Kembara outdoor di Sungai Lembing (siri 1) jom ke Air Terjun Pelangi


Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai destinasi untuk pelancong yang gemarkan aktiviti outdoor. Tak perlu ke luar negara, dalam negara sendiri pun ada. Untuk post kali ini saya ingin kongsi kisah kembara di Sungai Lembing, Pahang. Sungai Lembing merupakan satu pekan yang agak terpencil di Pahang dan menyimpan pelbagai khazanah alam dan kaya dengan sejarahnya yang unik dan tersendiri. Pada zaman penjajahan British, Sungai Lembing merupakan salah satu pekan yang kaya dan maju kerana aktiviti perlombongan bijih timah.

Untuk mengetahui khazanah alam dan sejarah Sungai Lembing, jom baca kisah kembara saya di Sungai Lembing… jeng jeng jeng

Sungai Lembing terletak lebih kurang 40 kilometer dari Bandar Kuantan. Untuk ke sana boleh drive ataupun naik bas dari Kuantan. Dalam perjalan dari Kuantan ke Sungai Lembing pun ada pelbagai lokasi menarik seperti Gua Charas dan air terjun.
Lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kuantan, kami tiba di pintu gerbang Pekan Sungai Lembing

Inilah wajah Pekan Sungai Lembing… walaupun ianya agak terpencil, tapi saya dapat rasakan kedamaian dan masa seolah-olah terhenti apabila berada di Pekan Sungai Lembing ni… Pekan ini dikelilingi oleh bukit bukau di satu sisi nya dan sungai di sisi satu lagi… perghhh, macam mana tu…


Kami tiba di Sungai Lembing pada lewat petang dan kami memilih untuk berkhemah di tebing sungai. Tujuannya untuk berjimat cermat sambil merasai suasana alam semulajadi…bak kata orang, hotel seribu bintang… tidur beratapkan bintang di langit…


Kerja memasang khemah perlu diselesaikan sebelum matahari terbenam supaya tak lah meraba-raba dalam kegelapan. Kalau teraba khemah takpa juga...kalau teraba gunung dan lurah kan susah... Bila khemah dah siap pasang baru lah boleh berehat.


Selepas mandi dan solat, kami bergotong royong menyediakan makan malam. Kami menggunakan kaedah memasak tentera iaitu memasak dalam mestin menggunakan solid fuel. Menu kami malam ni ialah nasi, ikan sardin dan sambal hitam Pahang…
masak nasi gaya askar




masak sardin



candle light dinner gitewwww...

Selepas makan, kami berbincang tentang perjalanan kami untuk keesokkan harinya ke Air Terjun Pelangi. Sebenarnya kami dah deal awal-awal dengan guide yang akan bawa kami masuk ke air terjun. So kami tinggal nak comfirkan balik agar semuanya berjalan lancar. 

Keesokkan harinya, awal-awal pagi lagi iaitu sesudah subuh guide kami telah sampai bersama kenderaan 4x4 nya. Untuk pergi ke Air Terjun Pelangi memang seeloknya naik 4x4 sebab perlu melalui jalan hutan dan jalan balak. Siapa ada motorcross atau ATV pun boleh pergi sendiri kot.



Dalam perjalanan, Encik guide membawa kami melihat matahari terbit dari sebuah bukit kecil yang tidak saya ketahui namanya. Tapi yang pastinya pemandangan sangat cantik. Mentari kelihatan seolah-olah keluar dari lautan kabus di dalam hutan…perghhhh
Lepas tengok matahari terbit, baru kami meneruskan perjalanan… masa ni memang rasa sangat-sangat teruja sebab dapat naik 4x4 meredah hutan macam dalam rancangan National Geographic yang dalam TV tu… 


 betapa jakunnya diri ini


Jalan yang kami lalui memang mencabar dan melalui jalan hutan yang tidak berturap…kadang-kadang kami akan melalui jalan balak dan kadang-kadang kami akan merentas sungai…memang awesome to the max.


cantiknya sungai


melalui jalan balak

Setelah lebih kurang 45 minit melalui perjalanan offroad dengan kenderaan 4x4, akhirnya kami pun sampai di tepi sungai…tapi belum sampai ke air terjun pelangi lagi, kami perlu masuk meredah hutan dengan berjalan kaki untuk sampai ke air terjun pelangi


Cabaran mula terasa apabila kami perlu merentasi sungai menggunakan tali...inilah duniaku...I like




Kemudian melalui tepian anak sungai yang berbatu




 Selepas itu mula memasuki hutan…saya memang suka masuk hutan…best





 Dalam hutan saya suka skodeng…bukan skodeng awek tapi skodeng flora dan fauna… tengok tu, cantik kan kumbang hutan ni




Setelah beberapa ketika melalui jalan hutan, kami mula melalui jalan berbatu dan mula nampak tanda-tanda adanya air terjun

Jalan yang dilalui ada kalanya licin, saya bersyukur kerana memakai kasut yang sesuai untuk aktiviti seperti ini.








Selepas hampir 30 minit berjalan meredah hutan dan kawasan berbatu, akhirnya kelihatan destinasi kami iaitu Air Terjun Pelangi…Nampak tak betapa tingginya air terjun tu…
 Nampak kecil jer orang di bawahnya.



Akhirnya sampai juga di Air Terjun Pelangi. Jangan salah sangka, saya bukan skodeng amoi tu yer, saya sebenarnya tengah mencari pelangi yang dikatakan sering muncul di air terjun ini. Suasana di air terjun ni sangat nyaman sebab ada angin dingin yang sering bertiup...macam aircond semula jadi 

Lama juga saya tunggu pelangi (sambil melihat amoi) akhirnya apabila sinaran mentari menerjah ke air terjun, barula pelangi muncul dengan girangnya…


bila sudah sampai ke sini, janganlah lepaskan peluang untuk mandi. Air di sini sejuk, nyaman dan jernih...rasa penat berjungle tracking tadi serta merta hilang bila badan masuk ke air yang nyaman ni...


makan maggi sambil duduk di celah-celah batu


semakin ramai orang datang ke sini... masa untuk berada di sini ada had, selepas beberapa jam berada di air terjun dan setelah puas berenang dan ambil gambar, En Guide meniupkan wiselnya menandakan sudah tiba masa untuk pulang



setelah puas mandi manda, kami pun bergerak ke kenderaan 4x4 untuk pulang ke pekan Sungai Lembing 


semasa perjalanan pulang, kami sekali lagi menikmati pengalaman manis menaiki kenderaan 4x4 meredah hutan...setiap detik dalam perjalanan pulang kami rasakan syukur kerana diberi kesempatan untuk merasai pengalaman indah ini disamping melihat keindahan Air Terjun Pelangi... ini membuatkan kami bertekad untuk menjaga alam semulajadi untuk generasi akan datang dan kami bertekad untuk teruskan aktiviti kembara agar pengalaman manis seumpama ini dapat dikongsi bersama...

Nantikan sambungan kisah kembara Sungai Lembing dimana saya akan kongsi pengalaman mendaki dan berkhemah di puncak Bukit Panorama...mcm cerita man vs wild...perghh... OK bye.

1 comment:

  1. Boleh saya tahu lokasi di mana encik bermalam sebelum bertolak ke Air Terjun Pelangi?

    ReplyDelete