakan rajah Namsan dan laluan perjalanan saya dari kaki gunung ke puncak.

Jalan ini merupakan jalan berturap khas untuk pejalan kaki dan kenderaan tidak dibenarkan melaluinya kecuali bas khas yang membawa penumpang ke puncak Namsan. Bas tersebut selalunya berwarna kuning atau hijau muda dengan nombor 02, 03 atau 05.


Pendakian yang dipenuhi dengan sakura… bila angin bertiup nyaman, kelopak-kelopak sakura berguguran ke bumi dan memberi suasana romantik dan mendamaikan.


Sepanjang pendakian, saya menemui pelbagai jenis haiwan yang turut meraikan keindahan sakura seperti burung ini. Tupai pun saya ada Nampak tapi tak sempat ambil gambar sebab tupai tu laju sangat…huhu


Jika anda bernasib baik, anda mungkin menemui bebunga tulip


Setelah lebih kurang setengah jam berjalan, saya berhenti rehat untuk minum dan makan untuk menggantikan tenaga yang hilang…

Nyum nyum… hidup ini memang banyak keindahan, antaranya ialah menikmati kemanisan strawberry Korea di bawah pepohon sakura di gunung di tengah-tengah kota Seoul.


Setelah berehat sebentar bersama strawberry, saya meneruskan pendakian ke puncak. Pemandangan menjadi makin cantik apabila pendakian makin tinggi.



wah...dah boleh nampak pemandangan kota Seoul...macam dah nak sampai ke puncak jerzz..

Pendakian saya sampai kepada Seoul Fotress…ini menandakan saya hamper sampai ke puncak kerana Seoul Fortress menganjur dari Namdaemun gate ke puncak Namsan


Akhirnya sampai...wee 


Bergambar kenangan sempena meraikan kejayaan ke puncak Namsan dengan berjalan kaki


Perkara yang famous di puncak Namsan ialah padlock… inilah tanda yang saya letak di puncak Namsan pada musim winter tahun lepas...

Selepas menghabiskan beberapa jam di puncak Namsan, saya turun semula tetapi dengan menaiki bas. Kemudiannya menaiki subway untuk melihat Banpo Moonlight Rainbow Fountain yang terletak di Bando Bridge. Selalunya saya menaiki Han River Cruise untuk pergi dan melihat Banpo Moonlight Rainbow Fountain tapi kali ini saya bercadang untuk lepak di tepi sungai Han dan tunggu hingga Fountain tu muncul.


Bangunan bercahaya di sebelah Banpo Bridge… Bangunan ni ada dalam cerita Avanger 2: Age of Ultron



Inilah Banpo Moonlight Rainbow Fauntain...aca cahaya dan ada lagu... lepastu air pancut tu menari-nari


ini saja coretan pengalaman saya pada kali ini... diharap memberi manfaat dan info kepada pembaca. Jangan lupa tinggalkan komen yer...







6 comments:

  1. Salam..
    Saya cadang nak ke korea pada 24 April 2016, agak-agak masa ni bunga sakura masih ada lagi ker kat seoul ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam..hi cik nana..sy pn akn ke korea pd bln 4 nnti..slmt bcuti utk awk..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. as salam en.Fir...sy akn ke korea pd 10-16 april nnti..time tu sakura dh mbuak2 ke blm..ke malu2 lg nk kuar? Sbnrya sy nk mtk tlg n byk prtnyaan kt en.fir..cmne ye nk berurusan nk tnya mcm2..? :) atau blh bg email..

    ReplyDelete
  5. As Salam

    Saya pun banyak nak bertanya

    ReplyDelete