Kembara sejarah di Lembah Bujang

Dulu masa di sekolah ada belajar pasal sejarah kerajaan lama di Asia Tenggara. Antara yang terdapat peninggalannya di negara kita ialah peninggalan arkeologi di Lembah Bujang. Jadi saya mengambil keputusan untuk melawat tapak tersebut untuk dikongsi bersama pembaca blog ini. 


Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan muzium yang pertama seumpamanya di Malaysia. Jadi rakyat Malaysia yang minat tentang sejarah lama negara kita sewajarnya berkunjung di sini.


Lembah Bujang merupakan kompleks bersejarah yang terletak berdekatan Merbok, Kedah. Dahulunya tapak ini ialah sebuah kerajaan entrepot yang unggul di Asia Tenggara dari kurun ke-2 hingga 14 masehi.
di dalam galeri, dipamerkan replika muka bumi di sekitar Pengkalan Bujang. Lokasi berhampiran sungai menjadikannya sesuai sebagai kerajaan Meritim entrepot dan Gunung Jerai dijadikan sebagai penanda rujukan pedagang untuk ke Pengkalan Bujang




Tahun-tahun berlalu, banyak artifak telah ditemui di Lembah Bujang. celadon, tembikar, perkakas batu, tanah liat , cebisan kaca, manik dan seramik Parsi merupakan bukti yang menandakan Lembah Bujang dahulunya pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa dan entrepot di rantau ini.






Serpihan perahu sagor yang ditemui semasa kerja-kerja penggalian arkeologi di beberapa lokasi di Sungai Muda yang menjadi laluan utama membawa barangan dagangan sejak kurun ke-3 masehi


Kerajaan di Lembah Bujang juga menjadi tumpuan aktiviti keagamaan Hindu dan Buddha di Asia Tenggara pada zaman dahulu. Lebih daripada 50 buah kuil purba Hindu atau Buddha, yang dipanggil candi, juga telah ditemui, 



Candi utama di Lembah Bujang yang dipanggil Candi Batu Pahat




terdapat lubang batu di pinggir candi dipercayai sebagai tempat untuk meletakkan tiang candi.



Ukiran batu pada candi




Lubang batu di tengah candi batu pahat. Tak tau apa fungsinya, mungkin untuk meletakkan tiang seri candi ini (tekaan saya sahaja tau...)


Di sekitar candi batu pahat, terdapat candi-candi lain 
antara candi lain yang ditemui di sekitar Lembah Bujang







Kawasan di sekitar candi amat luas dan berbukit... jadi memang agak penat jalan-jalan di sekitar tapak candi Lembah Bujang ni... nasib baik ada bangku batu ni untuk berehat...


Semasa kerja-kerja penggalian arkeologi dijalankan, banyak artifak telah ditemui dan menjadi bukti Tapak Lembah Bujang menjadi pusat kegiatan perdagangan dan keagamaan yang penting. Artifak-artifak yang dijumpai dipamerkan di dalam Geleri yang berhawa dingin. Jadi selepas penat menerokai tapak candi, jom kita berhawa dingin dalam geleri sambil melihat artifak yang dipamerkan.

sebuah kendi yang diperbuat dari tanah liat dipercayai dari Asia Barat didagangkan di Lembah Bujang.




patung Buddha yang dijumpai di tapak candi



batu kemuncak candi yang diperbuat dari batu granit.



ukiran pada batu tanpa motif.





di akhir lawatan, saya simpulkan bahawa lawatan ke muzium Lembah Bujang memang berbaloi terutamanya untuk sesiapa yang sukakan sejarah.


No comments:

Post a Comment